Tuesday, August 29, 2023

Poligami - Perspektif Anak


Rasanya dah kena menulis balik di blogspot ni. Maksud saya, tulis dan share pendapat peribadi.

Hari tu tertengok sekejap filem Buya Hamka di Netflix. Kebetulan keluar babak seorang bapa yang mahu anaknya bernama Ola menjadi 'isteri kedua' kepada Buya Hamka.


Buya Hamka menolak tawaran itu secara baik, walaupun Ola 'petik' ayat surah An-Nisa ayat 3 ni.


Bijaknya Hamka membalas sambil menyambung penghabisan ayat tersebut. Beliau juga terangkan kepada Ola poligami ada syaratnya iaitu perlu berlaku 'adil' & beliau tak mampu melakukannya bila berkahwin lebih daripada satu.


Saya sangat respek dengan Buya Hamka apabila beliau menolak tawaran berpoligami kerana tahu kemampuan diri sendiri. Sebab bukan semua lelaki 'sedar' tentang perkara ni.


Poligami mungkin isu yang 'remeh' untuk lelaki yang seronok ada ramai isteri yang boleh 'melayan' & perempuan yang kononnya 'suka berkongsi kasih'.


Tapi poligami sebenarnya menyakitkan untuk:

-Isteri yang setia hanya kepada seorang lelaki tetapi diduakan tanpa dia sangka.
-Isteri yang rela hidup susah senang dengan suami tapi suami berubah hati bila dah senang & jumpa perempuan yang kononnya lebih baik.
-Anak-anak yang ditinggalkan ayah lepas ayah berkahwin baru.
-Anak-anak yang terpaksa berpisah dengan salah seorang ibu bapa apabila mereka bercerai.
-Anak-anak yang terpaksa berkongsi kasih sayang dengan mak tiri/ isteri baru ayah mereka.


Poligami nampak 'indah' bagi sesetengah lelaki. Tak dinafikan, memang ada lelaki yang mampu berlaku adil. Tapi realiti di Malaysia, boleh check berapa ramai lelaki yang menganiaya isteri & anak-anak lepas berpoligami.


Efek poligami sebenarnya bukan hanya kepada isteri, tapi juga kepada anak-anak (kalau ada). Sesiapa yang pernah jadi anak & bapa mereka tinggalkan lepas kahwin baru, akan faham apa yang saya tulis ni.


Kalau si ayah kahwin dengan isteri yang baik, alhamdulillah. Tapi kalau dapat yang tamak, selfish & kejam, hanya Allah swt yang tahu betapa terseksanya anak-anak tersebut.


Maka suami yang teruja nak berpoligami & perempuan yang nak jadi isteri kedua, fikirlah sedalam-dalamnya sebelum nak masuk ke dalam perkahwinan poligami ni ya.


Kalau suami mampu - nafkah zahir & batin, alhamdulillah. Tapi kalau sampai menganiaya isteri & anak-anak, hidup anda memang takkan tenang selama-lamanya.


Semoga Allah swt memberikan kita keluarga yang penuh rahmah & berkah. Aamiin.