Showing posts with label Tips Rekaan Dalaman. Show all posts
Showing posts with label Tips Rekaan Dalaman. Show all posts

Saturday, October 5, 2019

Warna, Corak & Material dalam Rekabentuk Dalaman


Elemen warna, corak dan material dalam rekabentuk dalaman atau Interior Design sangat penting dalam menghasilkan ruang yang unik, elegan dan menarik.

Kepakaran Perekabentuk Dalaman atau Interior Designer adalah memilih warna, corak dan material berdasarkan konsep rekaan dalam ruang, warna tema, jenis ruang, kehendak client dan bajet client itu sendiri.



Bukan senang nak aplikasikan gabungan elemen rekabentuk yang berbeza dalam satu ruang. Hanya ID yang betul-betul ambil jurusan Rekabentuk Dalaman tahu macam mana nak blend semua elemen ini dalam satu ruang. Kami memang belajar subjek Material, Psychology of Colours, Furniture Making, etc.

Selain tu, sebagai ID juga kami pakar dalam menggabungkan warna, corak dan material yang berbeza dalam satu ruang. Design kami nampak versatile atau berbeza bila kami tahu jenis material apa yang sesuai. Kami takkan terikat dengan satu jenis material - contohnya wainscoting yang banyak digunakan oleh Interior Decorator di Malaysia sekarang.



Disebabkan kami berada dalam field rekabentuk dalaman, kami juga didedahkan dengan pelbagai supplier material. Ada supplier yang tidak jual direct kepada client, jadi kami adalah orang tengah yang membantu client mengaplikasikan material ID yang berbeza dalam ruang dalaman mereka.

Selalunya, sebagai ID, kami akan tolong guide client pilih warna dan material yang sesuai supaya client tak lari daripada design yang telah dirancang.



Contohnya nak pilih langsir, kena tahu warna latar atau cat rumah sedia ada. Selain itu kena tahu corak bagaimana patut dipilih mengikut konsep rekabentuk dalaman. Kalau klasik boleh pilih corak bunga atau corak berlingkar halus tapi tidak terlalu serabut. Kalau moden semestinya warna polos dengan kain baldu tebal yang berat supaya ruang nampak eksklusif dan kemas.

Nak pilih wallpaper juga kena tahu jenis wallpaper. Ada paper backing atau vinyl backing. Ada orang berani beli wallpaper murah yang diperbuat daripada kertas dan pilih corak yang serabut dan banyak warna. Sebenarnya mereka tak tahu, wallpaper kertas tersebut boleh rosakkan dinding dan sangat susah ditanggalkan berbanding wallpaper jenis vinyl.



Jadi jangan pelik jika anda 'kurang berjaya' mengaplikasikan gabungan material dan warna seperti konsep material dalam gambar. Semestinya pakar rekabentuk dalaman lebih arif dalam memilih gabungan warna, corak dan material dalam ruang.

Kami hari-hari tengok dan hadap design. 'Mata seni' kami memang lain daripada orang biasa. Jadi jika ada duit extra, bolehlah upah Interior Designer untuk ubahsuai ruang dalaman rumah atau bangunan anda ok.



Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!


Friday, July 13, 2018

Rekaan Lampu Terkini / New Lighting Design


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Di hari Jumaat yang mulia ni marilah akak kongsikan rekaan lampu yang terkini untuk anda semua. Mana tahu perkongsian ni boleh bantu anda beli lampu untuk rumah banglo masing-masing nanti. Aamiin


Kebetulan beberapa bulan lepas kami habiskan hampir RM700 beli lebih 10 lampu untuk rumah client di House of Lighting, Puchong. Kedai ni memang famous dengan harga lampunya yang sangat murah, tapi nak dapat parking agak bercinta juga. Heh.



*Kedai Lampu House Of Lighting, Puchong*


So kalau nak beli lampu ni kenalah rancang bajet anda. Kalau rumah baru, check berapa lighting point yang ada, jenis ceiling, jenis ruang dan warna lampu apa yang kita nak.


*Lihatlah betapa banyak lampu di kedai ini. Rambang mata dibuatnya. Heh*

Contohnya kalau nak pasang downlight, kalau ada plaster ceiling boleh beli downlight yang jenis tanam dalam ceiling. Kalau concrete slab, belilah yang exposed atau terkeluar daripada ceiling.


*Jenis-jenis downlight. Standard size selalunya orang guna 4"*


Boleh pilih nak warna yellow, warm white atau cool white. Atau boleh pilih yang jenis 3 colours ni. Petik sekali warna yellow, tutup, petik balik jadi warm white dan begitulah seterusnya. Kiranya kita akan dapat 3 ambience dalam satu ruang. Best kan? Harga lampu 3 colour ni minimum RM21 dan kalau beli downlight seeloknya beli harga RM20 ke atas. (Yang lagi murah cepat rosak, so kena beli satu set baru.)


*Modern Pendant Light - Suitable for Living & Dining*


Ok, masuk hal pendant light pula, kena pandai pilih yang moden dan praktikal. Zaman sekarang orang dah tak pakai lampu ceiling mounted (Boleh tengok gambar yang akak share.) Sebabnya yang ceiling mounted tu susah nak bersihkan dan serangga senang masuk. Pilihlah lampu yang mentolnya murah, senang dibeli dan ditukar.


*Jenis Ceiling Mounted - Lampu yang agak sukar ditukar*

*Design Pendant Lamp yang terkini. Sesuai untuk Dining atau Breakfast Table area*




Lampu Chandelier pula jangan beli kalau rumah kita silingnya rendah dan bukan konsep English atau glam. Lagipun lampu Chandelier ni susah nak bersihkan melainkan anda ada orang gaji tolong gosok hari-hari. Heh.


*Boleh pilih pendant lamp begini untuk menggantikan Chandelier. Lebih mudah dibersihkan dan up to date.*


Lampu dinding atau wall light pula janganlah pilih yang ada casing kaca corak bunga-bunga. Nak moden, pilih yang simple dan mentolnya senang ditukar. Maklumlah lampu di tangga, kena bijak pilih ya. (Boleh tengok gambar-gambar design lampu yang updated & outdated.)


*Design Wall Light yang terkini. Ada ciri-ciri Hipster sedikit*


*Design Wall Light yang juga boleh dijadikan deco di dinding.*


*Design Wall Light yang outdated*

Sekali lagi disyorkan, kalau ada bajet lebih, upahlah Interior Designer untuk buatkan Lighting Plan supaya anda dapat merancang berapa biji lampu yang perlu dibeli dan merangka susunan lampu, kipas dan aircond dalam rumah.

*Contoh Reflected Ceiling Plan atau Lighting Plan yang kami sebagai Interior Designer Buat*

Semoga apa yang dikongsi memberi manfaat. Doakan bisnes Ilusi HafiEzd Design terus maju dan ekonomi Malaysia ok lepas pilihanraya ni. Aamiin

#ilusihafiezddesign
#InteriorDesigner
#LightingTips
#DesignerLighting