Showing posts with label Interior Designer Semenyih. Show all posts
Showing posts with label Interior Designer Semenyih. Show all posts

Wednesday, November 13, 2024

6 Lukisan Interior Design yang Anda Perlukan Sebelum Nak Renovate Rumah.

Senarai 6 Lukisan Interior Design yang anda perlukan sebelum nak renovate rumah.

1. Furniture Layout Plan 
- bantu pilih saiz perabot, barangan elektrik, built-in cabinet yang muat dalam ruang & mengelakkan tersalah beli barang-barang tersebut.


2. Lighting & Reflected Ceiling Plan 
- tahu bilangan lampu, jenis lampu, kedudukan & saiz kipas, kedudukan aircond & design ceiling.



3. Electrical Plan 
Plug points tambahan dalam setiap ruang. Paling banyak tambah di ruang dapur.



4. Wall Finishes Plan 
paint code/ warna cat rumah, kedudukan feature walls menggunakan wallpaper, fluted panel atau material lain.



5. Floor Finishes Plan 
- jenis lantai & bilangan sqft supaya senang nak dapatkan estimation cost daripada supplier flooring seperti SPC atau jumlah jubin yang perlu dibeli & upah pemasangan.


6. Carpentry Works/ Cabinet Detail Drawings 
-Drawing paling penting untuk rujukan carpenter & cabinet installer yang menunjukkan saiz, material & detail lain.
.


Sebelum mula renovation seeloknya ada Interior Design construction drawings ni supaya:

1. Tahu ruang apa yang akan diubahsuai & ruang yang paling banyak 'guna duit'.

2. Renovation job scopes. Boleh tahu kerja ubahsuai apa yang akan dilakukan di setiap ruang.

3. Senarai kontraktor yang terlibat dalam keseluruhan renovasi.

4. Kos renovasi boleh dapat daripada kontraktor berdasarkan ukuran, job scopes & detail lain daripada drawings. Kontraktor tak boleh simply bagi harga 'lump-sum' sebab semua detail ada dalam drawings.

5. Boleh digunakan untuk tahu budget estimation & list barang yang perlu dibeli untuk setiap ruang seperti perabot, barangan elektrik, lampu, kipas, barang deko, langsir, grille & banyak lagi.

.

Setiap renovation rumah perlukan proper planning demi mengelakkan 'over budget' & elak ditipu kontraktor. Semua drawings ini patut ada kalau nak renovation berjalan lancar & tersusun dengan elok.

Boleh contact kami kalau perlukan drawings ini ya. 

Whatsapp/ Click link: wa.me/60122496649

Terima kasih.

#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#PerekaDalaman
#InteriorDesign
#TipsRekabentukDalaman
#InteriorDesignerSemenyih
#InteriorDesignerBangi
#InteriorDesignerKajang
#InteriorDesignerCyberjaya
#InteriorDesignerShahAlam
#InteriorDesignerPutrajaya
#InteriorDesignerBangsar
#InteriorDesignerPuncakAlam
#InteriorDesignerAmpang
#InteriorDesignerSeriKembangan
#InteriorDesignerPuchong
#IDConstructionDrawings
#IDDrawings

Wednesday, October 9, 2024

Survey Brand/ Jenama Barangan Elektrik


Saya ada buat survey Brand/ Jenama Barangan Elektrik di Facebook dan Thread saya bulan lepas. Terima kasih kepada yang menjawab survey tersebut.

Survey ni sangat membantu saya sebagai Interior Designer untuk beri cadangan brand electrical appliances kepada clients Ilusi HafiEzd Design lepas ni. Mungkin berguna untuk orang lain juga, betul tak?

Jadi ini adalah hasil survey melalui Facebook & Thread saya.

