Adakah anda suka membaca? Adakah anda punya beratus-ratus buah buku? Adakah anda seorang yang pembersih yang sentiasa mahu rumah anda kelihatan teratur? Jika ya, silalah pasang sebuah rak buku!
*Muka mamat hensem pura-pura baca buku*
Cet,bunyi macam promote produk pelangsingan je kan? Hoho. Aku sebagai *pereka kabinet* sangat suka kalau orang tempah pasang rak buku daripada company aku. Satu sebab orang tu semestinya cintakan ilmu. (Ye ke?) Orang tu juga mesti nak rumah dia kemas dan tak serabut. Satu lagi ialah kerana orang tu nak bagi duit kat akulah kan. Haha.
Sebenarnya memang berlambak rak buku yang korang boleh beli terus daripada kedai perabot pasang siap. Contohnya rak buku IKEA. Majoriti rumah orang KL ni mesti ada satu barang IKEA. Tapi terus-terang aku cakap, kalau kita nak rumah kita nampak *istimewa* atau lain daripada orang lain, apa kata kita tempah atau customize kita punya rekaan rak buku khas buat diri sendiri?
Kos untuk memasang rak buku sebenarnya taklah begitu mahal. Semuanya bergantung kepada saiz dan material yang kita pilih. Rak buku tersebut akan kelihatan istimewa bila kita letakkan idea kita sendiri dalam rekaannya. Lantas kita akan gembira dan puas hati bila rak buku yang kita ada tu satu-satunya ada di dalam dunia! Hebat bukan?
Di sini aku kongsi gambar-gambar rekaan rak buku yang aku *kutip* daripada internet. Setiap rak buku ada keistimewaan masing-masing. Setiap rekaannya juga punya fungsi dan cara letak buku yang berlainan daripada yang lain.
*Rak pink. Susun buku tak semestinya menegak!*
*Simple, yet stunning book storages! Semua buku boleh disusun dengan penuh gaya.*
*Guna 'tali' pun boleh?*
*Design ala-ala bacaan 'mesin hayat'*
*Main 'selit-selit' buku*
*Main 'buai-buai' buku*
*Susun buku gaya 'sempoi'*
*Rak buku bercorak 'daun'*
*Multifunctional book shelves*
*Curvy Style Book Racks*
*Rounded Style Book Racks*
*Rak ala-ala logo UIA. Haha*
Apa yang penting, pastikan material dan saiz rak buku sesuai dengan ruang dalam rumah anda. Jangan biarkan rak buku menjadi terlalu berat akibat menyumbat buku terlalu banyak! Satu lagi, tetapkan matlamat anda untuk mempunyai rak buku. Adakah rak buku itu hanya digunakan sebagai rak atau untuk meletakkan perhiasan lain?
So, amacam? Dah ada idea? Kalau dah ada idea silalah mula menempah *rak buku* anda secepat mungkin. Takut nanti buku-buku yang bersepah tu tak terkemas jadinya. Huhu. Selamat menyusun buku!
caantik-cantik raknya. tinggi betul kreativitinya...
ReplyDelete@Tuan Hamid
ReplyDeleteCantikkan?silalah tempah satu ya tuan.Kalau rajin buat sendiri.Hihi
aigoooo..camni nak tempah 1 la..buku berlambak dah kat rmh tu..dlu dla pnye angan2 nt ada rumah nak buat mini library..sbb buku asek bertambah jer..
ReplyDelete@d_La
ReplyDeleteHoho.Boleh je tempah.harga tak mahal sgt kalau guna material-melamine board.per fottrun dalam rm60-100. Tapi tak dapat shpe curvy2la..cuba tny carpenter ttg melamine board.mesti diorang tau
salam..
ReplyDeletekreatifnya.. unik! tp mcm pening pun ada...huhu
@Brilliant Marjan
ReplyDeletePening knp pulak?huhu
i loike yg 'Multifunctional book shelves' tu...lgpn buku kat umah ni takdela byk sgt *nampak sgt tak suke membaca :p*.old newspaper byk la..haha!
ReplyDeletetp msti mahal kn nk mengcustomize rak2 buku ni?hmm...
@Intan Junsu
ReplyDeleteSurat khabar ada banyak,g jualla.dapat duit.hihi.
Actually customizing bookshelf is not so expensive if you use cheap material. Boleh dapat dalam rm200 ke bawah.try la tanya orang yang buat cabinet.tunjuk gmbr,suruh dia quotes..huhu
saye suke rak itu!!!!!!!!!heee
ReplyDeleteprice die cmne
ReplyDelete@anon
ReplyDeletePrice depends on material.kn tny carpenter.tp slalu bila *loose furniture* cost dia mhl skit
cik airaniez wirdani boleh bg contact company u x? nak tempah rak buku utk library sekolah ni & agak urgent. :)
ReplyDeleteMaaf. Saya tak buat rak buku.saya design 1 rumah. Tak buat rak kecil2 ni. Boleh tanya kedai yang buat kabinet pasang siap.
Delete