Saturday, January 1, 2011

Cacatan & Coretan 2010


Hidup
  • Aku bersyukur kerana Allah s.w.t beri peluang untuk terus bernafas, diberi rezeki untuk menampung hidup yang kian sukar dan berkongsi apa yang ada dengan orang lain. 
  • Aku gembira kerana Allah s.w.t sentiasa ada bila perlu dan sentiasa mendengar luahanku bila mahu.
  • Namun aku sedih kerana nikmat yang DIA beri terlalu banyak tapi ibadahku untukNYA masih tak seberapa. =(
  • Aku juga kecewa kerana tak kuat untuk mengubah sesetengah benda yang mahu diubah dan usahaku tak seberapa untuk mengecap apa yang aku impikan.
  • Semoga Allah permudahkan kehidupanku di masa hadapan. Amin~




Cinta
  • Aku masih *jatuh cinta* dengan lelaki yang sama seperti 2 tahun lepas. Dia Mohd Hafizsham yang sentiasa ada dekat di hati walau pun jauh dari mata.
  • Setiap minit yang dikongsi, setiap jam yang diluangkan dan setiap hari yang ditempuhi bersama rasanya cukup indah. Tahun ni hanya 7 kali kami bertemu dan setiap pertemuan begitu manis kenangannya.  (Ewah!)
  • Azam tahun baru bersama, mahu serius menyimpan duit untuk berkahwin secepat mungkin. (Doakan kami)
  • Sangat sayang dia. Kerana dia terlalu sabar, ada untuk mendengar luahan hati bila diperlukan, terlalu mengambil berat dan tahun ni dia paling banyak berkorban untuk aku. (Terima kasih sayang. ^_^ )
  • Semoga *jodoh* kami panjang untuk hidup bersama. Amin~

Kerja
  • 5 haribulan Januari depan, genap setahun aku bekerja dia AVL Living Concept. Macam tak percaya dah nak dekat kerja setahun di company yang sama. (Sebab company sebelum tu hanya bertahan 7 bulan. Huhu)
  • Banyak sangat belajar daripada bos tentang dunia *Interior Design* yang cukup mencabar tapi menyeronokkan! Bersyukur dapat bos yang *giler* walaupun selalu kena ketuk, gaduh dan bergurau dengan dia. Haha. (Termasuk kena pau Nescafe. Hampeh punya bos)
  • Berjaya terbabit dengan beberapa projek rumah. Belajar bertemu client seorang diri. (Sampai sesat-sesat. Haha) Mengenali pelbagai jenis manusia yang kaya dan kedekut, yang sederhana dan pemurah, malah ada yang peramah dan pemarah!
  • Seronok dapat buat 3D semula, terus main CAD tapi tak perlu buat Detail Drawing taraf ISO yang menyusahkan dan belajar buat Quotation walaupun memeningkan kepala. Huhu.
  • Doakan dapat naik gaji dan diberi rezeki untuk tambah pendapatan dengan kerja lain. Amin~

Gembira
  • Dapat jumpa dan lepak dengan ramai kawan tahun ni! Termasuk Timah yang baru lepak sama hari ni pergi Lowyat, Sungei Wang & Times Square. (Abaikan saman parking tadi. Haha.)
  • Dapat kembali menulis blog setelah mengalami sindrom *writer's block* selama beberapa tahun. Uiks.
  • Berjaya dapat lesen kereta penuh tahun ni. No more *P*. Heh. Adala *keberanian* sikit nak memandu jauh. ^_^
  • Berkenalan dengan ramai orang baik. Seronok!
Sedih
  • Kehilangan sahabat terbaik, Allahyarham Ruzaini Azrin pada 30 April 2010. Tapi hanya sebulan selepas tu baru tahu. (Al-Fatihah) Masih merinduinya hingga sekarang...
  • Kereta accident bulan Mei menyebabkan pintu kereta kemek. Terbang RM800 tukar pintu kereta. Aiyak.
  • Hilang ramai kawan tahun ni. Sebab utamanya masing-masing dah ada hidup sendiri dengan kawan-kawan dan keluarga baru.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Ampunkanlah dosa-dosaku sepanjang tahun 2010 dan tahun-tahun sebelumnya. Sama ada aku sengaja buat atau tidak. Pada tahun 2011 ini, aku mohon kepadaMU, tetapkanlah imanku kepadaMU. Permudahkan kehidupanku dan murahkan rezekiku. Kuatkan dan tabahkan aku dalam menempuh setiap ujian daripadaMU. Masukkan aku di kalangan orang yang bertaqwa dan berada lurus di jalanMU. Berkatilah kehidupanku dan orang-orang di sekelilingku. Selamatkanlah aku daripada godaan dunia dan daripada seksaan api nerakamu. Peliharalah aku dan selamatkanlah aku dan orang-orang di sekelilingku daripada bala dan bencana. Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui yang mana terbaik buatku. Amin Ya Rabbala'lamin."

Selamat Tinggal 2010.
Selamat Datang 2011.
Semoga Berjaya semua!


P/s: Setiap perkataan yang bold & berwarna ungu ada *link* untuk entri-entri blog berkaitan.

4 comments:

  1. amin amin amin !!
    :DD
    selamat tahun baru dear :DD

    ReplyDelete
  2. @Atikah
    Amin~
    Thanks dear.
    Selamat tahun Baru! May all your dream will comes true!

    ReplyDelete
  3. Barkah masjid. Semoga tahun baru membawa penuh makna dalam kehidupan. Cemerlang dan berdiri tinggi menjulang panji-panji di puncak jaya.

    ReplyDelete
  4. @Tuan Singalaut
    Terima kasih.All The Best to you too~

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!