Showing posts with label Pereka Hiasan Dalaman. Show all posts
Showing posts with label Pereka Hiasan Dalaman. Show all posts

Wednesday, December 13, 2023

Bilik Menggosok Pakaian/ Ironing Room


Bilik Menggosok Pakaian atau Ironing Room ni boleh digabungkan dengan Laundry Room tapi ramai juga yang lebih suka asingkan daripada ruang yang sama terletaknya washing machine & dryer.


Ironing Room sangat penting untuk mereka yang ada ahli keluarga yang ramai. Di situlah salah satu ruang yang kita akan berdiri lama sebab kena gosok baju, daripada baju sendiri hinggalah baju suami & anak-anak kita.


Antara perkara yang perlu take note untuk Bilik Menggosok Pakaian:

1. Tempat meletak ironing board.

Kena tahu saiz ironing board dan cara menyimpannya. Ada orang suka lipat, gantung & ada yang suka biarkannya terbuka. Nak menggosok, terus boleh guna.

Ada juga yang suka jenis built-in atau bersambung dengan kabinet. Jenis ni selalunya saiz agak kecil & tak berapa sesuai untuk gosok pakaian yang besar.

2. Tempat menggantung pakaian.

Boleh beli rak yang mudah alih untuk menggantung pakaian setelah digosok. Tapi yang terbaik ialah buat almari pakaian khas untuk gantung pakaian-pakaian tersebut.


Kebanyakan client kami suka almari tertutup tapi ada juga yang suka penyidai yang terbuka supaya senang nak capai baju yang dah digosok.

3. Tempat menyimpan seterika

Ada banyak jenis seterika di pasaran. Tapi sekarang yang paling famous yang jenis steam iron besar tu. Memang best guna sebab tak perlu risau pakaian 'terbakar' macam seterika zaman dulu.


Terpulang kepada anda untuk sediakan kabinet khas untuk simpan seterika tersebut atau boleh biarkan ia berada di atas iron board. Sentiasa pastikan suis ditutup, elakkan wayar berselerak & elakkan anak-anak berada di sekitarnya sebagai langkah berjaga-jaga.

4. Plug Point

Kedudukan Plug Point sangat penting di ruang menggosok pakaian. Adakalanya lokasi plug point buatkan kita susah nak adjust arah kedudukan iron board.

Jadi kalau kedudukan plug point tu susah nak access, boleh je adjust or relocate the plug point to suit with your space. Selalunya client kami akan request adjust plug point berada di atas lebih 4 kaki dari lantai supaya tak perlu membongkok untuk menghidupkan suis.

5. Ruang penstoran tambahan

Selain almari pakaian, boleh juga tambahkan kabinet lain untuk simpan pakaian lain. Alang-alang dah ada bilik atau ruang khas, boleh tambah laci untuk simpan stoking, tali leher atau anak tudung supaya senang nak cari.


Boleh rujuk idea-idea dalam gambar ni untuk buat Bilik Menggosok Pakaian atau Ironing Room. Semoga tips-tips ni membantu & kalau takde idea nak design ironing room boleh hire Ilusi HafiEzd Design as your Interior Designer ya.





p/s: Teringat zaman tinggal di asrama ada bilik iron baju. Tak ingat berapa banyak pakaian yang telah 'dibakar' oleh 'seterika antik' yang dikongsi dalam bilik tu.


Friday, November 24, 2023

3D vs Reality


Bagaimana kami mampu hasilkan interior design rumah 70% sama dengan 3D visual?

1. Kami buat sendiri 3D & tak pernah upah freelance.


3D vs Reality: Bilik Tidur/ Master Bedroom, Desa Pinggiran Putra.

2. Kami buat 3D mengikut material, perabot, lampu dan barang-barang yang betul-betul ada di pasaran.


3D vs Reality: Ruang Dapur/ Kitchen, Aman Putri, Sungai Buloh.

3. Kami hasilkan sendiri ID detail drawings atau lukisan kabinet mengikut saiz yang kami ukur sendiri di site.


3D vs Reality: Ruang Tamu/ Living Area, Taman Tasik Semenyih.

4. Kami jadi Project Manager di site, pastikan construction & design yang kami buat ikut 3D & drawings kami.


3D vs Reality: Bilik Tidur/ Bedroom, 1080 Residence Kajang.

