50 perkara tersebut merupakan perkara-perkara yang aku nak buat dalam hidup aku. Impian yang aku telah *set* beberapa tahun lepas, tak silap aku tahun 2004 macam tu. Teka berapa aku dah capai? Haha. So far hanya 5 ok. Itu pun ada yang sipi-sipi. Tak perlulah aku beritahu yang mana berjaya, tapi alhamdulillah, pada saat 28 Oktober 2010, pukul 10.26 malam ini, aku masih diberi nyawa oleh Allah s.w.t untuk cuba capai 50 perkara tersebut. Insya-Allah.
Aku tengok tarikh hari ni. Aku kata kat officemate aku tadi, cepatnya dah habis Oktober! Macam tak percaya dah nak dekat akhir tahun dah. Tahun ni macam cepat masa berlalu kan? Aku pun tak sangka umur aku pun dah nak hampir 26 tahun. Sedap nombor tu..^_^
Sebenarnya aku sentiasa berpegang kepada satu quotes:
"A PERSON WITH AN AIM HAS NO LAST DAY."
Kenapa aku terlalu berpegang kepada quotes ni? Sebab bagi aku, kita kena rancang hidup kita betul-betul supaya hidup kita berada dalam aturan atau landasan yang lurus untuk kita lalui. Walau dalam hidup ini kita akan masuk banyak *simpang*, jumpa jalan *bengkang-bengkok*, tapi akhirnya kalau kita ada *matlamat* yang betul, mesti kita takkan sesat kan? Kalau sesat teruk pun, Allah s.w.t. itu Maha Pengampun, Dia akan tolong juga kita kembali ke landasannya. Insya-Allah.
Orang yang ada matlamat hidup ni selalunya orang yang berwawasan tinggi. Contohnya cita-cita bekas PM kita, Mahathir yang nak capai negara maju tahun 2020. Ingat apa yang dia katakan tu main-main ke? Mestilah dia serius, kalau tak, takdelah Najib beria nak buat bangunan 100 tingkat tu! (Ok, kenapa macam *emo* semacam pasal bangunan 100 tingkat berharga 5 Billion tu? Off topic!)
Apa yang aku sasarkan 50 benda tu, memang agak susah untuk aku capai sebenarnya. Iyalah, tulis atau cakap memang senang. Tapi nak menjadikannya kenyataan, serius susah! Contohnya jadi Interior Designer. Walaupun aku dah berjaya capai benda tu, aku takkan lupa 7 bulan aku merana dan menangis masa kerja kat company lama dulu. Stress kerja sampai kena pergi dapatkan rawatan kat hospital! Memang gila!
Ok. Sebelum tu, ambil lesen kereta. Huhu. Secara jujur, aku fail ujian menulis sekali, teori 2 kali! Hello, ingat senang ke? Anyway sekarang ni alhamdulillah, aku dah reti bawa kereta sendiri dan ada kereta sendiri (bukan VIOS tapi VIVA) berkat usaha aku sendiri. Hebat tak aku? Haha.
Jadi nampak tak *kemanisan* tatkala kita berjaya capai apa yang kita impikan itu? Aku nak orang motivate baca kisah aku ni. Aku nak semua orang ada matlamat dan impian untuk dicapai. Aku nak semua orang berusaha keras untuk capai apa yang diimpikan. Boleh?
Terus-terang, aku bukanlah orang yang *bijak* merancang benda yang ingin dilakukan dalam waktu terdekat. Aku bukan orang yang menepati masa. Aku lebih reti rancang benda yang akan berlaku pada masa akan datang. Tapi yang bahayanya kalau umur aku ni tak panjang, dapatkah aku capai apa yang aku impikan selama ni? Sedihkan?
Tapi korang jangan jadi macam aku. Aku buat benda yang ada depan mata aku, cuma mungkin lewat. Huhu. tapi impian yang aku nak capai, sekarang ni sebenarnya sedikit *terbantut* disebabkan satu impian itu agak susah nak dicapai. Kenapa?
Sebabnya ialah wang! Ya, aku sangat benci baca hal duit ni. Kerana duit, memang banyak benda tertangguh. Perkara paling jelas ialah benda nombor 8 itulah ya. Bayar hutang semua orang! Ah, benci dan benci benda ni! Hutang PTPTN la paling susah nak bayar sekarang ni. Sebabnya zaman sekarang kalau ada Degree pun, tak semestinya gaji kita riban-riban. Apa-apa pun, bersyukur sajalah dengan rezeki anda ya Cik Ezdiani!
Jadi kita kena sentiasa *positif* dalam mencapai matlamat kita ok. Jangan asyik nak mengeluh je. Jangan asyik bertangguh kerja. Jangan asyik berangan, tapi usaha ZERO. Jangan capai matlamat dengan cara yang tak baik atau cara yang melampaui batas agama.
Tapi yang paling penting, letakkan ALLAH s.w.t dalam segala perbuatan atau usaha yang hendak kita lakukan. Ingat, semua yang kita lakukan adalah kerana DIA, dengan izinNYA dan akhirnya DIA juga yang memutuskannya.
So, apa akan jadi kalau hidup ni berakhir esok?
Aku takkan capai lagi 45 perkara aku nak buat daripada 50 benda tu. Terutama yang nombor 5 tu! Doakan saya!
Semoga berjaya mencapai setiap impian..selagi ada esok maknya masih ada harapan. Salam dari roqaiyah.com
ReplyDelete