Jenama/ Brand: 𝗣𝗮𝗻𝗮𝘀𝗼𝗻𝗶𝗰
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗣𝗲𝘁𝗶 𝗦𝗲𝗷𝘂𝗸/ 𝗙𝗿𝗶𝗱𝗴𝗲 (8 - 12 tahun)
- 𝗠𝗲𝘀𝗶𝗻 𝗕𝗮𝘀𝘂𝗵/ 𝗪𝗮𝘀𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗰𝗵𝗶𝗻𝗲 (8 - 11 tahun)
- 𝗧𝗲𝗹𝗲𝘃𝗶𝘀𝘆𝗲𝗻/ 𝗧𝗩 (14 - 20 tahun)
- 𝗣𝗲𝗿𝗶𝘂𝗸 𝗡𝗮𝘀𝗶/ 𝗥𝗶𝗰𝗲 𝗖𝗼𝗼𝗸𝗲𝗿 (10 - 15 tahun)
- 𝗦𝗲𝘁𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮/ 𝗜𝗿𝗼𝗻 (8 - 15 tahun)
- 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗶𝘀𝗮𝗿/ 𝗕𝗹𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿 (8 - 13 tahun)
- 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗗𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻/ 𝗔𝗶𝗿 𝗖𝗼𝗻𝗱 (15 tahun)
- 𝗞𝗶𝗽𝗮𝘀 𝗠𝗲𝗷𝗮/ 𝗧𝗮𝗯𝗹𝗲 𝗙𝗮𝗻 (12 tahun)
- 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝗮𝘀 𝗔𝗶𝗿/ 𝗪𝗮𝘁𝗲𝗿 𝗛𝗲𝗮𝘁𝗲𝗿 ( 19 tahun)

Jenama/ Brand: 𝗦𝗮𝗺𝘀𝘂𝗻𝗴
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗣𝗲𝘁𝗶 𝗦𝗲𝗷𝘂𝗸/ 𝗙𝗿𝗶𝗱𝗴𝗲 (11 - 16 tahun)
- 𝗠𝗲𝘀𝗶𝗻 𝗕𝗮𝘀𝘂𝗵/ 𝗪𝗮𝘀𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗰𝗵𝗶𝗻𝗲 (14 - 17 tahun)
- 𝗧𝗲𝗹𝗲𝘃𝗶𝘀𝘆𝗲𝗻/ 𝗧𝗩 (8 - 16 tahun)

Jenama/ Brand: 𝗧𝗼𝘀𝗵𝗶𝗯𝗮
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗣𝗲𝘁𝗶 𝗦𝗲𝗷𝘂𝗸/ 𝗙𝗿𝗶𝗱𝗴𝗲 (8 - 17 tahun)
- 𝗠𝗲𝘀𝗶𝗻 𝗕𝗮𝘀𝘂𝗵/ 𝗪𝗮𝘀𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗰𝗵𝗶𝗻𝗲 (10 - 15 tahun)
- 𝗧𝗲𝗹𝗲𝘃𝗶𝘀𝘆𝗲𝗻/ 𝗧𝗩 (12 tahun)

Jenama/ Brand: 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗽
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗣𝗲𝘁𝗶 𝗦𝗲𝗷𝘂𝗸/ 𝗙𝗿𝗶𝗱𝗴𝗲 (8 - 11 tahun)
- 𝗧𝗲𝗹𝗲𝘃𝗶𝘀𝘆𝗲𝗻/ 𝗧𝗩 (11 - 14 tahun)

Jenama/ Brand: 𝗟𝗚
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗠𝗲𝘀𝗶𝗻 𝗕𝗮𝘀𝘂𝗵/ 𝗪𝗮𝘀𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗰𝗵𝗶𝗻𝗲 (13 - 14 tahun)
- 𝗧𝗲𝗹𝗲𝘃𝗶𝘀𝘆𝗲𝗻/ 𝗧𝗩 (12 tahun)

Jenama/ Brand: 𝗣𝗵𝗶𝗹𝗶𝗽𝘀
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗣𝗲𝘁𝗶 𝗦𝗲𝗷𝘂𝗸/ 𝗙𝗿𝗶𝗱𝗴𝗲 (9 tahun)
- 𝗧𝗲𝗹𝗲𝘃𝗶𝘀𝘆𝗲𝗻/ 𝗧𝗩 (11 tahun)

