Showing posts with label PENDAPAT tanpa pendapatan.. Show all posts
Showing posts with label PENDAPAT tanpa pendapatan.. Show all posts

Wednesday, March 8, 2017

Kedai Perabot Designer Furniture



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saja nak share salah satu kedai perabot yang menjual Designer Furniture dengan harga yang berpatutan. Untuk pengetahuan semua, designer furniture ni boleh jadi perabot-perabot yang direka oleh designer furniture mengikut zaman dan boleh juga dikatakan jenis-jenis perabot yang ada konsep dan rekaannya yang tersendiri. Ok, boleh tengok contoh-contoh Designer Furnitures yang famous dalam dunia ni dalam gambar di bawah.


Mesti ramai yang mempertikaikan, kenapa Designer Furniture ni mahal sangat ya? Semestinya harga Designer Furniture sangat mahal disebabkan rekaan perabot adalah sangat eksklusif, ada konsep tersendiri, ada ciri-ciri ergonomik dan yang paling *mahal* kerana pereka yang menghasilkannya ialah orang yang ternama atau famous designer pada zaman tersebut. Contoh Designer yang terkenal pada zaman sekarang ialah Philippe Starck dan Karim Rashid. (Klik untuk view profile beliau)


Setelah bertahun-tahun menyediakan khidmat dekorasi dan banyak kali berjalan-jalan mencari kedai menjual perabot atau Designer furniture yang cantik tapi mampu milik, kami akhirnya terjumpa sebuah kedai di Cheras bernama Lancco .




Kedai ni ada menjual pelbagai Designer Chair yang menarik dan moden. Sorry, kedai ni tak sesuai untuk mereka yang menggemari English Style kerana rekaan di dalamnya lebih kepada stail Skandinavian atau Modern Contemporary. 




Harga furniture juga lebih affortable berbanding kedai-kedai yang kami pernah pergi sebelum ini. Boleh tengok sendiri kat facebook lancco ni diorang bagi offer certain furniture. Disebabkan harga yang berpatutan banyak stok dah habis.

Jadi sesiapa yang berminat nak beli furnitures kat sana boleh sebut nama company kami Ilusi HafiEzd Design dan InsyaAllah anda akan dapat discount daripada owner kedai yang bernama Jeff.

Friday, September 19, 2014

Anda Yang Mana?


P/S: Aku dapat yang ENTP tu... Huhu.. Tapi jangan mimpila nak tukar profession sebab aku masih sayangkan ID. Woha!

Thursday, December 8, 2011

Belajar Bidang Seni Reka Dalaman (Interior Design)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada sesiapa yang melawati blog ini walaupun tuan punya blog asyik ikut *masa* dan *mood* untuk update blog. Maafkan daku. Maaf. Maaf... (Harap ucapan maaf ni ada bunyi *keikhlasan*. Huhu.) Apa pun jadi pada malam ini, aku kena juga update blog ni disebabkan satu soalan oleh pembaca blog bernama Fatihah Zulkaffli. Soalan beliau ialah:

"Sis..susahkah belajar course interior design? Boleh bagi tips tak?"

Untuk pengetahuan pembaca blog sekalian, aku dah lebih dua tahun habis belajar Interior Design atau Seni Reka Dalaman. Dulu aku belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau UIAM dan ada Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Seni Reka (Seni Reka Dalaman) atau dalam Bahasa Inggerisnya Bachelor of Applied Arts and Design (Interior Design) atau AAD (ID). 


*Bukti ada Degree. Haha*

Sebelum dapat ambil kos ni, aku masuk Matrik UIA (sekarang dah panggil Pusat Asasi) ambil jurusan Senibina atau Architecture. Masa di matrik kami belajar perkara-perkara asas untuk design seperti sketches, drawing manually (melukis secara manual), modelling (buat model pakai *gam panas* yang akhirnya melekatkan jari - bukannya melekatkan model!) dan banyak lagi.

Selepas matrik barulah aku sambung degree ambil AAD. Dalam AAD ada lagi 3 kursus atau majoring yang ditawarkan iaitu Industrial Design, Conservation Design dan kos yang paling best yang aku tak pernah menyesal ambil - Interior Design

*Studiomates AAD yang BEST!*

Kenapa aku kata Interior Design atau ID best? ID ni best sebab bidang ni warna-warni. Haha. (Gelak jap. Betul ke statement ni?) Hakikatnya, di sebalik bidang yang berwarna-warni ini memang banyak sangat perkara yang perlu ditempuh dan dilalui semasa aku ambil kos ni. Jadi di sini aku kongsi serba sedikit pengalaman dan tips untuk belajar jurusan Seni Reka Dalaman ni.

1. Perlu banyak Idea dan Kreatif

Untuk pengetahuan semua, kos ID ni tak memerlukan seseorang itu perlu sangat pandai melukis. Sebenarnya tak guna juga kalau korang pandai melukis, tapi idea takde atau idea yang diberi tak logik! Idea tu mesti datang dengan research atau kajian terlebih dahulu sebelum nak diaplikasikan ke dalam design. Kalau idea korang hebat macam mana pun, contohnya nak buat rumah penuh dengan glass atau kaca tapi korang tak tahu macam mana nak construct atau boleh tak benda tu construct, tak guna juga kan? Sebab itulah pentingnya ada kesungguhan untuk membuat kajian sebelum design. 



