Showing posts with label Bangi. Show all posts
Showing posts with label Bangi. Show all posts

Wednesday, January 6, 2021

Gabungan Wainscoting & Wallpaper


Melihat trend terkini dalam Interior Design atau reka bentuk dalaman, kebanyakan rumah banyak yang suka menggunakan Wainscoting sebagai Feature Wall. Walaupun Ilusi Hafiezd Design jarang gunakan design wainscoting atau wall beading dalam design rumah client kami, tapi selalunya client berminat dengan cara kami menggabungkannya dengan wallpaper.

3 contoh projek ID rumah kami dah buat gunakan wainscoting dan wallpaper dalam gambar-gambar di bawah. Pertama untuk ruang Bilik Tidur (Projek Sunway Cheras). We used wall 'beading' instead of typical wainscoting to makes it looks modern & fresh.

Gabungan Wallpaper & Wall Beading di Bedhead

Gabungan Wallpaper & Wall Beading di TV Cabinet

Kedua kami gabungkan wainscoting dan wallpaper bercorak Damask untuk projek dekorasi di Vista Mahogani, Kajang. Rekaan berkonsep ala Inggeris moden ini turut menggabungkan tona biru laut sebagai warna tema dalam ruang. Ini adalah salah satu projek kegemaran kami kerana gabungan wainscoting, wallpaper dan warna biru menjadikan ruang tenang dan cosy.


Gabungan Wallpaper & Wainscoting sebagai Living & Dining Feature Wall

Manakala yang terakhir untuk projek Banglo di Bandar Seri Putra, Bangi. Wainscoting di ruang makan nampak mewah bila digabungkan dengan pintu kayu, meja makan kayu dan lampu chandelier klasik pilihan client kami.

Nak gabungkan wainscoting dengan wallpaper ni nampak mudah. Tapi sebenarnya perlukan research dan kepakaran designer's eye to chose suitable wallpaper to combine with the panels.




Corak wallpaper paling sesuai digabungkan dengan wainscoting semestinya corak Damask atau bunga klasik. Cuma bila nak aplikasikan corak sebegini, perabot dan barang dekorasi di sekeliling mestilah mempunyai konsep yang sama.


Contohnya kalau gunakan wainscoting dengan kayu yang mempunyai corak yang berat atau sophisticated, perabot yang dipilih mestilah jenis klasik juga. 


Trend terkini gabungan wainscoting adalah dengan wallpaper bercorak abstrak atau geometri. Corak begini buatkan ruang tidak terlalu statik dan fleksibel, tidak terikat dengan satu jenis konsep sahaja.



Ruang akan nampak lebih moden bila ada gabungan wainscoting dan wallpaper dengan corak lebih segar berbanding corak Damask yang agak berat. Pelbagai perabot rekaan terkini seperti perabot kayu dan sofa fabrik sangat sesuai diletakkan dalam ruang tersebut.



Kalau anda berminat untuk gabungkan wainscoting dan wallpaper bolehlah hubungi Ilusi HafiEzd Design melalui email : ilusihafiezd@gmail.com

Friday, December 14, 2018

Proses Rekaan Kabinet Kasut & Perhiasan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai dah tengok Rekaan Kabinet Kasut dan Perhiasan yang kami berjaya hasilkan di rumah client kami di Serene Heights, Bangi. Tapi mesti ada yang tak tahu, bagaimana proses rekaan kabinet ini dibuat sehingga berjaya dihasilkan di site.

Sebenarnya idea asal konsep rekaan kabinet ini datangnya daripada idea client sendiri. Client akan bagi gambar dan kami akan olah semula design tersebut mengikut ruang dalam rumah, saiz, material dan bajet client.

*Idea asal gambar yang diberi oleh client*

Berdasarkan idea gambar yang client beri, kami sediakan pula 3D visual mengikut ruang dalam rumah client tersebut di Serene Heights. Ketika itu, client masih belum dapat kunci. Jadi ukuran kabinet yang kami design adalah mengikut saiz layout plan yang diberi oleh client atau diambil daripada website company developer.

