Wednesday, August 25, 2010

Puasa.Ramadhan.Hidup

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Ok.Baguskan bagi salam penuh daripada aku cakap *Salam 1 Malaysia*? *Takleh blah* aku punya anti ucapan tu. Tapi aku jujur,tak hipokrit kan? Dah kata negara demokrasi. Apa salahnya kita ada pandangan sendiri, betul tak?

Haha. Awat aku emo tiba2 ni? Uiks. Maaf ya.. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini patut ayat2 aku *manis2 umpama gula je*. Tapi kerana harga gula yang naik dan aku lupa kali terakhir aku minum air mineral sebab aku kaya hari-hari minum air manis, jadi ayat aku manis je. Iyalah tu!

Cerita pasal bulan Ramadhan. Tahun ni confirmla, puasa aku tak penuh! Hehe. Tapi tahun lepas berjaya puasa penuh ok. Awal2 tu risau gak. Tapi dah raya ke berapa tu datangla juga *teman baik* tu..huhu. Semestinya Ramadhan tahun ni kurang sikit *stress* berbanding tahun lepas. tak silap aku ada gakla dua kali aku sahur kat opis. Siapkan project yang katanya dah habis tu kan? erm...

Tak naklah *mengumpat* opis lama. Tak baik. Tapi tahun lepas banyak kali dapat berbuka kat luar, *supplier* belanja makan berbuka. Lepas tu banyak dapat duit raya, dapat bonus gak. Tahun ni macam takde je? Dah namanya kerja dengan cina. Erm... Redha jela.. (Tapi mungkin akan cuba *bodek* bos bagi gaji awal. Nak shopping! haha.)

Sebenarnya Ramadhan ni paling best sebab dapat kumpul pahala yang banyak. Baca Quran je, setiap huruf berganda2 rahmat pahalanya... Insya-Allah. Kalau solat pun dapat pahala. Macam hadis ni kata:

'Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 759.

Lepas tu bila nak kejar malam lailatul qadar tu kenalah *maintain* terawih sampai ke hujungnya. Untungnya orang yang berusaha sampai hujung Ramadhan & malam lailatulqadar.

Firman Allah S.W.T:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadar. Menurut pengetahuanmu, apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." - Surah al-Qadr: 1-5.

Aisyah r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) yang tidak pernah dilakukannya pada waktu yang lain." – Hadis riwayat Muslim, no: 1174.

Terus bercerita tentang Ramadhan ni. Benda aku paling rindu ialah ketika berpuasa dan melalui Ramadhan masa jadi student kat UIA dulu. Alhamdulillah bila belajar di universiti yang berlandaskan Islam, environment Islam tu banyak diterapkan kat mana-mana. Terutama semasa Ramadhan. Macam pelik kalau orang tak puasa. Pelik juga kalau tak pergi terawih. Sebab sangat senang nak berterawih. Dekat Mahallah @ kolej ada jemaah, kat kuliyyah ada, kat masjid UIA apatah lagi. Memang seronok sebab dapat tunaikan ibadah dengan tenang. Alhamdulillah.

Lagi yang best ialah dapat berbuka puasa dengan kawan-kawan. Roommates. Makan sama-sama. Selalu aku dengan Izat & Lyn beli kat bazar tepi KAED je. Pernah gak waktu awal-awal masa 2nd year kami sahur kat studio. Studiomates, Ider kot kejut kami sahur. Dia masak daging bakar ke, apatah. Lepas tu kami sahur sama-sama. Siap buat program *tiada rahsia* supaya masing-masing luah cerita nak cerita. Termasuk cerita hantu! Haha. Apakah?

Memang sangat rindu UIA bila tiba Ramadhan tiba. Aku memang tak rindu sekolah aku sangat sebab rasanya sepanjang 5 tahun aku masuk asrama hanya masa aku form 5 dapat merasa puasa masa SPM. Tapi kenangan pahit yang aku takleh lupa ialah bila nak makan waktu berbuka, lauk dah takde, habis! Sedih gile.

Apa-apa pun tak sabar nak buat reunion berbuka bersama kawan-kawan tahun ni. Insya-Allah. Aku doakan puasa & ibadah semua orang pada tahun ni diberkati, dilimpahi rahmat Ilahi & diterima Allah s.w.t dengan jayanya. Amin.

So, kalaulah hidup ni berakhir esok, apa akan jadi?

Mungkin dapat meninggal dunia pada bulan yang mulia ni baik juga. Tapi aku rasa ibadah aku masih kurang & tak cukup mantap lagi. Harap-harap ini bukan Ramadhan terakhir buat aku. amin~

No comments:

Post a Comment

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!