Wednesday, June 16, 2010

Hilangnya Seorang Sahabat Sejati...

Aku takkan lupa pada minggu lepas. Aku contact Fauzan, kawan kepada Zaini yang pernah tolong aku repair PC awal tahun hari tu untuk betulkan PC adik aku. Tapi tak jadi. Aku cancel dan message dia. Tapi balasan message dia, sangatlah mengejutkan aku.

"Taukan, Zaini dah meninggal..."

Masa tu hanya Allah s.wt. yang tahu betapa jantungku berdegup kencang, hati jadi tak keruan. Lalu aku terus dail nombor Fauzan. Aku cuba tanya kesahihan berita itu.

"Betul, dah lama dah. Dekat sebulan rasanya. 3hb Mei."

3 haribulan Mei 2010 dan aku hanya tahu sebulan selepas itu, pada tarikh 10 Jun 2010. Apa perasaan korang kalau dapat message:

"Taukan, Zaini accident. Dia kat hospital sekarang."

Ayat ni mungkin boleh diterima walau sebulan baru korang terima berita. Sebab kita tahu dia masih hidup dan kita boleh melawat dia. Tapi apabila dia sudah tiada...Dia pergi buat selama-lamanya?

Aku takkan lupa kali terakhir aku jumpa dia. 20 Februari yang lepas. Masa tu aku baru balik dari jumpa Hafiz dan asalnya aku tolak nak jumpa dia. Mujur aku balik cepat hari tu, jadi dia ambil aku dari LRT Wangsa Maju. Macam biasa naik kereta dia pergi lepak kat kedai mamak NZ dekat area situ gak.

Kami berborak macam-macam hari tu. Terutama tentang pertunangan dia yang baru berlangsung minggu sebelumnya. Dia seronok bercerita dengan aku. Macam biasa, kami kalau berborak semua topik *masuk*. Daripada hal komputer, politik sampailah ke isu semasa, kami akan cerita dan kongsi. Dia belanja aku makan capati kat situ. Sampai Maghrib jugala kami melepak.

Selepas tu dia hantar aku kat LRT Cempaka untuk ambil kereta aku. Seronok aku sebab dia sempat gak tengok kereta aku dan dia terpaksa ikut kereta aku untuk keluar dari area situ sebab dia tak familiar jalan. Erm... Sampai ke depan rumah dia ikut. Dan aku tak sangka... itulah kali terakhir kami bertemu.

Aku tak berapa ingat macam mana kami mula kenal. Apa yang aku ingat, masa aku sekolah menengah, aku selalu chatting dekat laman MIRC. Mungkin masa tu aku kenal dia dan aku selalu telefon dia kat rumah dia bila balik cuti bulanan, sedangkan aku tau dia kat asrama. Entah kenapa, sampai habis sekolah aku masih telefon dia dan email dia. Jadi daripada situlah kami buat *blind date* (berani pula aku masa tu) dan akhirnya kami bertemu.

Bagi aku muka dia boleh tahan. Dia memang lagi tinggi dari aku. Paling aku tak lupa, kali pertama kami keluar, baru habis SPM, jadi sama-sama takde duit sangat. Kami hanya makan muffin yang aku bawa dari rumah. Dia tak mengeluh pun. Sempoi je...

Bila tahu result SPM, dia punya result lagi bagus dari aku. Lepas tu dia dapat masuk UTM Jalan Semarak manakala aku masuk Matrik UIA PJ. Sepanjang aku kat sana, ada juga kami keluar berdua, selalu berhubung dan dia rajin buat kerja part time. Tak silap aku dia kenal tunang dia masa kerja part time kat Burger King dan bila dia dah ada girlfriend, hubungan kami masih rapat cuma ada batas untuk saling berhubung untuk jaga hati Gf dia..erm...

Sepanjang hubungan persahabatan kami, hanya sekali dia pernah buat aku marah. Aku takkan lupa, dia pergi message lirik-lirik lagu yang aku tak faham apa tujuannya. Bila aku tanya dia kenapa tak balas. Dia terus hantar lirik-lirik tu sampai aku risau sangat, aku tanya kawan dia kenapa dia jadi macam tu. Langsung takde jawapan sampailah akhirnya dia kata message tu untuk uji siapa kawan dia yang dapat bersabar dan aku adalah antara kawan yang bersabar dengan dia sedangkan ada yang terus putus kawan dengan dia.

