Showing posts with label ilusi hafiezd design. Show all posts
Showing posts with label ilusi hafiezd design. Show all posts

Wednesday, June 2, 2021

12 Tahun sebagai Pereka Dalaman

Assalamualaikum & Hi.

Alhamdulillah. Tanggal 1 Jun 2021 semalam genaplah 12 tahun saya berkerja sebagai Pereka Dalaman atau Interior Designer. Saya pernah bekerja di beberapa syarikat ID sebalum memulakan perniagaan sendiri sejak tahun 2014.

Bila melihat semula semua hasil projek oleh syarikat saya dan suami, Ilusi Hafiezd Design terus terimbau kembali segala kenangan kami menguruskan projek reka bentuk dalaman untuk pelanggan-pelanggan kami.

Setiap projek adalah hasil design & drawings kami berdua dan tak terikat kepada satu jenis konsep. Kami juga mampu menghasilkan reka bentuk yang versatil dan kekal lama atau 'timeless'. Pengalaman kami menguruskan setiap projek, monitor site, dealing with clients, buat deko dan segala hal berkaitan membuatkan kami belajar banyak tentang bisnes ID.

Saya sangat gembira bila melihat kebanyakan design kami berwarna-warni, praktikal dan menepati kehendak client. Ramai client yang senang dengan khidmat ID kami dan berpuas hati dengan hasil design rumah mereka Alhamdulillah.

Jadi di blog ini saya akan share sedikit info mengenai setiap projek yang kami hasilkan sejak 2014 hingga 2021.



1. Sunway Cheras Project
Projek ini adalah projek pertama company kami yang hasilkan pada tahun 2014. Projek rumah teres 3 tingkat ini merangkumi ubahsuai keseluruhan satu rumah. Apa yang menarik tentang projek rumah ini ialah setiap tingkat mempunyai Kabinet TV & Bangku atau Bench dengan design dan konsep yang berbeza. Tingkat paling atas yang merupakan bilik tidur utama direka dengan konsep Inggeris atau English Concept dimana setiap kabinet menggunakan material spray paint dan digabungkan dengan wall panelling & wallpaper.



2. TTDI Groove, Kajang Project
Projek ini adalah projek yang kami hasilkan pada tahun 2015. Projek rumah teres 2 tingkat corner lot ini juga merangkumi ubahsuai keseluruhan satu rumah. Untuk rekaan rumah ini kami banyak design bahagian siling dengan rekaan yang 'grand' dan eksklusif. Rekaan siling di ruang makan sangat tinggi dan direka dengan lapisan siling bersama lampu gantung yang berjuntaian jatuh ke bawah. Menariknya baru-baru ini client sekali lagi panggil kami untuk makeover atau deko semula rumah dengan rekaan yang baru supaya menampakkan kelainan setelah 5 tahun tinggal di rumah tersebut.


3. D'Pines Condominium, Ampang
Projek yang dihasilkan pada tahun 2016 ini adalah projek kondominium pertama oleh Ilusi Hafiezd Design dan projek paling mahal yang kami pernah buat. Rekaan rumah sangat unik, siling bercorak hexagon, ruang balcony direka dengan bench dan planter box dan setiap ruang mempunyai kabinet pasang siap yang lengkap. Rumah ini juga pernah tersiar di Majalah Impiana dan menjadi cover depan majalah tersebut.


4. Taman Jati Indah, Shah Alam
Rumah ini sebenarnya ialah rumah mak saya sendiri yang kami siapkan pada tahun 2016. Rumah ini adalah rumah satu tingkat yang mempunyai banyak penambahbaikan kerana kondisi rumah yang banyak kerosakkan dan terlalu lama. Rekaan exterior atau luar rumah dihasilkan oleh suami saya dengan idea kami bersama. Mak saya turut merancang sendiri susun atur rumah supaya menepati kehendak beliau. Kami juga menemani beliau memilih barang construction sendiri seperti tiles, aksesori bilik air dan langsir supaya beliau berpuas hati dengan rekaan rumahnya. Selain ubahsuai rumah, kami juga terpaksa menguruskan proses submisson drawings kepada pihak majlis yang sangat sukar dan mencabar akibat sikap birokrasi pihak PBT. Alhamdulillah kini mak saya bahagia dan sudah mendiami rumah ini lebih 5 tahun sejak pencen daripada menjadi Guru Besar.


