Showing posts with label Interior Designer Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Interior Designer Malaysia. Show all posts

Thursday, July 23, 2026

Konsep Muji,Japandi dan Wabi-Sabi dalam Reka Bentuk Dalaman


Ramai client Ilusi Hafiezd Design suka rumah Konsep Jepun/ Japanese Concept. Ada yang nak konsep Muji, ada yang nak Japandi & baru-baru ni ada tanya nak konsep Wabi Sabi.



Persoalannya adakah semua konsep ni sama?

Konsep Muji, Japandi dan Wabi-Sabi memang nampak hampir sama sebab ketiga-tiganya berasal daripada falsafah reka bentuk Jepun. Persamaan utama konsep-konsep ni ialah:

1. Minimalis 
- Kebanyakan ruang tidak terlalu penuh dengan perabot atau dekorasi. 
- Mengutamakan fungsi dan keselesaan.



2. Warna Semula jadi/ Neutral 
- Banyak menggunakan warna putih, beige, krim, kelabu lembut dan warna kayu semula jadi. 
- Suasana ruang nampak tenang, cosy dan tak serabut.



3. Material Semula Jadi 
- Gabungan kayu, rotan, linen, kapas, batu dan seramik.



4. Cahaya Semula Jadi 
- Ada tingkap besar. 
- Cahaya matahari dimanfaatkan sebanyak mungkin. 
- Ruang terasa lebih lapang dan menenangkan.



5. Pertukangan (Craftsmanship) 
- Menghargai hasil kerja tangan. 
- Perabot yang dipilih berkualiti & tahan lama berbanding perabot trend sementara.


So, macam mana nak 'kenal' & membezakan konsep-konsep ni: 

Muji = Rumah sangat kemas dan praktikal. 
Japandi = Muji + Scandinavian yang lebih cosy. 
Wabi-Sabi = Keindahan kepada ketidaksempurnaan dan bentuk organik.


Apa saja konsep, kalau you all hire Interior Designer, insya-Allah kami boleh buat. 

Semua design di atas adalah design 'khas' untuk rumah clients kami based on their request, requirements & needs.

Paling penting client happy & berpuas hati dengan design style yg mereka nak. Betul tak? 😉



Menarik tak Konsep Jepun - Muji, Japandi & Wabi Sabi yang kami design untuk semua client kami ni?
Whatsapp wa.me/60122496649 kalau nak buat Interior Design rumah dengan Japanese Concept tau! 😁

#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#PerekaDalaman
#InteriorDesign
#TipsRekabentukDalaman
#InteriorDesignerSemenyih
#InteriorDesignerBangi
#InteriorDesignerKajang
#InteriorDesignerCyberjaya
#InteriorDesignerShahAlam
#InteriorDesignerPutrajaya
#InteriorDesignerBangsar
#InteriorDesignerPuncakAlam
#InteriorDesignerAmpang
#InteriorDesignerSeriKembangan
#InteriorDesignerPuchong
#InteriorDesignerBanting
#JapaneseConcept
#Muji
#Japandi
#WabiSabi
#RumahMuji
#RumahJapandi

Friday, April 24, 2026

Susah ke Nak Pilih Warna Cat Rumah?



Susah nak pilih warna cat rumah? 
Tak tahu warna cat apa yang sesuai? 
Nak buat Feature Wall tapi takde idea?
Bolehlah hire Interior Designer. 😉





Kami akan sediakan 3D design & pilihkan paint code yang sesuai. Kalau tak suka warna dinding, boleh ubah warna dalam 3D sampai puas hati!


Kami juga akan realisasikan feature wall yang anda nak. Apa saja corak kami boleh buatkan. Insya-Allah.






Ok tak hasil Interior Design Bilik Anak Perempuan client kami ni?
Whatsapp wa.me/60122496649 kalau nak buat Interior Design rumah dengan warna cat yang menarik, ok? 😁

#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#PerekaDalaman
#InteriorDesign
#TipsRekabentukDalaman
#InteriorDesignerSemenyih
#InteriorDesignerBangi
#InteriorDesignerKajang
#InteriorDesignerCyberjaya
#InteriorDesignerShahAlam
#InteriorDesignerPutrajaya
#InteriorDesignerBangsar
#InteriorDesignerPuncakAlam
#InteriorDesignerAmpang
#InteriorDesignerSeriKembangan
#InteriorDesignerPuchong
#BilikTidur
#WarnaCat
#PaintCode
#NipponPaint
#CatBilikTidur
#WarnaCatBilik

Tuesday, June 10, 2025

Nak Design Dapur?


Sebelum design kitchen area/ ruang dapur, selalunya saya akan tanya beberapa soalan kepada client.

