Showing posts with label deko bilik tidur. Show all posts
Showing posts with label deko bilik tidur. Show all posts

Friday, September 28, 2018

Projek Reka Bentuk Dalaman & Dekorasi - Bandar Tun Hussein Onn, Cheras


Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca blog AiraniEz's Life.

Kali ini kami nak kongsi satu lagi projek reka bentuk dalaman dan dekorasi yang kami berjaya siapkan untuk rumah pelanggan kami di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Projek hiasan dalaman untuk rumah ini sangat menarik kerana selain membuat kabinet, kami juga turut deko 3 ruang dalam rumah tersebut iaitu Ruang Tamu, Ruang Belajar dan Ruang Solat serta Bilik Tidur Utama.

Pada asalnya, pelanggan hanya mahu buat kombinasi kabinet buku bersama meja belajar dan kabinet TV di dalam bilik. Beliau juga berminat nak pasang wallpaper dan vinyl flooring di tingkat dua rumah.

*Pemasangan Vinyl Flooring di Bilik Tidur Utama*

*Pemasangan Kabinet Buku & Meja Belajar*

Namun seterusnya beliau meminta kami membuat kabinet dapur atau tall unit cabinet di ruang dapur. Kabinet ini juga dilengkapi beberapa aksesori dapur dengan design terkini dan praktikal.

*Kabinet Dapur dengan Pull-out Basket*

*Kabinet Dapur dengan Aksesori Tandem*

Berpuas hati dengan khidmat reka bentuk dalaman kami, client menambah khidmat dekorasi kami pula. Beliau mahu ruang bilik tidur utama diubah menjadi lebih ceria dan praktikal.

*Kabinet TV bersama almari gantung di Bilik Tidur Utama*

*Kabinet 2 fungsi yang cantik dan praktikal*

Kami telah mengubahsuai bilik tidur utama menjadi ruang yang eksklusif dan elegan. Susun atur bilik diubah lantas bilik yang luas ini terbahagi kepada beberapa ruang iaitu - Ruang almari baju, ruang kerja, ruang tidur dan ruang santai untuk keluarga menonton TV dan berlatih basikal.




Kami juga telah mengubahsuai ruang tamu dan ruang makan dengan menambah lantai vinyl dan wallpaper. Ruang yang dahulunya kusam menjadi terang bila diserikan dengan kertas dinding berwarna putih. Lebih cerita, kami tukar carpet yang lama kepada karpet yang lebih berwarna-warni dan ceria.



Ruang belajar dan ruang solat juga telah diberi nafas baru dengan kerusi meja yang baru bersama canvas frame quotes untuk memberi semangat belajar kepada anak-anak tuan rumah. Ruang yang memanjang terbahagi kepada dua. Wallpaper Islamic Geometric Pattern menjadi titik tumpu untuk ruang solat bersama rak kecil untuk meletakkan kitab di atasnya.

*Ruang Solat & Ruang Belajar*

*Islamic Geometric Pattern Wallpaper*


*Canvas Frame Quotes

Semestinya sebagai Perekabentuk Dalaman apa yang kami perlu pastikan reka bentuk dalaman yang kami hasilkan membantu client kami dalam menyelesaikan masalah dalam ruang dalaman mereka. Kami mengambil berat sistem penyimpanan atau storage perlu ada banyak, kualiti pencahayaan dalam ruang contohnya dengan menambah lampu hiasan di dalam bilik tidur, tema warna dan konsep dalam setiap ruang, dan memastikan reka bentuk dan ubahsuai yang kami lakukan menjadikan kediaman selesa untuk didiami.


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com



Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:




Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!


#InteriorDesigner
#PerekaDalaman
#Ubahsuai
#Dekorasi










Wednesday, June 20, 2018

Tips Deko Bingkai Gambar / Frame Decor



Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua pembaca blog Airaniez's Life.

Sempena nak raya ni, mesti ramai semangat nak deko atau makeover rumah kan? Sebagai Interior Designer yang buat kerja deko juga, salah satu benda yang kami suka buat untuk deko rumah client Ilusi HafiEzd Design adalah dengan menggantung frame atau bingkai gambar.

*Feature Wall dengan frame decor untuk rumah client di D'pines, Ampang*

Ada pelbagai cara untuk menggantung frame gambar ni sebenarnya. Ada juga orang yang mengambil upah pasang atau gantung frame ni kalau nak gantung menggunakan skru atau paku yang sesuai. Apa yang penting, kerja ni perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 orang. Seorang tukang gantung dan tanda, seorang lagi tukang check ketinggian dan keseimbangan frames.