*1st 3D Visual*

Design 3D yang kami hasilkan kemudiannya diubah mengikut kehendak client. Contohnya ruang kabinet yang terbuka dibesarkan untuk memuatkan helmet milik client. Kami perlu reka kabinet mengikut ukuran saiz helmet supaya helmet boleh diletakkan cantik ke dalam kabinet.

*Client menunjukkan design yang ingin diubah berdasarkan 3D yang diberi*

Semua saiz rangka kabinet dilukis dalam lukisan kabinet dan perlu sama dengan design kabinet sebagai rujukan carpenter dan installer cabinet. Saiz kabinet perlu diukur tepat dan kod material perlu diletakkan di dalam lukisan kabinet tadi sebelum diserahkan kepada carpenter.

*Lukisan kabinet yang menunjukkan pembahagian pintu kabinet kasut & kedudukan lampu*


*Lukisan kabinet yang menunjukkan pembahagian rangka atau bahagian dalaman kabinet kasut*

Selain itu, material kabinet juga ditukar sesuai dengan warna tema rumah. Pada asalnya tema rumah ialah warna biru gelap, namun di saat akhir, warna dinding berhadapan ditukar kepada warna turqoise gelap.

*Warna kabinet kasut yang telah ditukar dalam 3D*

Demi menonjolkan barang perhiasan dalam kabinet, kami tambahkan lampu halogen yang dipancarkan terus di dalam kabinet. Disebabkan itu, satu sumber lampu atau lighting point perlu ditarik dari atas siling untuk menghubungkan suis dan lampu ke dalam kabinet.

*Lighting point yang ditarik dari atas siling*

Kabinet kasut dan perhiasan ini tambah menarik bila kami tambahkan aksesori rak kasut berwarna rose gold. Aksesori rak kasut ini sangat praktikal dan fleksibel kerana dapat memuatkan banyak kasut di atasnya.


Kerana proses rekaan yang rumit inilah kami sukar untuk bagi 3D Visualizer luar buatkan design kabinet untuk kami. Kami perlu pastikan material yang dipilih dari supplier mana, kedudukan point lampu, saiz kabinet sesuai dengan aksesori, dan macam-macam lagi. Selain itu, bila client minta tukar design, kami boleh tukar bila-bila masa. Tak perlu tunggu orang lain buatkan dan kena extra charge untuk tukar design.

*Hasil rekaan kabinet kasut & perhiasan*

*Ruang penstoran yang sangat banyak dalam kabinet kasut dan perhiasan, best kan?*

Kami juga tak dapat buat kabinet yang direka oleh designer lain kerana kami perlu follow setiap proses design ini supaya apa yang direka menjadi realiti di site. Jadi diharap designer lain faham kenapa kami terpaksa tolak untuk buatkan kabinet you all sebab kami hanya dapat buat design kabinet kami mengikut aturan design yang kami dah buat bertahun-tahun.

Semoga apa yang dikongsi ini berguna. Kalau menarik boleh share. Doakan Ilusi HafiEzd Design dapat menghasilkan rekaan kabinet yang lebih menarik di masa akan datang!



Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com



Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:




Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!

Wednesday, June 21, 2017

Kabinet Dapur Alam Impian, Shah Alam


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang rajin singgah di blog saya. Kali ini saya akan kongsikan rekaan kabinet dapur di rumah pelanggan Ilusi Hafiezd Design di Alam Impian, Shah Alam.

Untuk pengetahuan semua, pada awalnya pelanggan kami hanya mahu menggunakan khidmat dekorasi kami sahaja. Untuk kabinet dapur, beliau mahu menggunakan khidmat daripada sebuah syarikat kabinet dapur terkenal. Namun kami menawarkan diri untuk membantu beliau membuat perbandingan harga dengan membawa beliau ke pameran hiasan dalaman supaya minda beliau lebih terbuka dengan harga dan material yang jauh lebih murah dan berkualiti sehingga beliau langsung berminat dengan khidmat rekaan dalaman kami.


