Showing posts with label Galeri Reka Bentuk Dalaman. Show all posts
Showing posts with label Galeri Reka Bentuk Dalaman. Show all posts

Wednesday, October 26, 2022

Showroom Interior Design Ilusi HafiEzd Design



Showroom Interior Design Ilusi HafiEzd Design mula construction tahun 2019. Disebabkan banyak kali PKP 2020-2021, showroom kami tak dapat disiapkan & digunakan sepenuhnya walaupun kena bayar sewa tiap-tiap bulan.

                
Glass Door ni antara benda paling awal kami buat masa ada showroom ni. Sekarang dah tambah wallpaper di dinding tepi sebagai feature wall.

Rekaan Galeri Reka Bentuk Dalaman oleh Ilusi Hafiezd Design. Asalnya ada 3 set Kabinet Dapur, 2 Set Almari Pakaian & 2 Kabinet TV. Sekarang dah tambah lagi satu dapur (pantry) & Kabinet TV maintain 1 je.

2 rows of Designer Wardrobe with Island in the middle

2 rows of Designer Kitchen with Kitchen Island 

Kawasan Setia Ecohill, Semenyih tempat showroom kami ni semakin pesat membangun lepas ekonomi dibuka semua. Siap ada shopping mall baru di belakang showroom kami ni iaitu Setia Ecohill Mall.

Jadi beberapa bulan lepas, owner bangunan naikkan rental showroom. Investor kami yang asalnya bayar separuh sewa tarik diri. Maka kami kena sign contract baru dengan owner building supaya kami boleh stay & kekal gunakan showroom ni.

Masa tu memang down sangat & risau takut tak mampu bayar semua expenses. Sewa daripada RM2700 naik ke RM3500. Investor juga jual showroom ni kepada kami dengan harga 50K tapi kami boleh bayar ansuran kepadanya. Kami ni dahlah baru je nak bernafas lepas tak boleh kerja disebabkan PKP, sekarang kena bayar macam-macam kos disebabkan showroom ni saja.

Wardrobe design with Melamine Swing Doors & Glass Sliding Doors

Kitchen design in 5G Glass & Melamine colour carcass

Kitchen design in Melamine Door & Melamine colour carcass

Kitchen design in 5G Glass & Melamine colour carcass

Wardrobe design with Melamine Swing Doors & Glass Sliding Doors

Wardrobe design with Melamine Swing Doors, Open Colour Melamine Carcass with wardrobe accessories

Tanpa disangka, alhamdulillah Allah swt bukakan jalan kami cari duit untuk bayar sewa, apply lesen kedai & buat signage baru. Kami dapat buat loan daripada beberapa pihak & bank seperti BSN & Tekun. Kami juga dapat sponsor daripada beberapa orang untuk cantikkan showroom kami supaya lebih presentable to our clients.

Dapur dengan pintu Nyatoh Spray Paint yang baru kami tambah. Sebelum ni guna 5G Glass tapi hanya rangka siap siap. Kos untuk pintu saja RM6000. Budget takde untuk tambah kitchen top. Haha.

Accent Feature Wall sponsored by our sub-con: KL Wainscoaters

Wainscoting Wall sponsored by our sub-con: KL Wainscoaters

Kami sayang sangat showroom ni sebab ini adalah idea design kami sendiri. Investor buka jalan kami ada showroom di kawasan perumahan Setia Ecohill, tempat tinggal kami. Jadi kami kena jaga showroom ni sehabis baik walaupun keadaan ekonomi tak berapa okay sekarang ni.


Kami tambah perabot & barangan dekorasi untuk tunjukkan idea & hasil kreativiti kami.

Ruang kerja kami tambah lampu & wallpaper. Supplier Colorman kami sponsor. Alhamdulillah.

Kabinet TV asal baru tambah TV. 

Ramai sahabat, clients & beberapa ahli keluarga dah datang ke showroom ni sebab saja-saja datang melawat & ada juga yang datang untuk dapatkan free consultation. Alhamdulillah banyak juga job close lepas clients datang ke sini.

Kami ok je kalau family atau kawan-kawan nak datang. Perlu set appointment awal-awal sebab takut kami pergi site atau jumpa client di luar. Kalau client nak walk-in boleh datang weekdays saja. Kami juga tak buka showroom weekend untuk client baru sebab weekend kami tutup. Haha.

Meja discussion kami dengan client. Meja tempat makan-makan juga. Haha.


Client, family & sahabat handai boleh bergambar di sini. Ala-ala gambar raya juga. Kahkah

Ruang Pantri kami baru tambah. Ni pun dekat 5K habis. Coffee Machine & fridge tak beli lagi. Takde bajet. Doakan ada projek besar. Haha

Showroom kami yang luas. Tempat anak-anak melepak juga bila kena stay dengan kami siapkan kerja.

Ruang solat kami dengan Wallpaper ala Moroccan. Cantikkan? Hehe

Syukur alhamdulillah, daripada showroom ni kami dapat build client's 'trust'. Kami dapat tunjukkan hasil kerja kami & kongsikan apa yang kami mampu buat untuk fulfill client needs. Insya-Allah.

Lokasi Showroom di Setia Ecohill, Semenyih
(Belakang tu Setia Ecohill Mall, dekat je kan?)

Our official signange. Design by me. Yea!


Jemput datang ke showroom Ilusi HafiEzd Design di 

16-2, Jalan Ecohill 1/5A, Setia Ecohill, Semenyih. 
(Atas MK Curtain & bersebelahan block MR DIY)

Boleh whatsapp 0122496649 dulu sebelum datang.

Open weekdays 10 am-6 pm. Weekend & public holiday kami buka untuk family, sahabat & client yang dah bayar design fee saja ok. Huhu.

Semoga Allah swt permudahkan urusan perniagaan kami. Doakan kami dapat client yang baik-baik, dapat projek yang bagus, dapat bayar hutang & perniagaan terus berkembang ya. Aamiin.

Terima kasih.

#GaleriRekaBentukDalaman
#HiasanDalaman
#RekaBentukDalaman