1. Kabinet dapur nak pakai material pintu & table top apa?

2. Masak guna gas stove atau induction?

3. Fridge jenis 2 pintu atas bawah atau buka kiri & kanan?

4. Sink jenis single bowl atau double bowls? Top mount atau undermount?

5. Ada guna water dispenser? Letak atas top, stand alone atau water purifier letak bawah sink?


Banyak kan soalan? Ada lagi..

6. Nak guna jenis built-in/ loose microwave & oven?

7. Apa lagi electrical appliances yang akan guna? Contoh: Thermomix, air fryer, deep fryer, etc.

(Soalan ni penting untuk tahu keperluan tambah plug point di dapur)

8. Nak ada lampu LED strips atau eyeball bawah cabinet dapur?

9. Nak pakai backsplash apa di dinding dapur?

10. Washing machine jenis front load atau top load? Ada pakai dryer? (Soalan ni jika tiada ruang yard atau laundry area).


Ada banyak lagi soalan lain yang Interior Designer akan tanya client sebelum design kitchen area. Anda juga boleh tanya soalan-soalan ni kepada diri sendiri sebelum buat dapur rumah anda nanti.

Penting untuk kami ID tahu semua detail information ni sebelum buat susun atur ruang dapur.

Lain client, lain requirements. Walaupun jiran anda ada layout rumah yang sama, tapi design dapur mesti berbeza sebab cara memasak tak sama, betul tak?

Take note, Interior Designer tak buat kitchen cabinet tapi kami design ruang dapur ok. 😉




Sebelum tu nak beritahu, saya adalah Interior Designer yang ada lebih 15 tahun pengalaman dalam ID. Company saya Ilusi HafiEzd Design dah beroperasi lebih 10 tahun. Kami ada banyak design portfolio & boleh check di link media sosial kami. 👇🏻linktr.ee/ilusi…
Nak buat Interior Design Rumah?
Whatsapp/ Click link: wa.me/60122496649

Terima kasih.

#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#PerekaDalaman
#InteriorDesign
#TipsRekabentukDalaman
#InteriorDesignerSemenyih
#InteriorDesignerBangi
#InteriorDesignerKajang
#InteriorDesignerCyberjaya
#InteriorDesignerShahAlam
#InteriorDesignerPutrajaya
#InteriorDesignerBangsar
#InteriorDesignerPuncakAlam
#InteriorDesignerAmpang
#InteriorDesignerSeriKembangan
#InteriorDesignerPuchong
#KitchenDesignTips
#TipsDapur
#TipsIDez
#DesignDapur
#Dapur
#KabinetDapur

Wednesday, November 13, 2024

6 Lukisan Interior Design yang Anda Perlukan Sebelum Nak Renovate Rumah.

Senarai 6 Lukisan Interior Design yang anda perlukan sebelum nak renovate rumah.

1. Furniture Layout Plan 
- bantu pilih saiz perabot, barangan elektrik, built-in cabinet yang muat dalam ruang & mengelakkan tersalah beli barang-barang tersebut.


2. Lighting & Reflected Ceiling Plan 
- tahu bilangan lampu, jenis lampu, kedudukan & saiz kipas, kedudukan aircond & design ceiling.



3. Electrical Plan 
Plug points tambahan dalam setiap ruang. Paling banyak tambah di ruang dapur.



4. Wall Finishes Plan 
paint code/ warna cat rumah, kedudukan feature walls menggunakan wallpaper, fluted panel atau material lain.



5. Floor Finishes Plan 
- jenis lantai & bilangan sqft supaya senang nak dapatkan estimation cost daripada supplier flooring seperti SPC atau jumlah jubin yang perlu dibeli & upah pemasangan.


6. Carpentry Works/ Cabinet Detail Drawings 
-Drawing paling penting untuk rujukan carpenter & cabinet installer yang menunjukkan saiz, material & detail lain.
.


Sebelum mula renovation seeloknya ada Interior Design construction drawings ni supaya:

1. Tahu ruang apa yang akan diubahsuai & ruang yang paling banyak 'guna duit'.

2. Renovation job scopes. Boleh tahu kerja ubahsuai apa yang akan dilakukan di setiap ruang.

3. Senarai kontraktor yang terlibat dalam keseluruhan renovasi.

4. Kos renovasi boleh dapat daripada kontraktor berdasarkan ukuran, job scopes & detail lain daripada drawings. Kontraktor tak boleh simply bagi harga 'lump-sum' sebab semua detail ada dalam drawings.

5. Boleh digunakan untuk tahu budget estimation & list barang yang perlu dibeli untuk setiap ruang seperti perabot, barangan elektrik, lampu, kipas, barang deko, langsir, grille & banyak lagi.

.