5. Dayang Beauty Secret Office Showroom Project
Projek Dayang Beauty Secret Office Showroom ini antara projek komersial yang kami hasilkan. Konsep design sangat feminin, sesuai dengan identiti dan perwatakan pemilik jenama Dayang Beauty Secret sendiri, Puan Tun Nurul Huda. Kombinasi warna merah jambu dan emas dijadikan warna tema reka bentuk dalaman office showroom ini. Projek ini siap pada tahun 2017 dan kami turut membantu client membuat dekorasi tambahan untuk setiap ruang ofis.


6. Vista Mahogani, Kajang Project
Konsep rekaan dalaman untuk projek kondominium ini adalah tema Inggeris atau English concept namun digabungkan dengan warna biru laut yang lembut. Warna biru laut dijadikan elemen tambahan disebabkan pemilik rumah merupakan pengumpul cengkerang dari laut dalam. Kabinet TV direka khas bersama ruang pamer atau display yang dijadikan tempat meletakkan barang-barang perhiasan mengikut saiz barangan itu sendiri. Selain mengubahsuai ruang tamu dan ruang makan, kami juga menambah kabinet di ruang dapur basah yang sempit di belakang. Kami seronok membuat deko untuk rumah ini kerana berpeluang shopping perabot, barang deko dan lukisan sendiri mengikut bajet yang client sediakan.

7. Bandar Tun Hussein Onn Project
Projek ubahsuai ini pada asalnya hanya melibatkan ruang keluarga dan bilik tidur utama sahaja. Namun setelah memasang lantai vinyl dan wallpaper di tingkat atas, client berminat untuk memasang material yang sama dengan corak yang berbeza di tingkat bawah pula. Projek ini agak menarik kerana kabinet yang dihasilkan mempunyai dwi-fungsi. Storage cabinet di Family Area ini juga dijadikan study table dan book cabinet, manakala TV cabinet di Master Bedroom juga berfungsi sebagai kabinet menyangkut pakaian.


8. Taman Kelab Ukay, Ampang Project
Ini adalah salah satu projek dekorasi yang kami hasilkan beberapa minggu sebelum hari raya pada tahun 2018 untuk rumah yang sudah didiami di Ampang. Client mempunyai masalah dalam space planning rumah disebabkan 'terbeli' dua buah sofa yang agak besar dan tidak menepati saiz ruang sedia ada. Jadi selain membuat deko dan memasang wallpaper, kami juga membantu client menyusun semula ruang sedia ada dengan perabot lain. Kami telah menambah designer chair, designer lamp, designer rug dan beberapa item dekorasi yang lain supaya menjadikan ruang nampak lebih bergaya dan kemas.


9. Bandar Seri Putra, Bangi Project
Proses design dan ubahsuai rumah banglo ini mengambil masa selama setahun untuk siap. Kami hanya mereka bentuk bahagian dalaman rumah, membuat kabinet dan beberapa bahagian ID lain manakala bahagian renovasi lain diuruskan oleh kontraktor yang dilantik oleh pemilik rumah. Kos renovasi mencecah sehingga RM250 ribu, antara kos tertinggi renovasi yang kami dapat walaupun job scopes kami hanya bahagian ID. Antara ruang menarik di rumah ini selain dapur yang berharga lebih RM80 ribu ialah ruang bilik kucing. Boleh baca artikelnya dengan klik di sini.



