Thursday, October 21, 2010

KAU NI KAWAN YANG BAIK KE?

Kau ni kawan yang baik ke?

Kenapa masa susah kau cari aku, masa senang kau *berpesta muda-mudi *dengan kawan-kawan lain? Kenapa masa kau nak menangis, mengadu masalah, baru cari aku? Ingat aku ni kaunselor free ke? Atau kau ingat aku ni *biro pengaduan awam? Kalau aku bagi kau pinjam telinga aku ni, kau akan ingat tak kata-kata aku selepas ni? Kau akan hargai tak aku kalau aku tolong menjadi pendengar setia dan beri kau pandangan yang terbaik untuk masalah kau tu? Tapi yang paling penting, kau akan terus jadi kawan baik aku lagi tak lepas ni, bila aku perlukan pertolongan kau pula?



Kau ni kawan yang baik ke?

Kenapa kau suka cakap pasal aku kat *belakang*? Aku bukan minta kau *puji* aku pun tapi kalau tak puas hati dengan aku, cakaplah depan-depan. Tegur secara berhemah. (Tapi kalau aku *melenting* masa tu jangan marah pula. Haha) Bukankah *sahabat yang baik ialah sahabat yang berkata benar denganmu, bukan yang membenarkan kata-katamu?* Jadi cakap *direct* dahlah kat aku ni. Lagipun, tak perlulah *gosip* aku kat belakang, tambah pahala aku lagi adalah. Betul tak?

Kau ni kawan yang baik ke?

Kenapa duit aku jadi duit kau, kenapa gak, barang aku yang kau pinjam 5 tahun lepas dah jadi harta kau ni? Lepas tu baru-baru ni kita lepak kat mamak kau pesan teh ais limau suam dengan roti tisu tinggi 10cm kenapa aku pula yang tolong bayarkan ni? Sejak bila aku kena bagi kau *nafkah zahir*? Takpelah. Nanti kalau kita keluar lagi, aku ajak kau pergi makan kat Old Town, kau pula yang bayar ye?



Kau ni kawan yang baik ke?

Kau ni suka mungkir janji tau. Eh, minggu lepas kita dah janji nak keluar kan? Kenapa cancel pula ni? Oh, BF kau ajak pergi tengok wayang ye? Erm… BF kau bukan jumpa kau hari-hari ke? Aku yang dah berkurun ni kau tak nak jumpa ke? Kau ingat lagi ke *tinggi* aku ni berapa, maklumlah, kan kita dah lama tak jumpa? Takpe, nanti kau kahwin, aku tak nak datang ye. =P

Kau ni kawan yang baik ke?

Tadi kau telefon ke aku yang telefon kau tadi? Oh, aku yang call. Aku sendiri lupa. Sebab apa ya aku call? Oh, aku lupa lagi, sebenarnya nak cerita kat kau masalah aku, tiba-tiba kau cerita pula masalah kau, BF kau ada perempuan lain. Erm… BF kau tahu tak kau ada lelaki lain ni? Eh, apa masalah aku ni? Takkanlah aku nak bocorkan rahsia kau macam kau kantoikan aku kat Ex-BF aku yang dulu tu. Tapi aku memang ada masalah ni, sebab tu aku call kau.. Takpelah, aku call BF kaulah…Erk…



Kau ni kawan yang baik ke?

Janganlah ajak aku buat jahat! Kau ajak aku pergi tempat tu buat apa, bawalah aku kat tempat yang elok sikit. Sakit mata aku tengok perempuan seksi-seksi ni. Oi, aku bukan *tunjuk baiklah!* Ok, aku tak bawa kau pergi Ceramah Agama. Sebab aku pun jarang pergi. Jadi aku *SHARE* kat Facebook kau *Tazkirah* ni k. *wink*

Kau ni kawan yang baik ke?

Kau janganlah cakap bahasa kasar dengan aku! Hei, kenapa kau tuduh aku yang bukan-bukan ni? Bila masa aku buat fitnah pasal kau. Cuba siasat dulu lain kali sebelum kau percaya cakap *pengadu domba* tu. Kau tak percaya cakap aku ke? Aku kan dah lima tahun duduk satu bilik dengan kau, tidur sebilik tapi lain bantal, takkanlah aku nak tipu kau pula?

AKU NI KAWAN YANG BAIK KE?

Tepuk dada, tanya iman.
Tanya hati, cari ikhlas.
Tenung diri, muhasabah peribadi.
Ampunkan khilafku, sahabat-sahabatku yang sejati. ^_^





4 comments:

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!