Monday, January 10, 2011

WIR CAMPAIGN: Kempen Memakai Tudung Mengikut Syariat


Selepas aku menulis dengan elemen-elemen *emosi* dalam entri aku bertajuk *Wanita & Eksploitasi* aku dapati ramai juga gadis atau wanita sependapat dengan pendapat aku. Terima kasih kepada komen-komen mereka. Aku rasa tak salah nak tegur orang melalui blog ni. Tapi mungkin dengan cara yang lembut tapi tegas. Huhu. Seronok blogwalking, aku tengok entri blog BUDU DAN BELACAN juga sentuh tentang isu hijab atau tudung ni. Woah! Ini sudah bagus!

Copy from her Blog. (Thanks for sharing sis Anna)

Dengan sukacitanya saya support "WIR CAMPAIGN: Covering the chest is the best!" daripada blog  Sue Anna Joe. Jarang aku nak tolong berkempen untuk blogger lain ni. Tapi sebab usaha *murni* beliau menggalakkan para gadis dan wanita di luar sana melabuhkan tudung dan menutup dada demi melengkapkan syarat dan etika bertudung. Alhamdulillah. Semoga usaha beliau dirahmati. Amin~

Elok sangat beliau menggalakkan orang melabuhkan tudung. Tapi sorry aku nak tambah sikit pendapat aku pasal bertudung mengikut syariat ni. (Sikit ke banyak, kalau sanggup baca, sila baca. Tak sanggup, tutup. No harm. Huhu.)


Apa-apapun ada orang kata nak pakai tudung ni kena ikhlas, baiki *dalaman* dulu. Terus-terang aku ni pakai tudung sebaik aku capai usia akil baligh. Ada sahabat aku masa sekolah rendah cakap kat aku, " Ez, mak aku kata perempuan ni cantik. Tapi kalau bertudung, lagi *cantik*." (Sampai sekarang aku ingat cakap dia. Huhu.) Lagi satu masa tu confirm aku nak kata aku baik *dalaman* , aku pun tak tahu sebab sampai sekarang aku sedar diri aku tak baik sangat. Tapi aku pakai je tudung. Kenapa?

Selain dah tertulis terang-terang dalam Al-Quran kitab Allah s.w.t. tu kata WAJIB, aku pakai tudung juga for extra protection. Ada suara-suara sumbang kata, "Orang bertudung pun kena rogol". Protection maksud aku kat sini ialah *perlindungan luar biasa* yang Allah s.w.t. kurniakan kat kita bila kita bertudung. Aku ulang ayat 59, Surah Al-Ahzab ni:

Firman Allah s.w.t.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Ahzab: Ayat 59)

Satu lagi, aku dapat rasakan, bila aku pakai tudung ni aku cuak sikit nak buat *jahat*. Syaitan ada di mana-mana beb. Kalau tak kuat, memang habislah kita ni. Aku rasa bila pakai tudung ni, apa-apa kita buat mesti teringat kat DIA juga. Contohnya nak masuk disko, pub atau pusat hiburan mana-mana. Kalau kita rasa kita masuk setakat nak minum air coke, tapi kalau dah bertudung minum air coke kat dalam tu confirm akan rasa *segan* punya. Uiks.

*Heh. kat Syria pun ada 'kempen' rupanya."

Aku paling tak suka orang cakap tak bertudung sebab belum *sampai seru*. (Ayat-ayat artis Malaysia.) Kau ingat pakai tudung ni nak kena ada *seruan suara misteri* ke baru leh pakai. Syaratnya kena pakai dulu. Pakai hari-hari. Jangan buka. Lama-lama dah biasa kau akan rasa benda tu sebagai kemestian. Soal ikhlas atau tak, itu hal kau dengan Allah s.w.t. 

Tapi ada ke orang yang tak ikhlas pakai tudung tapi pakai tudung hari-hari? Oh, kecuali tudungnya mula-mula tutup penuh sampai dada. (Album lagu keagamaan kena imej tudung penuh.) Tapi bila album duet dengan artis seberang tudung tu hanya tutup rambut belakang je. Jambul kena nampak. Adeh. (Maaf. Tidak dikira tudung dah kak oi! Itu panjang ke belakang mungkin orang panggil *tedung*?)

*Takmo camni. Takmo!*

Ayat-ayat lain yang aku selalu dengar dan baca tapi diungkapkan oleh orang yang *tak bertudung* ialah, "Orang yang pakai tudung bukan baik sangat." Aah. aku sokong 110% ayat tu. Sebab tiada yang sempurna di dunia ini kecuali Allah s.w.t. Tapi nak tahu tak apa beza paling ketara antara perempuan yang bertudung dan tak bertudung? Jeng jeng jeng.  Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambut mereka hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka di dunia tak mahu menutup rambutnya  daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." 
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Ouch! Jadi nak pakai tudung ke tak nak? Huhu. Aku tahu, kebenaran ini pahit untuk ditelan. Tapi kita kena sama-sama muhasabah diri kita. Kita sibuk ikut undang-undang negara. Jangan tulis blog fitnah pemimpin negara. Jangan buang sampah merata-rata. Jangan *parking* kereta di tempat yang salah. Huhu. Tapi undang-undang Allah s.w.t. ni macam mana pula ye?
*Oh, macam ni pun Takmo! Takmo!*

Ok.ok. Mari sama-sama muhasabah diri. Kepada yang tak pakai hijab, mari berhijrah memakai hijab. Kepada yang suka pakai tudung menampakkan dada, mari labuhkan biar kelihatan sempurna. Maaf terkasar bahasa. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah s.w.t. dan yang buruk itu datang daripada kelemahan saya sendiri. Wallahualam.

"Sesungguhnya orang yang tidak bersolat itu kasihan. Tapi lebih kasihan kepada orang yang solat, tapi tidak bertudung."

7 comments:

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!