10. AVL & Ilusi Hafiezd Design Showroom Project
Setelah bertahun-tahun bekerja dari rumah, akhirnya kami berpeluang mempunyai pejabat dan showroom sendiri. Alhamdulillah kami telah diberi peluang berkolaborasi dengan ex-boss saya di AVL Interior untuk membuka Interior Design Showroom di Setia Ecohill Taipan, Semenyih. Showroom ini direka bentuk oleh kami dan melibatkan idea daripada pihak AVL juga. Terdapat 3 set dapur, dapur pulau, 2 set almari pakaian dan 2 kabinet TV di dalam showroom yang menggunakan pelbagai material. Apa yang best, kos kabinet dan deposit sewa dibiayai oleh boss dan kami hanya perlu menanggung beberapa item tambahan dalam kos renovasi. Walau bagaimanapun disebabkan pandemik Covid-19, showroom ini belum siap sepenuhnya tapi insya-Allah selepas habis PKP, anda boleh datang jika berminat untuk buat ID dengan kami ok. Boleh baca perjalanan renovasi showroom di lik ini & ini.



11. Acacia Serene Heights, Bangi Project
Rumah ini adalah rumah keempat yang kami berjaya ubahsuai di kawasan perumahan Serene Heights, Bangi. Selain client sangat baik, projek ini sangat menarik kerana konsep warna tema yang berbeza di aplikasikan di setiap ruang dalam rumah. Ruang tingkat bawah bertemakan warna biru, turquoise dan warna neutral. Bilik tidur utama pula dengan tema biru dan kelabu. Bilik anak bertemakan warna kegemaran anak client iaitu hijau manakala satu lagi bilik bertemakan warna merah jambu. Walaupun rumah hanya dijadikan sebagai weekend house, tapi client sanggup melaburkan wang untuk membuat dekorasi keseluruhan rumah bersama-sama dengan kami. Hasil ubahsuai dan deko rumah ini bagi kami sangat menarik dan elegan, lantas menjadi antara projek yang menjadi kegemaran kami.


12. Taman Tasik Semenyih Project
Di celah-celah keributan pandemik Covid-19, kami berjaya menyiapkan projek ubahsuai rumah di Taman Tasik Semenyih ini dalam tempoh lebih kurang 3 bulan iaitu dari bulan Ogos 2020 hingga Oktober 2020. Sebaik PKP 1.0 berakhir, kami cepat-cepat memulakan proses renovasi rumah Semi-D yang berusia 7 tahun ini dan hasilnya agak memuaskan. Antara rekaan yang menarik adalah Kabinet TV yang turut dijadikan penghadang atau divider antara ruang tamu dengan ruang makan. Selain mendapat kerjasama yang baik daripada pihak client, alhamdulillah Tuhan permudahkan urusan renovation tanpa banyak masalah yang crucial. Boleh tengok di Facebook kami bagaimana kami makeover rumah ini daripada rumah lama dan menjadikannya lebih praktikal dan cantik.



13. Elmina Green Project
Projek ubahsuai rumah ini bermula sebaik PKP 2.0 berakhir dan baru siap sebelum bulan puasa 2021. Rumah ini adalah rumah rakan sekolah rendah saya di SK Convent Bukit Nanas 1 dahulu. Kebanyakan idea design adalah daripada rakan saya sendiri dan suaminya seorang graduan senibina. Tema warna rumah kelabu bersama wainscoting dan wallpaper di bahagian ruang tamu dan ruang makan menjadikan ruang nampak elegan dan moden. Ruang dapur pula telah direka dengan gabungan material melamine bertekstur textile dan kayu gelap, diterangi pula lampu LED Strips bersama kitchen porcelain top.




I'm proud with all my design, I'm thankful to all my clients that keep their trust to hire me as their designer, I appreciate the people that support me & thanks to Allah swt for HIS blessings & guidance towards this journey.

Terima kasih atas sokongan anda semua. More Interior Design project coming soon by Ilusi Hafiezd Design. Insya-Allah 💜

Wednesday, January 6, 2021

Gabungan Wainscoting & Wallpaper


Melihat trend terkini dalam Interior Design atau reka bentuk dalaman, kebanyakan rumah banyak yang suka menggunakan Wainscoting sebagai Feature Wall. Walaupun Ilusi Hafiezd Design jarang gunakan design wainscoting atau wall beading dalam design rumah client kami, tapi selalunya client berminat dengan cara kami menggabungkannya dengan wallpaper.