5. Paling penting ialah ILMU & PENGALAMAN lebih 15 tahun yang kami ada dalam bidang Interior Design & Architecture. Pengalaman-pengalaman ni yang bantu kami buat design yang terbaik buat semua clients kami. Insya-Allah.


3D vs Reality: Ruang Dobi, Basuh & Jemur Pakaian/ Laundry Area, Bandar Baru Bangi.

Alhamdulillah kebanyakan client happy tengok design hampir sama dengan 3D. Barulah rasa berbaloi bayar ID design fee. Betul tak? 😉


3D vs Reality: Ruang Tangga/ Staircase Area, Elmina Green Shah Alam.

Berminat untuk membuat Interior Design & renovasi rumah dengan kami?

Whatsapp: wa.me/60122496649

Copyright by Ilusi Hafiezd Design 2023

#IlusiHafiezdDesign #InteriorDesigner #PerekaDalaman #InteriorDesign #3DvsReality #3DDesign

Tuesday, February 21, 2023

Salahkah Guna Duit Buat Interior Design Rumah Cantik-cantik?



Ramai orang selalu menilai orang-orang kaya ni berlagak, show-off, boros & banyak persepsi negatif lain. Ada juga yang anggap mereka yang spend duit & buat interior design di rumah sebagai membazir.


Saya bersyukur bila saya masuk dalam bidang yang kebanyakan pelanggan terdiri daripada golongan 'berduit', saya jadi tak mudah 'judge the book by it's cover'.
Mungkin rezeki saya, jumpa kebanyakan orang yang berduit & kaya tak sombong langsung, sangat berilmu & melayan kami baik walaupun kami ni bukan golongan T20.


Apa yang saya nampak, kebanyakan mereka ni ada duit yang banyak because they really deserve it. Mereka bekerja keras, jalankan tanggungjawab mereka dengan bersungguh-sungguh, layan pasangan & ahli keluarga dengan sangat baik.


Baru-baru ni saya dapat client berpangkat Dato' atau bekas ahli politik. Saya takut juga dia ada 'act' yang kami tak mampu layan. Bila jumpa depan-depan tak sangka Dato' ni cool je orangnya. Siap boleh bawa bergurau & beliau layan orang sekelilingnya dengan cara bercakap yang santai & sempoi.


Saya juga pernah jumpa Dato' & Datin yang dua-dua kerja dalam bidang professional. Mereka hanya ada seorang anak. Masa anak dia nak apply UPU saya tengok Dato' ni berusaha tolong & layan anak dia masukkan permohonan UPU online. Datin pula super humble, siap simpankan saya air zam zam berminggu-minggu supaya saya boleh minum masa datang ke rumahnya.


Ramai orang kaya buat ID untuk rumah mereka bukan sebab nak bermegah & saja habiskan duit mereka. Mereka buat rumah cantik-cantik sebab mereka nak keluarga mereka happy & jadikan rumah tersebut tempat berkumpul anak-beranak & cucu-cucu.


Ada juga orang bujang yang buat ID sebab mereka nak 'rewards' diri mereka. Mereka dah bekerja keras bertahun-tahun, apa salahnya mereka nak buat rumah yang selesa untuk diri sendiri.


Kita sebenarnya boleh hidup bahagia jika kita ikut & tahu kemampuan kita. Kemampuan orang berbeza-beza, jadi kita janganlah terlalu mudah judge orang lain yang hidupnya berlainan daripada kita.


Satu lagi belajarlah luaskan pergaulan & jangan terikat dengan satu circle saja. Saya tak kata circle saya hanya ada orang-orang kaya saja. Saya juga bergaul dengan pelbagai orang dengan latar pekerjaan & taraf hidup yang berbeza.


Bila bergaul & bertemu dengan pelbagai orang, kita dapat belajar daripada kehidupan orang lain. Ada orang selesa hidupnya cukup-cukup makan asalkan tenang. Ada juga orang yang punya impian tinggi & berusaha keras untuk capai apa yang mereka mahukan.


Saya kongsikan gambar-gambar ID rumah-rumah luar negara yang menunjukkan rumah yang direka ID bukan sekadar cantik, tapi juga mestilah praktikal & sesuai dengan lifestyle masing-masing.

Please bear in mind that not every house are designed to show the grandeur, but sometimes it shows the hardwork of the owner to have a place that called 'home'.

Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Reka Bentuk Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!