*Ruang dapur asal sebelum diubahsuai*

Selain membuat rekaan yang lebih kompak dan menarik, harga kabinet dapur yang kami tawarkan jauh lebih murah berbanding syarikat tersebut. Material yang kami gunakan untuk kabinet dapur ini ialah melamine dan acrylic untuk bahagian pintu, quartz stone untuk counter top dan decorative tiles untuk dinding dapur. Walaupun ruang dapur ini kecil namun rekaannya masih nampak elegan dan menarik disebabkan pembuatan kabinetnya kemas dan teliti, betul tak?


 *Material Pintu- Melamine & Acrylic, Counter Top- Quartz Stone & Backsplash - Decorative Tiles*

 *Tall Oven, Fridge Cabinet & Breakfast Table*

*Ruang memasak yang kompak & praktikal*

Kami juga membantu beliau menguruskan proses pembuatan kabinet, penambahan power point, ubah kedudukan paip (perlu diubah kerana sink yang baru dibeli lebih dalam berbanding yang sedia ada), pemasangan wall tiles, pemasangan lampu dan banyak lagi.


*Aksesori Dapur - Tandem*

*Aksesori Dapur - Pull-out Tray*

*Aksesori Dapur - Dishrack*

*Eubiq System*

Pelanggan kami tidak perlu pening kepala untuk menguruskan keseluruhan proses renovasi seorang diri apabila menggunakan khidmat Pereka Dalaman seperti kami. Beliau tak perlu bergegas ke site untuk membuka pintu, memantau setiap kerja kontraktor yang berbeza-beza di site dan tak perlu merancang sendiri susun atur dapur kerana kami telah membantu beliau menyediakan lukisan 2D dan 3D untuk dapur beliau sendiri.




*Lukisan 2D*

Untuk pengetahuan semua, lukisan 2D dan 3D ini adalah sangat penting dalam proses pembuatan kabinet dapur. Lukisan 2D yang pereka dalaman hasilkan dapat memberitahu ukuran penuh sebuah dapur, material yang digunakan, saiz barangan elektrik seperti peti sejuk, oven dan microwave, aksesori dapur, kedudukan power point dan banyak lagi. Lukisan 3D pula memudahkan pelanggan melihat idea rekaan sesebuah ruang dengan lebih jelas sebelum proses renovasi sesebuah ruang dilakukan. Pelanggan dapat melihat warna material yang digunakan, pencahayaan dalam ruang selain susun atur kabinet dalam ruang itu sendiri.



*Lukisan 3D / 3D Visuals*

Hasilnya, dengan kos konsultansi dan lukisan satu ruang yang kurang daripada RM1000, pelanggan kami sangat berpuas hati dengan rekaan dapur beliau ini. Kami bersyukur kerana dipertemukan dengan pelanggan yang percaya dengan design dan kepakaran kami. Beliau mengakui yang kami banyak membantu beliau menguruskan proses renovasi keseluruhan rumah kerana beliau seorang yang agak sibuk dan terpaksa menguruskan segalanya sendiri.



Berminat untuk ada Kabinet Dapur di dalam rumah anda?


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:
ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:

Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 
Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!





Thursday, June 8, 2017

Tips Rekaan Kabinet TV / TV Cabinet Design Tips



Kabinet TV adalah salah satu keperluan dalam setiap rumah terutama jika anda sekeluarga gemar menonton TV bersama keluarga di rumah. Anda boleh menikmati rancangan di televisyen tanpa gangguan bila anda mempunyai rak atau kabinet TV yang sesuai di ruang tamu atau ruang keluarga di rumah anda.




Selama beberapa tahun dalam industri rekaan dalaman, Ilusi Hafiezd Design telah menghasilkan banyak rekaan Kabinet TV atau TV cabinet untuk rumah pelanggan-pelanggan kami. Kebanyakan rekaan yang kami hasilkan sesuai dengan susun atur dalam ruang dan mengikut citarasa pelanggan itu sendiri.




Selain berfungsi sebagai tempat meletakkan televisyen atau TV, kabinet TV juga mempunyai dua fungsi lain iaitu untuk menyimpan barang dan sebagai rak untuk meletakkan barangan perhiasan. Sebab itulah, kabinet TV ini perlu nampak cantik, kemas dan berfungsi dengan baik. Lagi-lagi bila kabinet TV ini diletakkan di ruang tamu yang mana menjadi ruang utama bagi setiap rumah.