3 contoh projek ID rumah kami dah buat gunakan wainscoting dan wallpaper dalam gambar-gambar di bawah. Pertama untuk ruang Bilik Tidur (Projek Sunway Cheras). We used wall 'beading' instead of typical wainscoting to makes it looks modern & fresh.

Gabungan Wallpaper & Wall Beading di Bedhead

Gabungan Wallpaper & Wall Beading di TV Cabinet

Kedua kami gabungkan wainscoting dan wallpaper bercorak Damask untuk projek dekorasi di Vista Mahogani, Kajang. Rekaan berkonsep ala Inggeris moden ini turut menggabungkan tona biru laut sebagai warna tema dalam ruang. Ini adalah salah satu projek kegemaran kami kerana gabungan wainscoting, wallpaper dan warna biru menjadikan ruang tenang dan cosy.


Gabungan Wallpaper & Wainscoting sebagai Living & Dining Feature Wall

Manakala yang terakhir untuk projek Banglo di Bandar Seri Putra, Bangi. Wainscoting di ruang makan nampak mewah bila digabungkan dengan pintu kayu, meja makan kayu dan lampu chandelier klasik pilihan client kami.

Nak gabungkan wainscoting dengan wallpaper ni nampak mudah. Tapi sebenarnya perlukan research dan kepakaran designer's eye to chose suitable wallpaper to combine with the panels.




Corak wallpaper paling sesuai digabungkan dengan wainscoting semestinya corak Damask atau bunga klasik. Cuma bila nak aplikasikan corak sebegini, perabot dan barang dekorasi di sekeliling mestilah mempunyai konsep yang sama.


Contohnya kalau gunakan wainscoting dengan kayu yang mempunyai corak yang berat atau sophisticated, perabot yang dipilih mestilah jenis klasik juga. 


Trend terkini gabungan wainscoting adalah dengan wallpaper bercorak abstrak atau geometri. Corak begini buatkan ruang tidak terlalu statik dan fleksibel, tidak terikat dengan satu jenis konsep sahaja.



Ruang akan nampak lebih moden bila ada gabungan wainscoting dan wallpaper dengan corak lebih segar berbanding corak Damask yang agak berat. Pelbagai perabot rekaan terkini seperti perabot kayu dan sofa fabrik sangat sesuai diletakkan dalam ruang tersebut.



Kalau anda berminat untuk gabungkan wainscoting dan wallpaper bolehlah hubungi Ilusi HafiEzd Design melalui email : ilusihafiezd@gmail.com

Thursday, September 24, 2020

Kepentingan 3D Visual Design & Detail Drawings Sebelum Renovate Rumah


Ramai masih tak faham kenapa penting ada Interior 3D Visual Design & Detail Drawings sebelum renovate rumah atau buat Interior Design Renovation. Pentingnya design & drawings ni ada sebelum renovate rumah supaya proses renovasi dirancang betul-betul dan lukisan boleh dijadikan rujukan oleh pihak contractors, carpenter & electricians.

Lukisan 3D Visual / 3D Visual Design

Ada pemilik rumah yang tak sanggup bayar design fee untuk design & drawings walaupun kos tu untuk bagi clear design dan bagaimana rupa ruang atau kabinet mereka akan dapat. Tapi kalau pemilik rumah jenis yang betul-betul well-planned, confirm mereka mahukan design & drawings ni sebagai rujukan untuk mereka juga.

Lukisan 3D Visual / 3D Visual Design

Lukisan 3D Visual / 3D Visual Design

Untuk projek rumah di Setia Eco Glades, Cyberjaya yang lepas, client kami memang seorang yang particular dan tahu keperluan atau requirements for her homeespecially for her kitchen. Boleh tengok gambar di bawah, beliau lukis sendiri apa beliau nak letak di kabinet dapurnya. Detail kan?


