Showing posts with label Warna Tema. Show all posts
Showing posts with label Warna Tema. Show all posts

Saturday, October 5, 2019

Warna, Corak & Material dalam Rekabentuk Dalaman


Elemen warna, corak dan material dalam rekabentuk dalaman atau Interior Design sangat penting dalam menghasilkan ruang yang unik, elegan dan menarik.

Kepakaran Perekabentuk Dalaman atau Interior Designer adalah memilih warna, corak dan material berdasarkan konsep rekaan dalam ruang, warna tema, jenis ruang, kehendak client dan bajet client itu sendiri.



Bukan senang nak aplikasikan gabungan elemen rekabentuk yang berbeza dalam satu ruang. Hanya ID yang betul-betul ambil jurusan Rekabentuk Dalaman tahu macam mana nak blend semua elemen ini dalam satu ruang. Kami memang belajar subjek Material, Psychology of Colours, Furniture Making, etc.

Selain tu, sebagai ID juga kami pakar dalam menggabungkan warna, corak dan material yang berbeza dalam satu ruang. Design kami nampak versatile atau berbeza bila kami tahu jenis material apa yang sesuai. Kami takkan terikat dengan satu jenis material - contohnya wainscoting yang banyak digunakan oleh Interior Decorator di Malaysia sekarang.



Disebabkan kami berada dalam field rekabentuk dalaman, kami juga didedahkan dengan pelbagai supplier material. Ada supplier yang tidak jual direct kepada client, jadi kami adalah orang tengah yang membantu client mengaplikasikan material ID yang berbeza dalam ruang dalaman mereka.

Selalunya, sebagai ID, kami akan tolong guide client pilih warna dan material yang sesuai supaya client tak lari daripada design yang telah dirancang.



Contohnya nak pilih langsir, kena tahu warna latar atau cat rumah sedia ada. Selain itu kena tahu corak bagaimana patut dipilih mengikut konsep rekabentuk dalaman. Kalau klasik boleh pilih corak bunga atau corak berlingkar halus tapi tidak terlalu serabut. Kalau moden semestinya warna polos dengan kain baldu tebal yang berat supaya ruang nampak eksklusif dan kemas.

Nak pilih wallpaper juga kena tahu jenis wallpaper. Ada paper backing atau vinyl backing. Ada orang berani beli wallpaper murah yang diperbuat daripada kertas dan pilih corak yang serabut dan banyak warna. Sebenarnya mereka tak tahu, wallpaper kertas tersebut boleh rosakkan dinding dan sangat susah ditanggalkan berbanding wallpaper jenis vinyl.



Jadi jangan pelik jika anda 'kurang berjaya' mengaplikasikan gabungan material dan warna seperti konsep material dalam gambar. Semestinya pakar rekabentuk dalaman lebih arif dalam memilih gabungan warna, corak dan material dalam ruang.

Kami hari-hari tengok dan hadap design. 'Mata seni' kami memang lain daripada orang biasa. Jadi jika ada duit extra, bolehlah upah Interior Designer untuk ubahsuai ruang dalaman rumah atau bangunan anda ok.



Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!


Sunday, April 7, 2019

Teknik Cat Dinding Ombre / Ombre Wall Paint


Tengah buat research untuk warna cat dinding client, terjumpa satu teknik mengecat yang menarik yang dinamakan Ombre Paint.



Ombre ni diambil daripada perkataan French bermaksud 'shaded' atau tona. Sebab tu cara mengecat Ombre ni bermula dengan warna gelap dan seterusnya bertona makin terang.



Menariknya teknik ni kita akan dapat main beberapa campuran warna ke atas satu dinding. Bermula daripada satu tona warna, beralih ke tona seterusnya. Warna pun nampak senada bila diaplikasikan berlapis-lapis dengan tona yang berbeza.



Teknik mengecat dinding Ombre ni macam menggunakan warna air atau water colour di atas kanvas. Jika nakkan warna lembut, gabungkan warna pastel macam biru langit dengan ungu violet. Kalau warna gelap semestinya warna merah bata dan jingga.




Tona warna yang dihasilkan dengan teknik ombre menjadikan ruang tenang dan unik. Pastikan anda bijak menggabungkan warna pastel yang lembut untuk ruang bilik tidur atau warna garang seperti merah dan jingga di ruang makan sebagai penarik selera makan.




Berminat untuk mendapatkan khidmat Rekabentuk Dalaman daripada Ilusi Hafiezd Design?

Hubungi kami melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman di ilusihafiezd@gmail.com

LIKES Ilusi Hafiezd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!

Friday, July 27, 2018

Projek Dekorasi Taman Kelab Ukay, Ampang


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Sempena hari raya yang lepas, kami berkesempatan membuat Projek Dekorasi di rumah pelanggan Ilusi Hafiezd Design di Taman Kelab Ukay, Ampang. Projek ini mengambil masa hanya lebih kurang seminggu untuk proses design proposal, manakala hanya 2 minggu untuk menyiapkan proses dekorasi. 

*Ruang Tamu*

*Ruang Pintu Masuk*

Ruang yang terbabit untuk dekorasi ini ialah di Ruang Pintu Masuk dan Ruang Tamu. Kami juga memasang wallpaper di Ruang Keluarga dan Ruang Makan.

*Ruang Makan*

*Ruang Keluarga*

Ketika menghubungi kami, pelanggan meluahkan masalah mereka untuk membuat dekorasi di dua ruang tersebut. Mereka menghadapi masalah untuk membuat susun atur perabot ke dalam ruang kerana perabot sofa yang dibeli agak besar dan ruang juga kurang pencahayaan walaupun mempunyai banyak tingkap dan pintu di sekeliling.

*Ruang Tamu asal yang memanjang & ada banyak tingkap dan pintu*

*Ruang Pintu masuk dengan perabot sofa yang besar*

Oleh yang demikian, kami membantu menyelesaikan masalah susun atur perabot tersebut dengan menyediakan pelan susunan perabot atau furniture layout plan sebelum memulakan proses dekorasi. Pelanggan memilih option kedua selain memilih option perabot dan barangan deko berdasarkan bajet yang mereka ada.




Konsep dekorasi moden ini juga asalnya hanya bertemakan warna coklat, biru dan hijau. Namun kami juga telah menambah elemen berwarna emas di dua ruang tersebut dengan meletakkan perabot berelemen warna emas dan dekorasi bertemakan warna tersebut.

*Kaki pasu bunga dengan elemen warna emas*

*Kaki meja kopi dengan elemen warna emas*

*Kaki meja sisi atau side table dengan elemen warna emas bersama pasu emas dengan tumbuhan renek*

Hasilnya, ruang berjaya digunakan sepenuhnya bila ruang tamu yang memanjang dipenuhi perabot sofa asal dan ditambah dengan 2 designer armchairs, coffee table, side table, standing lamp, Kanvas Khat dan designer rug dengan corak geometri berwarna-warni.


Ruang Pintu Masuk pula menjadi berseri bila adanya kertas dinding bercorak Moroccan bersama meja konsol kayu dengan elemen emas di bahagian handle dan kakinya. Cermin yang tergantung di dinding juga menjadikan ruang nampak ekslusif dan elegan. Lebih menarik, kami menambah aksesori seperti dulang emas, bunga dan tumbuhan dalaman yang diletakkan dalam pasu berkaki emas.



Berminat untuk mendapatkan khidmat dekorasi atau rekabentuk dalaman daripada Ilusi Hafiezd Design?


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com




Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!