Setiap renovation rumah perlukan proper planning demi mengelakkan 'over budget' & elak ditipu kontraktor. Semua drawings ini patut ada kalau nak renovation berjalan lancar & tersusun dengan elok.

Boleh contact kami kalau perlukan drawings ini ya. 

Whatsapp/ Click link: wa.me/60122496649

Terima kasih.

#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#PerekaDalaman
#InteriorDesign
#TipsRekabentukDalaman
#InteriorDesignerSemenyih
#InteriorDesignerBangi
#InteriorDesignerKajang
#InteriorDesignerCyberjaya
#InteriorDesignerShahAlam
#InteriorDesignerPutrajaya
#InteriorDesignerBangsar
#InteriorDesignerPuncakAlam
#InteriorDesignerAmpang
#InteriorDesignerSeriKembangan
#InteriorDesignerPuchong
#IDConstructionDrawings
#IDDrawings

Friday, April 14, 2023

Deko Raya bersama Ilusi Hafiezd Design



𝗧𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶?
𝗠𝗮𝗵𝘂 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗰𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗺𝘂 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴?
𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗶𝗱𝗲𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗵𝗶𝗮𝘀 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗼𝗽𝗲𝗻 𝗵𝗼𝘂𝘀𝗲?


Sempena Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi, Ilusi HafiEzd Design menawarkan pelbagai pakej untuk dekorasi hari raya.

𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝗗𝗘𝗞𝗢𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗔 - 𝗥𝗠𝟴𝟬𝟬 (𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔)
Untuk anda yang tiada idea & masa untuk menguruskan dekorasi sendiri & perlukan khidmat konsultasi daripada Pereka Dalaman.
Apa anda akan dapat:
𝟭. 𝗠𝗼𝗼𝗱 𝗕𝗼𝗮𝗿𝗱 & 𝗖𝗼𝗹𝗼𝘂𝗿 𝗣𝗮𝗹𝗲t𝘁𝗲
Idea gabungan perabot dan barangan dekorasi bersama gabungan warna tema.
𝟮. 𝗙𝘂𝗿𝗻𝗶𝘁𝘂𝗿𝗲 𝗟𝗮𝘆𝗼𝘂𝘁 𝗣𝗹𝗮𝗻
Pelan Susunan Perabot untuk merancang susunan dalam ruang.
𝟯. 𝗙𝘂𝗿𝗻𝗶𝘁𝘂𝗿𝗲 & 𝗗𝗲𝗰𝗼𝗿 𝗜𝘁𝗲𝗺𝘀 𝗦𝗵𝗼𝗽𝗽𝗶𝗻𝗴 & 𝗗𝗲𝗰𝗼𝗿𝗮𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗿𝘃𝗶𝗰𝗲𝘀
Servis Dekorasi Rumah penuh merangkumi proses membeli & menyusun atur perabot & barangan dekorasi.
4. 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗯𝗼𝘁 & 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗸𝗼𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗥𝗠𝟯𝟬𝟬𝟬 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗿𝘂𝗮𝗻𝗴.

𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝗗𝗘𝗞𝗢𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗕 - 𝗥𝗠𝟮𝟱𝟬 (𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔)
Untuk anda yang tiada idea untuk membuat dekorasi sendiri & perlukan khidmat konsultasi daripada Pereka Dalaman.
Apa anda akan dapat:
𝟭. 𝗠𝗼𝗼𝗱 𝗕𝗼𝗮𝗿𝗱 & 𝗖𝗼𝗹𝗼𝘂𝗿 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘁𝘁𝗲
Idea gabungan perabot dan barangan dekorasi bersama gabungan warna tema.
𝟮. 𝗙𝘂𝗿𝗻𝗶𝘁𝘂𝗿𝗲 𝗟𝗮𝘆𝗼𝘂𝘁 𝗣𝗹𝗮𝗻
Pelan Susunan Perabot untuk merancang susunan dalam ruang.
𝟯. 𝗦𝗵𝗼𝗽𝗽𝗶𝗻𝗴 𝗟𝗶𝘀𝘁
Senarai harga & kedai di mana anda boleh mendapatkan perabot & barangan dekorasi mengikut bajet anda sempena hari raya.



𝗞𝗹𝗶𝗸 𝗟𝗶𝗻𝗸 𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗮𝗽𝗽 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗶𝗻𝗳𝗼 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗹𝗮𝗻𝗷𝘂𝘁.
(Tertakluk kepada terma dan syarat.)
𝗝𝗼𝗺 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗸𝗼 𝗿𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗜𝗹𝘂𝘀𝗶 𝗛𝗮𝗳𝗶𝗲𝘇𝗱 𝗗𝗲𝘀𝗶𝗴𝗻! 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗰𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 & 𝗲𝗹𝗲𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗿𝗮𝘆𝗮!