Thursday, November 25, 2010

Bilik Kanak-Kanak

Risau lama tak update blog. Maka masuk gambarlah ya. Apa guna ada gambar banyak-banyak tak nak share. Ini pun sebahagian ilmu gak kan? Oh, saya memang sangat suka budak-budak. Lagi-lagi yang comel dan comot. Mari melihat gambar bilik kanak-kanak terbaik. (Kalau mampu dan mahu design, mari datang opis saya buat furniture!)


*Untuk kanak-kanak yang suka study*




*Simple Bedroom with simple storage*


*Connected Study table & Wardrobe*



*Pinky Bedroom with Extra Storage*



*Purple-Girly Bedroom (Suka 'mural' itu!)*



*Suka almari yang panjang itu!*


*Kombinasi oren & merah*


*Orange-Blue Bedroom for boys*


*Pinky Room for Girls*


*Modern Orange Room *


*Purple Simple Room*

Mungkin sesetengah ibu bapa takkan buat bilik tidur khas untuk anak-anak mereka. Tapi kalau usia mereka sudah melepasi umur 5 tahun, mereka patut diajar berdikari untuk tidak tidur sebilik dengan ibu bapa mereka lagi. Dalam Islam sendiri ada menyuruh anak lelaki dan perempuan dipisahkan daripada tidur bersama.

Nabi s.a.w. bersabda:

Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka tujuh tahun. Apabila usianya 10 tahun pukullah mereka seandainya mereka ingkar, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara anak lelaki dan perempuan). (Riwayat Abu Daud).

Jadi dengan adanya bilik tidur sendiri, anak-anak dapat belajar berdikari, punya privasi mereka sendiri dan dapat tidur yang lebih baik dengan persekitaran yang bersih dan ceria. Tapi jangan biarkan mereka asyik berkurung dalam bilik. Pantau apa yang mereka lakukan, takut-takut ada benda yang mereka sorokkan daripada kita.

Antara tips-tips lain:

-Elakkan perabot yang berbucu tajam demi keselamatan anak-anak. Seeloknya, pilih bucu bulat.


-Banyakkan tempat menyimpan barang-barang supaya barang-barang mereka lebih teratur dan kemas.


-Jangan letak kerusi atau sebarang perabot berhampiran jendela bagi mengelakkan mereka memasukkan kepala di celah jeriji tingkap.

-Elakkan memasang langsir yang panjang, takut anak tertarik atau terjatuh akibat terpijak langsir. Mungkin lebih elok gunakan *roller blind* atau *bidai* yang panjangnya hanya paras tingkap.




-Jangan letakkan perhiasan kaca atau yang mudah pecah dalam bilik anak-anak.

-Permainan elok disusun di tempat yang rendah supaya memudahkan mereka mengambilnya tetapi barang berbahaya seperti gunting dan losyen hendaklah disimpan di tempat tinggi. 


-Letak patung besar berasingan daripada anak terutama waktu tidur kerana bimbang anak boleh lemas apabila terhimpit patung itu. 


-Elakkan meletakkan gambar yang menakutkan di bilik anak-anak. Nanti anak boleh mimpi buruk atau sukar tidur malam.

Sources:




5 comments:

  1. purple simple room tu cantik sangat...

    ReplyDelete
  2. salam..
    suka tgk bilik anak kaler pink purple...boleh x dapat hiasan bilik anak yang cantik dgn kos yang murah

    ReplyDelete
  3. Anon
    Boleh.Tapi kalau nak perabot yang warna-warni ni costing sikit.Selalunya kena pakai *spray paint* atau laminate.Do email me your contact.

    airaniez62@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Salam
    Kbtln cari psl deko blk anak trjmpa blog ni. sy akn emel pd cik. check it out ye tq :)

    ReplyDelete
  5. Berapa kos utk ktil singl siap laci di bawahnye..mahaninawi83@gmail.com

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!