Masa tu aku memang marah. Tapi marah aku tak lama. Kami terus berkawan. Sebab aku menang ikhlas kawan dengan dia. Dia layan aku sangat baik. Dia pernah tolong aku cari kotak untuk buat project group, sanggup angkut satu group aku naik van abang dia. Dia juga sanggup turun dari Kluang, Johor untuk tolong aku betulkan PC. Dia satu-satunya lelaki yang paling banyak kali datang rumah aku. Masa Open House, masa Hari Raya, masa kenduri kahwin kakak aku. Dia juga pernah pos pakai tangan kad raya dan kad birthday untuk aku. Dia naik motor, jadi kad yang dia pos takde setem. haha.. :)

Bila dia dah kat Johor, aku kat KL, kami banyak berhubung melalui Yahoo Messenger. Dia rajin YM nak tunjuk design website yang dia buat untuk sekolah dia. Dia ajar aku macam-macam tentang hal-hal komputer. Dia beritahu aku website yang menarik. Macam-macamla... Aku dengan dia memang sangat *masuk* sampai aku tertanya-tanya, kenapalah Allah tak *satukan hati* kami?

Mungkin ada sebab Allah s.w.t tak beri kami bersama. Aku redha dengan ketentuanNya. Aku ambil masa selama beberapa hari untuk berhenti menangis. Setiap kali teringat kebaikan yang dia pernah buat untuk aku, kenangan yang kami kongsi sama-sama dan apa saja yang berkaitan dengan dia- Kereta Proton Saga (kereta dia), warna kuning (warna motor dia), komputer aku (dia selalu betulkan) dan macam-macam lagi. Kali terakhir kami berhubung tak silap aku, masa tengah YM, aku merayu-rayu minta dia tolong keluar dalam pukul 1 pagi, semata-mata untuk belikan aku top up. aku perlukan top up masa tu sebab nak pujuk Hafiz, tapi dia sanggup keluar malam-malam buta semata-mata untuk aku! Terharu sangat masa tu...

Aku masih tak percaya dia dah pergi dari dunia ni. Bila membayangkan situasi dia kemalangan (mengikut cerita sepupu dia) - Dia baru balik dari KL lepas jumpa tunang dia, kat Batu Pahat, pagi (mungkin pukul 3, menurut Fauzan) masa dia nak U-turn ada kereta lain laju dan langgar dia, kereta dia berpusing dan tengkuk dia patah, dia meninggal dunia di tempat kejadian. Innalillah..

Aku pula sebagai seorang sahabat takde langsung orang beritahu. Memang aku terasa aku ni orang asing. Sebab tak ramai tahu pasal persahabatan kami terutama keluarga dia. Masa ni la aku sedar betapa pentingnya Facebook. Sekurang-kurangnya bila ada sesuatu terjadi kat kita, orang lain boleh tahu tentang kita. Dia pernah cakap dengan aku dia tak nak ada Facebook sebab product Israel. Entahla, tak tau nak cakap apa. Tapi aku masih kesal kerana tahu berita tentang kematiannya lambat. Kecewa sangat.

Perginya dia memang memberi kesan besar kepada aku. Aku menangis berhari-hari sampai makan pun mata aku boleh keluar air mata. Sedih sangat. aku telefon semua kawan-kawan baik aku yang tahu tentang kami. Terima kasih kepada mereka kerana layan panggilan aku masa time kerja. Tapi tak juga berjaya lawan kesedihan yang sarat dalam diri aku.

Jadi aku larikan diri ke Melaka jumpa Hafiz. dalam perjalanan pun aku masih susah nak lupakan dia. Aku nampak tulisan *Johor* pun hati aku terusik. Kesian Hafiz, susah sangat dia layan aku untuk hilangkan sedih aku. Dia bawa aku ke Taman Botanikal, pergi Perkampungan Buku. Dia bawa aku lawat masjid-masjid kat Melaka bagi aku ambil gambar. Terima kasih jugala kepada dia sebab temankan aku hari tu.

Walaupun aku dah ada boyfriend, mereka tetap bukan orang yang sama. Aku hargai sangat persahabatan yang Zaini telah bagi kepadaku. Semua kenangan yang kami ada bersama, takkan aku lupa sampai bila-bila.

Aku doakan dia tergolong di kalangan orang yang beriman. Semoga Allah permudahkan ujiannya di alam sana. Amin~~

Al-Fatihah buat sahabatku Ruzaini Azrin. Terima kasih Ya Allah kerana beri aku seorang sahabat sebaik dia. Aku sayang Zaini sampai bila-bila...♥♥


2 comments:

  1. sedihnya..betapa mulianya sahabat spt itu.. :'(

    ReplyDelete
  2. huhu..mmg sedih sgt..tp dah ajal dia..tiap2 hari aku bg doakan dia bahagia *di sana*...

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!