Jenama/ Brand: 𝗛𝗮𝗶𝗲𝗿
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗣𝗲𝘁𝗶 𝗦𝗲𝗷𝘂𝗸/ 𝗙𝗿𝗶𝗱𝗴𝗲 (8 tahun)
- 𝗠𝗲𝘀𝗶𝗻 𝗕𝗮𝘀𝘂𝗵/ 𝗪𝗮𝘀𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗰𝗵𝗶𝗻𝗲 (11 tahun)

Jenama/ Brand: 𝗦𝗼𝗻𝘆
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗧𝗲𝗹𝗲𝘃𝗶𝘀𝘆𝗲𝗻/ 𝗧𝗩 (20 tahun)

Jenama/ Brand: 𝗛𝗶𝘁𝗮𝗰𝗵𝗶
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗣𝗲𝘁𝗶 𝗦𝗲𝗷𝘂𝗸/ 𝗙𝗿𝗶𝗱𝗴𝗲 (10 - 13 tahun)

Jenama/ Brand: 𝗘𝗹𝗲𝗰𝘁𝗿𝗼𝗹𝘂𝘅
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗩𝗮𝗰𝘂𝘂𝗺 (23 tahun)

Jenama/ Brand: 𝗦𝗶𝗻𝗴𝗲𝗿
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗣𝗲𝘁𝗶 𝗦𝗲𝗷𝘂𝗸/ 𝗙𝗿𝗶𝗱𝗴𝗲 (38 tahun)

Jenama/ Brand: 𝗗𝗮𝗶𝗸𝗶𝗻
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗗𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻/ 𝗔𝗶𝗿 𝗖𝗼𝗻𝗱 (10 tahun)

Jenama/ Brand: 𝗙𝗼𝘁𝗶𝗹𝗲
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗛𝗼𝗼𝗱 & 𝗛𝗼𝗯 (10 tahun)

Jenama/ Brand: 𝗣𝗲𝗻𝘀𝗼𝗻𝗶𝗰
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗢𝘃𝗲𝗻 (11 tahun)

Jenama/ Brand: 𝗞𝗗𝗞
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗞𝗶𝗽𝗮𝘀 / 𝗙𝗮𝗻 (20 tahun)

Jenama/ Brand: 𝗠𝗲𝗴𝗿𝗮
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗧𝗲𝗹𝗲𝘃𝗶𝘀𝘆𝗲𝗻/ 𝗧𝗩 (9 tahun)

Dua brand iaitu National & Sanyo adalah jenama barangan elektrik yang pernah ada di Malaysia berpuluh tahun dahulu. Jenama ini kemudiannya telah 'dibeli' oleh jenama Panasonic sekarang.

Jenama/ Brand: 𝗡𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗠𝗲𝘀𝗶𝗻 𝗕𝗮𝘀𝘂𝗵/ 𝗪𝗮𝘀𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗰𝗵𝗶𝗻𝗲 (27 tahun)
- 𝗣𝗲𝗿𝗶𝘂𝗸 𝗡𝗮𝘀𝗶/ 𝗥𝗶𝗰𝗲 𝗖𝗼𝗼𝗸𝗲𝗿 (15 - 26 tahun)
- 𝗦𝗲𝘁𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮/ 𝗜𝗿𝗼𝗻 (24 tahun)
- 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗶𝘀𝗮𝗿/ 𝗕𝗹𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿 (10 - 40 tahun)
- 𝗞𝗶𝗽𝗮𝘀/ 𝗙𝗮𝗻 (27 tahun)

Jenama/ Brand: 𝗦𝗮𝗻𝘆𝗼
Barangan Elektrik & Jangka hayat:
- 𝗣𝗲𝘁𝗶 𝗦𝗲𝗷𝘂𝗸/ 𝗙𝗿𝗶𝗱𝗴𝗲 (29 tahun)
- 𝗣𝗲𝗿𝗶𝘂𝗸 𝗡𝗮𝘀𝗶/ 𝗥𝗶𝗰𝗲 𝗖𝗼𝗼𝗸𝗲𝗿 (20 tahun)

Sebelum ni saya juga pernah tulis topik yang sama pada tahun 2018. Boleh klik link ni: 


Semoga segala info ini membantu anda semua membeli barangan elektrik mengikut keperluan, bajet & jenama yang anda suka. Boleh SHARE post kalau nak. (Jangan copy-paste.) Terima kasih.

