Semalam hari paling sedih. Sebab? Panjang ceritanya. Sudi ke baca? Dah lama tak bebel luah perasaan dekat dalam ni. Tapi nak ngadu kat sapa? Of course, Allah Maha Mendengar. Dan DIA juga kurniakan pendengar yang terbaik untukku. Thank you Allah. Love you. ♥
Pagi-pagi semalam nak isi barang kat tempat duduk belakang kereta. Tengok-tengok ada bekas plastik orang makan buah tak tahu bila. Hari tu ada orang naik kereta, dicampak bekas air lepas minum. Lepas turun kereta langsung tak ingat nak buang? Teruk betul perangai. Aku marah, nanti dia kurang ajar balik melawan. Sabar sajalah. Tapi kecewa. Kenapa ada orang macam ni kat dunia? Langsung tak terfikir untuk hormat barang atau tempat orang lain! Tak suka!
Sampai ofis, teringat nak telefon PTPTN yang dah berapa banyak kali telefon. Semua kerana hal Ujrah. Malas nak cerita panjang. Nanti aku selitkan tentang entri khas untuk PTPTN tersayang ni. Mungkin boleh bantu orang-orang lain yang tak suka hidup dibelenggu hutang.
=(
Hari ni genap setahun aku kerja di company ni. Semalam dah bagi *hint* kat bos, takkan tak nak naik gaji kot? Tapi bos macam main tarik tali. Lagi-lagi bila aku nak dia ambil admin ASAP. Dah lebih 10 bulan aku buat kerja admin. Letih gak. Sampai benda-benda remeh, print peta lokasi showroom pun aku kena buat. Leceh ok. Gaji takat tu gak.
Adakah aku banyak sangat mengeluh? Orang yang tengok atau baca aku *emosi* kat Facebook hanya tau cakap *sabar, tenang, bla bla bla.* Semalam aku perasan orang-orang macam ni dan aku mula tertanya-tanya, mereka ni betul-betul faham ke masalah orang lain? (Maaf kepada sesiapa yang terasa.) Selalu ayat berbunyi atau bertulis:
"Orang lain tak faham situasi orang lain hadapi." Ayat ni sangat betul!
Daripada sini, aku dah dapat tangkap, kalau orang lain ada masalah, aku takkan guna ayat satu perkataan- Sabar. Tenang. etc.
Aku takkan bagi dah ayat-ayat simple macam tu. Aku akan tambah ayat di belakang. Contohnya:
"Sabar. Ni ujian daripada Allah s.w.t. Hari ni hari orang tu (orang yang buat jahat), esok hari kita pula, Insya-Allah."
"Tenang. Pergi ambil wuduk. Syaitan banyak hasut-hasut ayat jahat tu!"
Aku tengok respon orang-orang yang bagi *cadangan* lebih baik daripada respon orang yang hanya cakap berbasi-basi. Mungkin mereka ikhlas. Tapi adakah cara mereka itu *membantu*? Sebab tu secara jujur, aku tak berapa suka orang yang *terlalu positif*. Sebabnya, mereka tak berapa kreatif dalam menenangkan orang lain. Jadi baik mereka diam atau doa daripada jauh. Mungkin itu lagi baik.
Semalam aku menangis lagi. Sambil menangis sempat gelak kat Hafiz. Sebab sedar diri dah *tua*. Hafiz dengar je aku luah setiap perkara, dari hal pagi sampai ke malam yang buat aku tensi. Huhu. Kesian dia. Mesti dia pening layan aku yang banyak masalah ni. Tapi akhir luahan dia bersuara juga. Paling bagus, Hafiz bagi cadangan supaya aku tunggu bos naikkan gaji aku. Kalau tak naik, dia suruh aku cari kerja lain. Senang.
Aku rasa Hafiz dah belajar banyak rentak aku. Aku suka luah dan lepas apa aku rasa. Sesetengah orang mesti sakit telinga. Tapi lepas tu aku ok balik. Jadi positif. Sebab aku pun bila dengar masalah orang, aku suka bagi *respon* atau *cadangan* untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Bagi aku, memang bagus menjadi *pendengar* terbaik. Tapi lagi bagus, dapat memberi respon terbaik. Barulah ada *ketenangan sebenar* di situ.
Kepada yang terasa sama ada secara langsung atau tidak langsung, aku minta maaf. Ini adalah luahan hati aku yang penuh emosi dan aku hanya nak luahkan apa yang aku rasa. Mungkin apa yang aku cakap kat sini betul, mungkin juga salah. Wallahualam.
Thanks juga kat bestfriend aku Aina yang semakin matang dan positif sekarang. Dia paling banyak dengar luahan aku dari dulu sampai sekarang. Bulan depan aku nak sambut birthday dengan dia. Nak tak Cik NAMR? Huhu. (Propose kat sini. Hihi)
Maafkan saya ya kawan-kawan. Terima kasih kerana selalu memberi respon! Sayang kamu semua!
sorry.. :(
ReplyDeletenak date ngan saya, saya free after 6 feb je dear...
ReplyDeletebut dont worilah, kite takde occasion yg penting pun kite still buleh sambut frenship kite r....
org jd matang sbb pengalaman ezd, org yg takde pengalaman yg getir mcm ko takkan tahu ape itu kesusahan....
namr
@Fara: Its ok.Sorry too...Mari date Ahad ini?
ReplyDelete@NAMR: Ok.Lps 6 Feb ok kot..huhu
nak date gak =P (sibuk je gerrard ni)
ReplyDeletekawan yang baik selalu faham apa masalah anda ^_^
nak date jugak lah..
ReplyDeletehahaha..
@wan Gerrard
ReplyDeleteNak date gi Liverpool saya tak nak. Gi *old trafford* mau. Haha
@Arief
Sila tinggalkan no tepon..miahaha