Seorang pereka juga perlu belajar *meniru* sebelum mereka atau mencipta sesuatu. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya idea yang kita fikirkan itu mungkin pernah direka dan dicipta oleh orang lain sebelum kita. Tapi kita tak patut tiru bulat-bulat idea mereka sebaliknya kita perlu meniru dan menjadikan ciptaan itu lebih baik dari yang sebelumnya. That's why, design means - solving problems!


Lagi satu, macam mana nak jadi kreatif? Jawapannya sama macam di atas. Perlu ada kesungguhan dan kerajinan dalam mencari idea iaitu melalui majalah, internet dan buku-buku design yang ada kat muka bumi ni. Masa zaman aku belajar dulu, hari pertama studio, dapat je 1st project, petang tu aku dan kawan-kawan dah pergi serbu library UIA untuk pinjam buku sebelum orang lain dapat dulu. (Maafkan saya ex-studiomates!) Tapi sekarang dah kerja setiap kali sebelum mula design, aku akan ambil masa satu hingga dua jam tengok gambar-gambar kat internet sambil sketch *bodoh-bodoh* kat atas kertas sebelum aku mulakan design di 3D.


*Contoh Image Board zaman aku belajar dulu.*

Friday, August 12, 2011

Rekaan Bilik Tidur / Bedroom Design


Assalammualaikum w.b.t. Salam Jumaat semua. Hari ni kerja sebenarnya sangat banyak. Tapi sebab idea tersekat di kepala otak tak mahu keluar-keluar, maka aku mengambil masa yang singkat ni nak tulis blog. Oh, malas nak tulis panjang-panjang juga. Korang tengok sajalah gambar-gambar design aku kat bawah ni.


*Bedhead in wallpaper and PU fabric backing. Side table and bay window seating in PU Spray paint finish*


*Bedhead in veneer and PU fabric backing. Side table and bay window in PU Spray paint finish*



*Bedhead in veneer and PU fabric backing. Side table and bay window in PU Spray paint finish*

Kalau aku beritahu korang yang semua design di atas ni adalah design yang ditolak atau rejected korang percaya tak? Huhu. Semua design di atas adalah design Master Bedroom atau Bilik Tidur Utama. Design kat atas ni ialah yang ketiga ditolak oleh client. 

Mengapakah design tersebut ditolak? Jawapannya ialah kerana client mengalami masalah tidak tahu apa yang dia mahukan. Dia juga tak dapat nak buat keputusan atau cuba nak beritahu apa yang dia suka. Haha. Sehinggalah design yang terakhir yang aku baru submit minggu lepas. (Tiada di sini.) Barulah dia terima. Adoi, pening-pening...


*Wardrobe door in melamine chipboard and glass sticker. Side table, display & study table in melamine chipboard.*


*Bedhead in melamine chipboard backing. Side table and bay window in PU Spray paint finish*

Design di atas pula adalah untuk bilik ahli keluarga yang lain. Ya. Juga ditolak kerana tak cukup bajet. Hoho.

Inilah realiti kehidupan kita. Tak semua yang kita suka, orang akan suka. Tak semestinya apa yang kita buat tu betul, orang lain rasa betul. Sekian saja entri ringkas pada hari ini (Ringkas ke? Erk.) 

Selamat menunaikan ibadah puasa!

P/s: Tolonglah jangan datang komen kat blog aku kalau setakat nak *promote blog sendiri* atau *paksa orang lain follow*. Tolonglah jadi *ikhlas* dalam memberikan komen. Terima kasih. ^_^

Tuesday, July 19, 2011

KAGUM III



"KAGUM dengan *ciptaan Tuhan (manusia)*. Tapi lagi KAGUM kalau mereka *Tak ambil gambar sendiri banyak-banyak dengan gaya yang....* "

(Please stop being *Narcissism*!)

Monday, July 11, 2011

KAGUM II


"KAGUM dengan orang yang mampu menjadi PEMIMPIN.Tapi lebih KAGUM jika mereka dapat memimpin dan menjalankan tanggungjawab dengan Adil dan Amanah. (Terutama kepada KELUARGA mereka sendiri - Suruh solat,tutup aurat dan etc...)

Sunday, July 10, 2011

KAGUM I


"KAGUM dengan orang yang pandai berkata-kata. 
Tapi lagi KAGUM kalau kata-kata itu tiada unsur mencerca, menghina dan berperasangka buruk terhadap sesama manusia."

Friday, July 8, 2011

Kenapa Perlu Takut Dengan Warna *KUNING*?


KUNING merujuk kepada matahari dan musim panas. Selain itu, secara positifnya warna kuning membawa kepada kerjasama, kebahagiaan, kegembiraan, kehangatan, kesetiaan dan kebijaksanaan. Warna kuning juga merangsang aktiviti mental dan boleh menghasilkan ingatan bersama imaginasi yang logik.