#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#PerekaDalaman
#jenamabaranganelektrik
#ElectricalAppliances

Tuesday, September 24, 2024

Susah ke renovate rumah lama?



Susah ke renovate rumah lama?

Tahun 2016 kami ada pengalaman renovate rumah mak sendiri di Shah Alam. Rumah ni dibina awal tahun 1980-an. Mak beli masa awal kerja jadi cikgu tapi hanya dapat tinggal lepas pencen jadi Guru Besar.

Rumah mak ni jenis single-storey corner lot. Kami renovate extend sebelah kiri tepi, tambah 1 bilik tidur, besarkan dapur dan ubah kedudukan bilik air.


Rupa rumah sebelum renovate

Sebelum mula renovation, as Interior Designer wajib ada 3D Visuals as design references ya. Exterior view suami saya buat guna sketchup. Tapi 3D Interior saya yang buat. (Kualiti design 8 tahun lepas ya)

Kami juga yang uruskan drawings submission to MBSA. Nak approved ambil masa berbulan-bulan ok.Kenapa lama sangat? Hanya yang pernah deal dengan authority tahu. Huhu.

Exterior/ Facade 3D

Interior 3D Visuals

Selain renovate & buat extension, kami juga ubahsuai bahagian dalam rumah yang dah rosak teruk ni. Kami tukar bahagian bumbung, buat wiring baru, plumbing, cat semua dinding, tukar tiles & pasang lantai vinyl di bahagian bilik tidur.

Untuk kabinet, hanya tambah built-in kitchen cabinet & TV Cabinet saja. Lain banyak pakai loose furniture. Boleh tengok keadaan asal rumah dalam gambar & keadaan selepas renovate.

House extension & renovation

Pemasangan Vinyl flooring &  Kabinet Dapur

Antara cabaran makeover atau renovate rumah lama ialah: 

1. Drawings Submission to authority & permission to extend house. 

2. Membuang barang-barang sedia ada dalam rumah. 

3. Tukar bumbung yang dah lama. 

4. Baiki dinding yang dah lama & berlumut. Cat susah nak apply walaupun dah apply banyak layers. 

5. Buat wiring baru. Sampai sekarang wiring selalu 'tripped' walaupun dah ganti DB baru. 

6. Kos yang tak terjangka sebab ada banyak bahagian kena tukar baru.




Masa buat rumah mak ni kami masih belum banyak pengalaman renovate rumah lama. Banyak yang kami belajar semasa proses renovasi berlangsung terutama menghadap 'stress' & tekanan daripada ahli keluarga yang lain.

Tapi kami tahu kami dah cuba yang terbaik. Kami monitor kerja2 di site. Teman mak beli tiles, curtain, bathroom accessories, beli lampu kipas & banyak lagi. Kami juga yang check workmanship sub-cons di site sepanjang pemasangan kabinet & vinyl flooring.



Jumlah keseluruhan renovate rumah lama ni tahun 2016 ialah RM200K ++. Of course, harga makeover rumah sekarang lebih tinggi disebabkan kos barang construction sudah meningkat.

Sebab tu kena rancang renovasi rumah dulu. Hire Interior Designer yang boleh bagi design & harga secara detail supaya tak over budget.

Satu lagi, kos ubahsuai rumah lama lagi tinggi berbanding bina rumah baru, sebab job scopes hampir tak sama ok. So jangan ambil je harga kontraktor tanpa ada proper drawings. Ingat tu!


Hasil Kabinet Dapur & Kabinet TV

Alhamdulillah akhirnya mak dapat pindah ke rumahnya sendiri. Dah 8 tahun tinggal di sana. Rumah juga dijadikan tempat berkumpul kami sekeluarga terutama pada hari raya & family events.