Kami sebagai Interior Designer sedaya upaya memenuhi permintaan beliau dengan menyediakan susun atur atau space planning dalam setiap ruang rumah. 3D Visual Design disediakan untuk tunjuk gambaran dapur, warna kabinet, efek lampu & material yang beliau pilih.

Kitchen design in MDF with PU Spray Paint, Quartz Stone Top & Subway Tiles Backing



Ruang Penyimpanan yang banyak untuk menyimpan barang di dapur

Lukisan kabinet atau Cabinet Detail Drawings pula menunjukkan saiz dan ruang penyimpanan atau storage yang beliau akan dapat berdasarkan saiz dapur rumahnya. Setiap bahagian kabinet direka mengikut kehendak dan keperluan client, sambil mengambil kira saiz peralatan elektrik yang akan digunakan di dapur.



Lukisan Kabinet / Cabinet Detail Drawings

Antara ruang penyimpanan khas yang kami perlu sediakan untuk client ialah ruang menyimpan barang pembersihan seperti vacuum dan mop. Kami juga sediakan display cabinet untuk client display produk kesihatan yang mereka jual. We added lightings at the display cabinet to enhanced the product looks.

Cleaning Tools Storage Compartment

Display Cabinet for Product Display



Selain itu, kami juga kena sediakan lukisan elektrik untuk bahagian dapur. Lukisan elektrik tersebut menunjukkan di mana plug point, control switch (hood), point untuk dishwasher, Coway dan juga point lampu. 

Lukisan Elektrik / Electrical Drawing

Cabaran nak reka bentuk dapur ini ialah bahagian plumbing. Sebab selain plumbing di bawah sink, kami juga perlu sediakan plumbing untuk dishwasher dan paip untuk coway. Complicated sangat tau.

Alhamdulillah client berpuas hati dengan hasil reka bentuk dan perkhidmatan reka bentuk dalaman kami. Apa yang penting reka bentuk dapur memenuhi keperluan dan kehendak client dan client dapat gunakannya dengan cara mereka tersendiri.


Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat Reka Bentuk Dalaman atau Interior Design consultation dengan kami bolehlah hubungi kami melalui email ilusihafiezd@gmail.com

Boleh follow Facebook & Instagram Ilusi Hafiezd Design untuk melihat progres dan hasil kerja reka bentuk dalaman kami. Terima kasih.

Sumber Gambar Daripada Client
Instagram: stayathomefamilylife_my
#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#PerekaDalaman
#RekabentukDapur
#KitchenDesign
#SetiaEcoGladesProject
#3DVisual
#InteriorDrawings
#CabinetDrawings
#DetailDrawings
#ElectricalDrawings

Sunday, April 7, 2019

Teknik Cat Dinding Ombre / Ombre Wall Paint


Tengah buat research untuk warna cat dinding client, terjumpa satu teknik mengecat yang menarik yang dinamakan Ombre Paint.



Ombre ni diambil daripada perkataan French bermaksud 'shaded' atau tona. Sebab tu cara mengecat Ombre ni bermula dengan warna gelap dan seterusnya bertona makin terang.



Menariknya teknik ni kita akan dapat main beberapa campuran warna ke atas satu dinding. Bermula daripada satu tona warna, beralih ke tona seterusnya. Warna pun nampak senada bila diaplikasikan berlapis-lapis dengan tona yang berbeza.



Teknik mengecat dinding Ombre ni macam menggunakan warna air atau water colour di atas kanvas. Jika nakkan warna lembut, gabungkan warna pastel macam biru langit dengan ungu violet. Kalau warna gelap semestinya warna merah bata dan jingga.




Tona warna yang dihasilkan dengan teknik ombre menjadikan ruang tenang dan unik. Pastikan anda bijak menggabungkan warna pastel yang lembut untuk ruang bilik tidur atau warna garang seperti merah dan jingga di ruang makan sebagai penarik selera makan.




Berminat untuk mendapatkan khidmat Rekabentuk Dalaman daripada Ilusi Hafiezd Design?

Hubungi kami melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman di ilusihafiezd@gmail.com

LIKES Ilusi Hafiezd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!