Jadi apa kriteria penting untuk anda memilih rekaan Kabinet TV? Mari kita lihat tips-tips ini:


1. Ukur Ruang atau Dinding Kabinet TV 

Adalah sangat penting supaya anda mengukur dahulu ruang atau dinding untuk anda meletakkan Kabinet TV tersebut. Semakin besar ruang tersebut, semakin fleksibel kabinet TV anda. Jangan lupa ukur saiz TV anda supaya bersesuaian dengan kabinet TV. Jika ruang anda kecil atau sempit, kabinet TV anda hanya perlu ada barang-barang penting seperti dekoder TV, DVD player, game console atau speaker.



Selain itu, bila anda mempunyai ukuran dinding atau ruang untuk meletakkan kabinet TV, anda boleh memilih sama ada ingin membuat kabinet TV pasang siap atau beli sahaja konsol TV di kedai perabot sedia ada. Berdasarkan ukuran tersebut, anda boleh dapatkan harga Kabinet TV yang anda mahu dengan warna atau material yang sesuai dengan bajet anda.



2. Cat atau pasang Kertas Dinding di belakang Kabinet TV


Jika anda mahu jadikan kabinet TV anda sebagai titik tumpu atau focal point dalam rumah anda, anda boleh jadikan dinding anda sebagai latar belakang kabinet TV anda. Anda boleh pilih seleksi warna cat yang berwarna-warni atau pasang kertas dinding yang bercorak minimal asalkan kabinet TV anda menjadi titik tumpu yang menarik.



3. Material Kabinet TV

Kebanyakan material kabinet TV ialah papan lapis atau plywood kerana materialnya yang kuat dan sesuai untuk membuat kabinet rekaan moden dan kontemporari. Selain menggunakan material plywood sebagai rangka, anda juga boleh memilih material melamine yang jauh lebih murah daripada plywood. Untuk menampakkan rekaan kabinet TV yang moden, material lain yang menjadi pilihan sebagai pintu kabinet TV ialah kaca, acrylic dan besi.



4. Rekaan Kabinet TV

Bagaimana mendapatkan rekaan kabinet yang fleksibel dan berfungsi dengan baik? Selalunya kabinet TV mempunyai rangka penstoran di bahagian bawah, tepi atau atas TV. Namun jika anda mahu meletakkan rak di atas TV, pastikan rak tersebut kuat dan tidak diletakkan dengan barang terlalu berat. Selain itu, pastikan rak tambahan tidak menganggu kedudukan TV anda.



5. Warna Kabinet & Rak TV
Kebanyakan warna Kabinet TV yang menjadi kegemaran orang ramai ialah hitam, putih dan coklat. Namun anda mungkin mahu menambahkan seri kabinet TV anda dengan warna-warna yang terang dan menarik seperti merah jambu, biru langit atau ungu violet. Semestinya seleksi warna yang berbeza mampu membuatkan mood anda gembira ketika menikmati rancangan di TV.


6. Kabinet TV yang kemas dan ringkas


Elakkan daripada meletakkan terlalu banyak barang di kabinet TV. Pastikan kabinet TV nampak kemas dan teratur. Penting untuk anda sorokkan wayar di belakang panel kabinet TV dengan menyediakan lubang di belakang atau atas konsol kabinet TV tersebut. Satu lagi cara untuk menjadikan wayar TV tidak berselirat ialah dengan mengikatnya dengan kemas



7. Sistem Eubiq

Kebanyakan pelanggan kami selalu mengalami masalah tidak cukup plug elektrik di belakang TV Kabinet. Sebab itu, kami cadangkan pelanggan membeli set sistem Eubiq ini. Selain rekaannya yang eksklusif, sistem Eubiq ini juga boleh mengurangkan kos penambahan plug elektrik apabila anda hanya perlu membeli plug mudah alihnya jika mahu menambah plug elektrik.




Berminat untuk ada Kabinet TV di ruang dalam rumah anda?


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:
ilusihafiezd@gmail.com



Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:




Follow INSTAGRAM kami:

LIKES 
Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!