Semoga Mak saya terus sihat & gembira tinggal di rumahnya. Aamiin


Nak buat makeover rumah lama? 
Boleh Whatsapp:

Follow Facebook, Instagram & YouTube Channel kami. Terima kasih!
www.facebook.com/ilusihafiezd
www.instagram.com/ilusihafiezd
https://www.youtube.com/@ilusihafiezddesign


#RenovateRumahLama
#MakeoverRumah
#Rumah
#HouseRenovation
#InteriorDesignerSemenyih
#InteriorDesignerBangi
#InteriorDesignerKajang
#InteriorDesignerAmpang
#InteriorDesignerShahAlam

Monday, September 2, 2024

Interior Design Bilik Tidur oleh Ilusi Hafiezd Design


Gambar-gambar Interior Design Bilik Tidur oleh Ilusi Hafiezd Design.

Bila compiled semua hasil kerja, barulah nampak berapa banyak bedroom kami dah design sepanjang 10 tahun buat bisnes Interior Design ni. Alhamdulillah.

Saja nak share, antara barang atau kabinet yang boleh ada dalam Bilik Tidur/ Bedroom ialah:

1. Katil dengan Kepala Katil/ Bed head


2. Almari Baju/ Wardrobe


3. Meja Solek


4. Meja Kerja/Meja Belajar


5. Meja Sisi/ Side Table


6. Kabinet TV



7. Kabinet beg/ Handbag Display


6. Kabinet Buku


8. Bangku/ Bay Seater/ Bench


9. Kabinet Towel/ Towel Cabinet


10. Kabinet Sejadah & Telekung


11. Almari Tudung & Aksesori


Semua barang-barang ni boleh diletakkan dalam Bilik Tidur bergantung kepada saiz ruang, bajet & keperluan kita. Tapi bagi saya wardrobe, side table, meja kerja & Towel Cabinet adalah antara benda yang saya perlukan dalam Bilik Tidur.

Side table penting untuk letak handphone, cermin mata atau lampu tidur. Lagi best kalau dekat dengan plug point supaya senang nak charge telephone sebelum tidur.

Towel Cabinet/ Kabinet Sejadah pula best ada untuk letak towel/ sejadah at proper place. Kami selalunya akan design build-in towel cabinet for our clients with decorative door. Pintu kabinet juga kami design khas & ada lubang untuk pengudaraan dalam kabinet.

Jadi kalau nak design Bilik Tidur, pastikan anda buat Space Planning & rancang apa nak letak dalam tu awal-awal.

Pilih saiz katil & perabot yang sesuai dalam Bilik Tidur. Selepas itu bolehlah tetapkan lokasi di mana nak letakkan barang-barang tadi ok.

#IlusiHafiezdDesign
#perekadalaman
#interiordesigner
#bedroomdesign
#biliktidur
#bedroomdecor
#decor
#interiordesign
#TipsRekaBentukDalaman


Tuesday, February 21, 2023

Salahkah Guna Duit Buat Interior Design Rumah Cantik-cantik?



Ramai orang selalu menilai orang-orang kaya ni berlagak, show-off, boros & banyak persepsi negatif lain. Ada juga yang anggap mereka yang spend duit & buat interior design di rumah sebagai membazir.


Saya bersyukur bila saya masuk dalam bidang yang kebanyakan pelanggan terdiri daripada golongan 'berduit', saya jadi tak mudah 'judge the book by it's cover'.
Mungkin rezeki saya, jumpa kebanyakan orang yang berduit & kaya tak sombong langsung, sangat berilmu & melayan kami baik walaupun kami ni bukan golongan T20.


Apa yang saya nampak, kebanyakan mereka ni ada duit yang banyak because they really deserve it. Mereka bekerja keras, jalankan tanggungjawab mereka dengan bersungguh-sungguh, layan pasangan & ahli keluarga dengan sangat baik.


Baru-baru ni saya dapat client berpangkat Dato' atau bekas ahli politik. Saya takut juga dia ada 'act' yang kami tak mampu layan. Bila jumpa depan-depan tak sangka Dato' ni cool je orangnya. Siap boleh bawa bergurau & beliau layan orang sekelilingnya dengan cara bercakap yang santai & sempoi.


