Wednesday, October 20, 2010

Perkara-perkara tertangguh




Tolong ingatkan aku...


1. Bayar saman esok. 
RM30 je. Harap balai Polis Pandan Indah yang saman aku setahun lepas, sanggup terima duit RM30 aku. Aku dah jenuh buka MYEG.com.my yang konon *memudahkan* kita berurusan dengan kerajaan, server lambat macam haram.


2. Isi Minyak kereta.
RM20 dahla. Minggu ni tak berminat nak keluar pergi mana-mana. Sabtu dan Ahad dah kukorbankan tanpa rehat yang cukup!


3. Call Kak Tini.
Kak Tini ialah orang yang bertanggungjawab tolong aku beli kereta tahun lepas. Kata nak call balik siang tadi. Dia tak call. Minggu depan aku nak kena Renew Lesen kereta & Insurans ni. Adui.


4. Siapkan Design Kitchen
Esok juga kena siap kitchen Mr. Yew. Harap tak payah buat quotations. Malas! Sebab lepas ni kena buat design kitchen Mr. Soh pula. Ahad Madam nak jumpa client tu.


5. Ada lagi? Nanti aku sambung..huhu...






No comments:

Post a Comment

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!