Seperti yang sudah diketahui, warna KUNING adalah warna diraja dan membawa makna raja sebagai simbol kedaulatan negara (sovereign). Di dalam mitos Hindu, kuning membawa erti penguasaan intelek. 




Sebaliknya, orang Amerika menggunakan perkataan "yellow-belly" untuk membawa maksud penakut. Bagi orang Korea pula, warna KUNING boleh membawa maksud cemburu. Di akhir abad ke 19, warna kuning di Eropah memberi gambaran kurang siuman dan gila!


Negatifnya, warna KUNING memberi persepsi tekanan mental, pengkhianatan, kecemburuan, penipuan, kelemahan, penakut, aksi, idealisme, optimis, imaginasi, harapan, ketidak pastian, resah dan curiga.


Walau bagaimanapun warna KUNING juga turut merangsang aktiviti mental dan mampu menarik perhatian orang lain. Warna kuning membuatkan diri kita ceria dan ingin tersenyum. Tambahan, warna kuning adalah satu warna ceria yang memberi mesej kegembiraan dan KEAMANAN.


Setiap keburukan ada kebaikan dan begitulah sebaliknya. Jadi, kenapa kita perlu takut dengan warna KUNING


P/S: Insya-Allah akan pakai baju KUNING esok. Tak dapat join kerana kerja tapi akan mendoakan yang terbaik untuk mereka yang berusaha menuntut keadilan pada hari esok. Amin~

Saturday, June 25, 2011

Hidup Dalam Kertas!


Dalam hidup ni macam-macam perkara yang tak terjangkal dek akal boleh berlaku. Manusia kian pintar dan bertambah kreatif terutama bila menggunakan gabungan teknologi yang sangat maju. Contohnya projek yang dihasilkan oleh crudeladies.com dari Mexico. Daripada lakaran di atas kertas, akhirnya terhasillah video yang sungguh unik ini!



Projek yang diberi nama SCRIBE "Mundo de papel" atau *Dunia Kertas* dalam Bahasa Sepanyol ini dihasilkan untuk pelanggan mereka - Lemon Films. Video ini juga berkonsepkan idea iaitu bermula daripada sehelai kertas daripada sebuah buku tulis, seterusnya boleh bertukar menjadi sebuah bandar yang semuanya dibina dari kertas!



Demi menghasilkan iklan ini, hampir sebulan mereka beramai-ramai kena kurung dalam studio. Video ini juga dihasilkan menggunakan software seperti Nuke, After effects, 3Dmax dan Photoshop


Sebenarnya zaman aku belajar dulu kami juga pernah diberi tugas buat video untuk projek yang menggabungkan tiga course dalam studio kami - Industrial Design, Conservation Design dan Interior Design. Nak buat video ni bukan senang. Sebab itu demi memastikan video itu berjaya, perlu ada sebuah kumpulan yang boleh bekerja dalam sebuah pasukan dan ada ketua yang dapat memberi arahan dalam memastikan anak-anak buah buat kerja masing-masing. (Tak curi tulang!)


Ok. Tiba-tiba rindu zaman belajar pula. Selamat menjadi kreatif!



Tuesday, May 24, 2011

Kamera LEGO - Legotron, Mark I



Selepas artikel LEGO Land aku mendapat kunjungan paling ramai dalam blog ni, sekarang aku nak kongsi kegunaan blok-blok LEGO lain yang super duper smart kat dalam blog ni. Memperkenalkan, Legotron, Mark I - sebuah kamera ciptaan jurugambar bernama Cary Norton!




Kalau dah namanya *orang seni*, semua perkara seni yang dilakukan mestilah diiringi dengan daya kreativiti yang tinggi. Bermula pada Ogos 2009, beliau bercadang untuk membuat 4x5 format kamera menggunakan blok-blok LEGO. Seterusnya beliau telah bersungguh-sungguh melukis dan menyediakan spesifikasi  kamera tersebut menggunakan beberapa aplikasi LEGO dalam komputer. 




Beliau tidak mahu model tersebut hanya wujud di layar skrin komputer, sebaliknya mahu model kamera tersebut benar-benar berfungsi. Dengan menggunakan lensa 27mm, kamera tersebut akhirnya berfungsi untuk mengambil potret-potret hitam putih yang sangat klasik!



*Potret hitam putih*

Menurut Cary Norton, projek membuat Legotron, Mark I ini sudah banyak kali bertangguh dan akhirnya mengambil masa setahun lebih untuk dihasilkan.  Akibat bertangguh-tangguh juga, model kamera ini tiada ukuran yang khusus dan saiznya bergantung kepada blok-blok LEGO yang boleh memuatkan bekas filem. Beliau juga menghasilkannya secara suka-suka kerana beliau sangat suka mengambil gambar. Malah, beliau juga bukanlah true fans of LEGO. Uiks!



*Lensa & skrin paparan gambar*