Saya juga pernah jumpa Dato' & Datin yang dua-dua kerja dalam bidang professional. Mereka hanya ada seorang anak. Masa anak dia nak apply UPU saya tengok Dato' ni berusaha tolong & layan anak dia masukkan permohonan UPU online. Datin pula super humble, siap simpankan saya air zam zam berminggu-minggu supaya saya boleh minum masa datang ke rumahnya.


Ramai orang kaya buat ID untuk rumah mereka bukan sebab nak bermegah & saja habiskan duit mereka. Mereka buat rumah cantik-cantik sebab mereka nak keluarga mereka happy & jadikan rumah tersebut tempat berkumpul anak-beranak & cucu-cucu.


Ada juga orang bujang yang buat ID sebab mereka nak 'rewards' diri mereka. Mereka dah bekerja keras bertahun-tahun, apa salahnya mereka nak buat rumah yang selesa untuk diri sendiri.


Kita sebenarnya boleh hidup bahagia jika kita ikut & tahu kemampuan kita. Kemampuan orang berbeza-beza, jadi kita janganlah terlalu mudah judge orang lain yang hidupnya berlainan daripada kita.


Satu lagi belajarlah luaskan pergaulan & jangan terikat dengan satu circle saja. Saya tak kata circle saya hanya ada orang-orang kaya saja. Saya juga bergaul dengan pelbagai orang dengan latar pekerjaan & taraf hidup yang berbeza.


Bila bergaul & bertemu dengan pelbagai orang, kita dapat belajar daripada kehidupan orang lain. Ada orang selesa hidupnya cukup-cukup makan asalkan tenang. Ada juga orang yang punya impian tinggi & berusaha keras untuk capai apa yang mereka mahukan.


Saya kongsikan gambar-gambar ID rumah-rumah luar negara yang menunjukkan rumah yang direka ID bukan sekadar cantik, tapi juga mestilah praktikal & sesuai dengan lifestyle masing-masing.

Please bear in mind that not every house are designed to show the grandeur, but sometimes it shows the hardwork of the owner to have a place that called 'home'.

Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Reka Bentuk Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!

Thursday, September 3, 2020

Galeri Rekabentuk Dalaman / Interior Design Showroom 2



Dalam proses menyiapkan design untuk Galeri Rekabentuk Dalaman Interior Design showroom ni tak ingat dah berapa kali tidur lewat siapkan 3D Visual, datang ke kilang consult design & design kena reject oleh investor kami. Haha.

Investor kami merangkap ex-boss saya yang kena approve semua 3D Design ni. Dia yang banyak keluar duit jadi kami kena pastikan design 'kena' dengan selera dia juga.




Memang mencabar nak design showroom sendiri ni. Kena pastikan design boleh trending atau kekal relevant bertahun-tahun. Material yang dipilih juga tak cepat outdated. Sebab sepanjang pengalaman saya lebih 10 tahun ni, design trend memang cepat sangat berubah.







Even cabinet colour trending change rapidly. So kalau tersalah pilih warna dan material memang habislah showroom ni. Kebanyakan pintu material yang kami gunakan ialah material melamine. Ada juga kabinet diperbuat daripada material glass & spray paint. Untuk permukaan atas dapur atau kitchen top, kami mungkin akan gunakan Quartz Stone.





Alhamdulillah dalam proses design & production ni, semua staff di kilang tu banyak bagi input. Kiranya kita tak design syok sendiri. Sebab kita work as a team. ID Showroom ni bukan milik Ilusi Hafiezd Design je tau. Showroom ni juga milik AVL Interior Industries & Glanz Accessories.

Bukan senang nak buka showroom dengan saiz keluasan 2600sqft, ada 3 set kitchen cabinet with different materials, wardrobe, TV cabinet, bedhead, etc.




Lepas tu kena fikir bagaimana nak letak beratus-ratus aksesori kabinet dan susun dalam setiap kabinet tu. Seriously kalau fikir seorang diri boleh pecah kepala ok.

Alhamdulillah ada kabinet yang dah start production di kilang. Nanti masa install saya update lagi progress.



Excited ni nak buka showroom sendiri. Walaupun kena keluar duit sikit tapi kita harap akan bercambah duit tu bila showroom buka. InsyaAllah. Aamiin. 😁