*Frame kanvas untuk MARA Japanese Library berlatarkan gambar bunga Sakura di Jepun. Resolution gambar sangat tinggi diambil supaya imej tak pecah.*


Seeloknya tinggi gambar yang hendak digantung ialah 57" dari lantai atau pada ketinggian eye level. Jarak frame kami suka buat 1"-3" sebab kalau jarak sangat nampak frame longgar dan susah untuk menyeimbangkan ketinggian semua frame supaya berada di aras yang sama.


*Frame gambar kanvas / gambar family dalam mood sepia (reddish-brown color)*


Kebanyakan frame kami beli di IKEA, Kaison atau MR DIY. Tapi the best is IKEA's frame, selain harga murah dan ringan, frame juga ada rujukan saiz gambar atau artwork. Anda boleh pilih untuk gantung frame yang sama material atau boleh mix & match different frame patterns. Boleh juga gabungkan frame dengan huruf, lampu atau jam seperti yang kami buat untuk client di Bandar Tun Hussein Onn baru-baru ni.


*Frames yang dibeli dari IKEA yang kami gantung untuk ofis Dayang Beauty Secret di Alam Damai. Warna frame dipilih ikut tema warna Interior - Pink, Gold & White.*



*Frames yang dipasang dalam bilik bos Dayang Beauty Secret*


Terpulang kepada kehendak masing-masing nak gantung gambar keluarga, gambar konvo atau gambar Agong pun boleh. Haha. Kalau nak murah dan senang, boleh print gambar dalam mood hitam putih. Tapi kami suka guna quotes yang kami ambil di internet dan adjust size pakai photoshop dan letak frame hitam supaya mudah untuk dipotong dan digunting.

*Gabungan jam & quotes untuk projek deko rumah di Alam Impian, Shah Alam*

Selalunya bajet untuk frame ni dalam RM100 boleh dapat lebih 5 frame. Nak jimat boleh je beli daripada kedai RM2 tapi kena pandailah pilih design yang menarik. Boleh juga print gambar kanvas dalam harga lebih kurang RM30 dan ke atas. Pastikan resolution gambar tinggi supaya gambar atas kanvas frame tak pecah.


*Special custom sandblast quotes on glass / acrylic*

Di sini kami kongsikan sedikit tips cara-cara menggantung frame atau steps to hang decor frame.

1. Susun dulu frame sebelum gantung. Jangan gantung terus!

2. Pilih quotes yang dah siap gambar atau corak. Quotes dicetak atas kertas A4 je. Size boleh edit menggunakan apps atau software seperti Photoshop.

3. Gantung guna hook yang sesuai. Hook ni kami beli daripada kedai MR DIY. Senang nak ketuk berbanding paku tapi hanya sesuai untuk frame gambar yang ringan.

4. Tandakan kedudukan paku atau tempat frame untuk gantung. Boleh gunakan ubat gigi yang diletakkan belakang frame sebelum tebuk paku.*

5. Hasil dekorasi bilik tidur untuk rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras*


Sesiapa yang berminat nak deko rumah sempena open house hari raya ni boleh contact Ilusi HafiEzd Design ya. Selamat Menyambut Hari Raya dan mengemas rumah!


Wednesday, May 30, 2018

Rekaan Bilik Tidur Anak Gadis Perempuan


Sebagai Interior Designer, satu perasaan sangat best dan bangga adalah bila client hargai design kita.


Alhamdulillah baru-baru ini kami berjaya pasang wallpaper di rumah client di Bandar Tasik Selatan. Buat pertama kali juga kami berpeluang design bilik anak gadis remaja perempuan yang menggunakan kombinasi warna hijau dan merah jambu.



*3D Visual yang menjadi rujukan client untuk mengubahsuai bilik tidur anak gadis beliau.*


Kami hanya proposed 3D Visual dan client sendiri cuba merealisasikan kehendak anak perempuan beliau dengan menempah kabinet dan deko bilik mengikut design kami.



Walaupun client tak buat kabinet dengan kami tapi kami sangat happy tengok design jadi 70% sama dengan 3D. Tengok impression anak client masa balik sekolah memang teruja habis dapat bilik idamannya.

*Ruang dapur asal sebelum diubahsuai*


*Hasil ubahsuai dan dekorasi*

 *Meja tulis lengkap dengan cabinet buku*


Sebab tu, kadangkala bila jadi designer ni kita bukan utamakan keuntungan saja. Tapi KEPUASAN bila design kita dihargai oleh client juga buatkan kita terus semangat nak buat yang terbaik untuk kerja kita. InsyaAllah.


*Wallpaper dipadankan dengan warna tema keseluruhan bilik*

Seronok dapat client macam ni. Selain tak cerewet, payment sangat laju. Doakan kami dapat client macam ni lagi. Aamiin


Jika anda berminat untuk menghias bilik anak-anak atau bilik sendiri:


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com


Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!