Saturday, January 29, 2011

Korban Bahagia


"KEBAHAGIAAN sebenar dalam perhubungan ialah bila salah seorang sanggup BERKORBAN demi kebahagiaan seorang lagi."

(AMARAN: Jangan baca entri ini jika anda tak tahan jiwang orang lain!)


Baru-baru ni, aku minta 3 perkara berbeza daripada dia. Pertama, tolong bagi aku datang Melaka. Aku nak tengok Showhouse company dia bina. Ada lapan banglo dalam design berbeza. Teruja aku nak tengok. Tapi dia tak benarkan aku pergi. Katanya risau aku naik bas express. Dia lagi rela dan mahu aku selamat kat KL ni. =(


Permintaan kedua ni memang *mengada-ngada*. Aku minta dia delete someone yang aku tak suka kat Facebook dia. Dia tak nak. Dia kata, orang tu tak kacau kami pun. Tapi aku memang tak suka tengok muka orang tu. Mana taknya, setiap kali buka Facebook dia, nampak muka orang tu kat Friendlist dia. Facebook ni tak reti alihkan muka orang tu ke? Aku hampir nak tolong delete. Dia tak bagi. =(

Ketiga, permintaan yang hampir sama macam tahun lepas. Aku minta dia pergi beli baju warna purple dan pakai masa birthday aku. ^_^. Itupun dia tak mahu. Aku siap offer nak bagi duit pergi beli sendiri. Dia tetap tak nak dan kata tak mahu guna duit aku. Ni pun birthday aku, tak tahulah dia dapat datang KL atau tak, sambut dengan aku. =(

Jadi 3 permintaan berturut-turut dia tak mampu nak tunaikan. Sedihkan? Perempuan ni memang. Emosi akan berlebihan bila apa yang nak tu tak dapat, terutama daripada orang tersayang. Beberapa hari lepas aku suruh dia balik awal kerja pada waktu malam. Dia balik lambat gak. Sudahnya aku dengan suara yang mengantuk jawab telefon pukul 1 pagi! Ish ish...




Malam tadi marah aku dah sampai tahap menara KLCC. Aku rasa dia jarang nak berkorban dan tunaikan permintaan aku. Pastu mulalah ayat-ayat emosi bergema. Aku suruh dia beritahu apa pengorbanan dia buat kat aku sepanjang 3 tahun ni. Dia kata, dia selalu datang KL jumpa aku. Then aku ungkit balik. Aku pun dulu selalu turun Melaka jumpa dia. Dia kata pulak dia tolong aku buat kerja aku dulu. Then aku pun ungkit balik, aku pun tolong dia time study dulu.

Tiba-tiba dia cakap,

"Saya pernah betulkan kasut awak yang terputus dulu."

Aku terus terdiam. Senyap. Mulut takleh nak balas apa-apa. Aku pernah ke jahitkan baju dia yang terkoyak? Aku pernah ke betulkan barang-barang dia? Takde.

Memori kasut putus ni terjadi masa awal-awal kami bersama. Masa tu nak naik komuter kat stesen KL Sentral. Orang ramai berhimpit-himpit nak masuk tren sampai kami terlepas tren yang pertama. Sedar-sedar ada orang pijak sandle aku sampai terputus! Pastu aku terpaksa jalan menyeret kasut dari dalam komuter sampailah ke Mid Valley. Kat jejantas Mid Valley, aku dah letih. Aku cakap kat dia, pergilah masuk kat dalam dan cari kedai beli sellotape.

Dia lari laju masuk dalam Mid Valley. Tak sampai lima minit dia datang balik kat aku. Bawa sellotape dan tampalkan sandle aku. Dia siap guna lighter dia alter sellotape tu supaya cair dan pegang kuat tali depan sandle tu. Aku tengok je. (Dalam hati ada rasa terharu.)

Masuk Mid Valley aku terus beli kasut. Dah beli kasut, duit makan pula dah tak cukup. Cukup-cukup untuk tambang jela. Dahla masa tu dua-dua student. Maka dialah yang belanja hari tu. Ok. Ingat balik semua memori ni tiba-tiba. Padahal dulu aku pernah tulis pasal benda ni kat blog aku di Friendster. Dang! Zaman bila tu?


Lepas ingat balik semua ni. Aku mula flashback balik banyak benda. Apa *pengorbanan* yang dia dah buat untuk aku. Dia pernah teman aku pergi site, pergi buat research kat hotel kat Melaka. Dia layan aku message dan call hari-hari. Pastu terpaksa dengar aku gosip hal-hal dunia hari-hari. Paling kesian, dia dengar aku menangis hampir setiap bulan, walau pun aku tahu lelaki paling tak suka dengar perempuan menangis.

Saat itu aku sedar sesuatu. Semua pengorbanan atau perbuatan yang dia lakukan untuk aku semuanya adalah perkara-perkara kecil yang aku selalu lupa, tapi sebenarnya itulah yang paling bermakna. Aku belikan dia hadiah wallet dua tahun lepas, sekarang dah takleh guna. Belikan beg, pun dah tak berapa elok. Dia belikan aku novel hadiah birthday tahun lepas, aku pun dah lupa mana novel tu pergi. Aku minta dia belikan gelang mutiara masa balik Sabah, sekarang pun aku takleh pakai sebab gelang tu terlalu besar.

Sekarang nampak tak? Benda-benda yang kita bagi, tak semestinya bernilai dari segi sebab pemberian itu diberi. Tapi kenangan atau memori di sebalik pemberian itu. Contohnya dia pernah bagi aku sweater dia. Sebab aku demam masa tu. Sampai sekarang sweater tu aku bawa tidur. (Hihi. Gile gedik!) Aku pernah tulis surat dekat 11 muka surat depan belakang kat dia. Aku pun tak ingat aku bebel apa dalam surat tu. Dulu dia kata, kalau dia tak faham aku, dia akan baca surat-surat tu balik. 

*Kad Birthday buatan sendiri yang bila dicantum jadi bentuk jadi rumah. ^_^*
*Cincin sempena 1 tahun kami bersama yang dia beli pakai gaji duit praktikal. *wink*

Aku rasa dalam tempoh 3 tahun perhubungan aku dengan dia, KENANGAN adalah aset terbaik kami. Kenangan yang melibatkan pengorbanan, membuatkan perkara itu diingati sampai bila-bila. Jangan ingat, benda atau hadiah yang berharga ribuan ringgit itu cukup bernilai andai tiada kesungguhan atau keikhlasan yang terbit bersama pemberian tersebut.

Buat Hafiz,

Terima kasih sebab awak selalu sedarkan saya tentang hal ni. Saya selalu emosi. Saya selalu lupa dan asyik kata awak pentingkan diri sendiri. Hakikatnya saya pun sama. Saya harapkan macam-macam daripada awak, minta benda-benda merapek. Walaupun awak jarang dapat tunaikan, tapi awak masih cuba bagi saya kebahagiaan yang orang lain tak boleh bagi. Terima kasih.

Pesanan ringkas dia malam tadi.

"Kasut awak tu, bukti saya sayang sangat kat awak."



♥ ^_^ ♥

3 comments:

  1. wahhhh..so sweet..perempuan mmg cpt emo..hehe..org lelaki ni mmg cool kan..

    ReplyDelete
  2. @papabear
    romantik utk orang yg mengalaminya..haha

    @d_La
    lelaki cool kalau ada perempuan buat dia *cool*..hihi

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!