Tuesday, January 4, 2011

Bukan Aku Membenci

Bukan aku membenci...
Kau yang punya wang...
Tapi aku benci...
Kau hidup bersenang-lenang...
Orang susah di sebelah kau tak pandang...
Pekerja di bawah kau tempik garang...
Asal salah sedikit kau tunjuk berang..
Lalu kau fikir kau yang menang?
Diam-diam orang bengang...
Tak takut satu hari nanti kau diserang?



Bukan aku membenci...
Kau yang punya duit...
Tapi aku benci...
Harta berjuta-juta kau tak mahu kongsi sikit
Kau langsung tak pedulikan hidup orang lain yang perit...
Kau biarkan yang lapar terjerit-jerit...
Kau abaikan yang meronta-ronta sakit..
Asalkan hartamu terus banyak berbukit-bukit...


Bukan aku membenci...
Kau yang punya kekayaan...
Tapi aku benci...
Kekayaan kau itu kau simpan...
Tak mahu berkongsi, tak mahu berkorban...
Hidupmu didahulukan..
Yang susah dibiarkan...
Tak kisah isteri habiskan duit untuk berdandan..
Anak-anak remaja digalakkan berjoli sakan...
Jadi bagaimana kau lihat orang lain hidup dalam tekanan?
Hidup dengan pendapatan rendah dan gaji cukup-cukup makan?

Bukan aku membenci...
Kau yang berharta banyak...
Tapi aku benci...
Dirimu yang senang bongkak...
Ayatmu semua ayat berlagak...
Gaya di luar ala-ala segak..
Namun di hati hitam seperti gagak...
Orang memandang tambah jelak...
Tambah sakit hati mendengar kau gelak..
Kalau bengang sangat, rasa nak sepak!


Bukan aku membenci...
Bukan aku dengki..
Cuma aku sakit hati...
Orang kaya tak sedar diri...
Aku pekerja makan gaji...
Rela diri dimarahi...
Tapi jika salah kau sendiri...
Kenapa perlu mencaci maki?
Hartamu itu DIA yang bagi..
Untung hidupmu murah rezeki...
Namun jangan lupa kuasa Ilahi..
Bila sampai masa, akan diuji...
Masa depan, tiada apa yang pasti...
Jadi bersedialah nanti...
Jangan sampai diri sendiri yang rugi..
Terimalah balasannya suatu hari nanti!


No comments:

Post a Comment

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!