Showing posts with label IDMalaysia. Show all posts
Showing posts with label IDMalaysia. Show all posts

Sunday, April 7, 2019

Teknik Cat Dinding Ombre / Ombre Wall Paint


Tengah buat research untuk warna cat dinding client, terjumpa satu teknik mengecat yang menarik yang dinamakan Ombre Paint.



Ombre ni diambil daripada perkataan French bermaksud 'shaded' atau tona. Sebab tu cara mengecat Ombre ni bermula dengan warna gelap dan seterusnya bertona makin terang.



Menariknya teknik ni kita akan dapat main beberapa campuran warna ke atas satu dinding. Bermula daripada satu tona warna, beralih ke tona seterusnya. Warna pun nampak senada bila diaplikasikan berlapis-lapis dengan tona yang berbeza.



Teknik mengecat dinding Ombre ni macam menggunakan warna air atau water colour di atas kanvas. Jika nakkan warna lembut, gabungkan warna pastel macam biru langit dengan ungu violet. Kalau warna gelap semestinya warna merah bata dan jingga.




Tona warna yang dihasilkan dengan teknik ombre menjadikan ruang tenang dan unik. Pastikan anda bijak menggabungkan warna pastel yang lembut untuk ruang bilik tidur atau warna garang seperti merah dan jingga di ruang makan sebagai penarik selera makan.




Berminat untuk mendapatkan khidmat Rekabentuk Dalaman daripada Ilusi Hafiezd Design?

Hubungi kami melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman di ilusihafiezd@gmail.com

LIKES Ilusi Hafiezd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!

Tuesday, February 19, 2019

Quartz Stone Top & Undermount Sink Installation



Dalam rekabentuk dapur, ada banyak jenis sink yang boleh digunakan supaya menjadikan ruang dapur lebih praktikal dan kemas. Kebanyakan orang gemar menggunakan top mount sink kerana mudah dipasang dan senang didapati selain harganya yang murah. Tapi sebagai Interior Designer, kami sentiasa mahukan dapur pelanggan kami nampak cantik dan kemas. Jadi kami akan proposed undermount sink kepada client kami dan alhamdulillah, semua sukakannya!


*Rekaan Dapur Kering / Dry Kitchen untuk client di Serene Heights, Bangi*

*Rekaan Dapur Basah / Wet Kitchen untuk client di Serene Heights, Bangi*

Ramai orang tak tahu perbezaan top mount sink dan undermount sink. Kedua-duanya ada pros and cons. Kali ni kami juga akan kongsi tentang cara pemasangan Undermount Sink di bawah Quartz Stone top.

Untuk Dry Kitchen, kami pilih Quartz Stone berwarna hitam atau Black Flash, manakala Wet Kitchen warna off white with small brownish effect stone. Kedua-dua quartz stone ini dipilih sesuai dengan warna tema pintu kabinet dapur jadi bila pasang tu serasi je warnanya. Heh.



Ok, nak cerita pasal Undermount sink ni. Mungkin ramai tak tahu, ada banyak jenis sink dan kebanyakan orang gunakan top mount sink dimana sink tersebut diletakkan di atas kitchen top. Top mount sink harganya lebih murah, senang install namun boleh membuatkan air bertakung di sekeliling bahagian luar sink.

*Single Bowl Undermount Sink yang dipasang di Dry Kitchen*


Undermount sink pula dipasang di bawah permukaan kitchen top lantas menjadikan rekaan dapur lebih cantik dan kemas. Penggunaan undermount sink menjadikan air mudah dialirkan masuk ke dalam sink berbanding top mount sink. Permukaan dapur juga nampak lebih luas kerana undermount sink berada di bawah permukaan ruang kerja dapur.

*Double Bowl Undermount Sink yang dipasang di Wet Kitchen*

Walau bagaimanapun, undermount sink ini tidak sesuai diaplikasikan untuk kitchen top tile atau concrete top, laminate atau permukaan dapur yang tak tahan air. Sebab tu kami suka gunakan quartz stone top yang lebih tahan lasak berbanding permukaan dapur yang lain.

*Double bowl undermount sink yang sudah siap dipasang bersama white off white quartz stone top yang cantik*

Selain harganya yang sedikit mahal, undermount sink juga agak susah dipasang. Sebab tu kena pastikan kitchen specialist atau golongan pakar yang pasangkan sink. Nak jimat macam mana pun, jangan pandai-pandai pasang sendiri ok.

Boleh tengok gambar dan baca caption untuk tengok step bagaimana undermount sink dipasang bersama quartz stone top. Boleh nampak dapur rekaan Ilusi HafiEzd Design nampak elegan bila dipasang undermount sink dan quartz stone.


*Lukisan rujukan undermount sink mengikut ukuran sink*


*Permukaan kayu dipotong mengikut ukuran tadi.*

*Siap potong!*


*Masukkan sink dan gam bahagian rim undermount sink*



*Quartz Stone top diletakkan secara berhati-hati selepas bahagian top kayu tadi digam*

Siap sudah pemasanagn Quartz Stone & Undermount Sink. Paip boleh dipasang selepas permukaan quartz ditebuk lubang.



Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!




Friday, December 14, 2018

Proses Rekaan Kabinet Kasut & Perhiasan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai dah tengok Rekaan Kabinet Kasut dan Perhiasan yang kami berjaya hasilkan di rumah client kami di Serene Heights, Bangi. Tapi mesti ada yang tak tahu, bagaimana proses rekaan kabinet ini dibuat sehingga berjaya dihasilkan di site.

Sebenarnya idea asal konsep rekaan kabinet ini datangnya daripada idea client sendiri. Client akan bagi gambar dan kami akan olah semula design tersebut mengikut ruang dalam rumah, saiz, material dan bajet client.

*Idea asal gambar yang diberi oleh client*

Berdasarkan idea gambar yang client beri, kami sediakan pula 3D visual mengikut ruang dalam rumah client tersebut di Serene Heights. Ketika itu, client masih belum dapat kunci. Jadi ukuran kabinet yang kami design adalah mengikut saiz layout plan yang diberi oleh client atau diambil daripada website company developer.

*1st 3D Visual*

Design 3D yang kami hasilkan kemudiannya diubah mengikut kehendak client. Contohnya ruang kabinet yang terbuka dibesarkan untuk memuatkan helmet milik client. Kami perlu reka kabinet mengikut ukuran saiz helmet supaya helmet boleh diletakkan cantik ke dalam kabinet.

*Client menunjukkan design yang ingin diubah berdasarkan 3D yang diberi*

Semua saiz rangka kabinet dilukis dalam lukisan kabinet dan perlu sama dengan design kabinet sebagai rujukan carpenter dan installer cabinet. Saiz kabinet perlu diukur tepat dan kod material perlu diletakkan di dalam lukisan kabinet tadi sebelum diserahkan kepada carpenter.

*Lukisan kabinet yang menunjukkan pembahagian pintu kabinet kasut & kedudukan lampu*


*Lukisan kabinet yang menunjukkan pembahagian rangka atau bahagian dalaman kabinet kasut*

Selain itu, material kabinet juga ditukar sesuai dengan warna tema rumah. Pada asalnya tema rumah ialah warna biru gelap, namun di saat akhir, warna dinding berhadapan ditukar kepada warna turqoise gelap.

*Warna kabinet kasut yang telah ditukar dalam 3D*

Demi menonjolkan barang perhiasan dalam kabinet, kami tambahkan lampu halogen yang dipancarkan terus di dalam kabinet. Disebabkan itu, satu sumber lampu atau lighting point perlu ditarik dari atas siling untuk menghubungkan suis dan lampu ke dalam kabinet.

*Lighting point yang ditarik dari atas siling*

Kabinet kasut dan perhiasan ini tambah menarik bila kami tambahkan aksesori rak kasut berwarna rose gold. Aksesori rak kasut ini sangat praktikal dan fleksibel kerana dapat memuatkan banyak kasut di atasnya.


Kerana proses rekaan yang rumit inilah kami sukar untuk bagi 3D Visualizer luar buatkan design kabinet untuk kami. Kami perlu pastikan material yang dipilih dari supplier mana, kedudukan point lampu, saiz kabinet sesuai dengan aksesori, dan macam-macam lagi. Selain itu, bila client minta tukar design, kami boleh tukar bila-bila masa. Tak perlu tunggu orang lain buatkan dan kena extra charge untuk tukar design.

*Hasil rekaan kabinet kasut & perhiasan*

*Ruang penstoran yang sangat banyak dalam kabinet kasut dan perhiasan, best kan?*

Kami juga tak dapat buat kabinet yang direka oleh designer lain kerana kami perlu follow setiap proses design ini supaya apa yang direka menjadi realiti di site. Jadi diharap designer lain faham kenapa kami terpaksa tolak untuk buatkan kabinet you all sebab kami hanya dapat buat design kabinet kami mengikut aturan design yang kami dah buat bertahun-tahun.

Semoga apa yang dikongsi ini berguna. Kalau menarik boleh share. Doakan Ilusi HafiEzd Design dapat menghasilkan rekaan kabinet yang lebih menarik di masa akan datang!



Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com



Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:




Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!