Showing posts with label Kabinet Dapur. Show all posts
Showing posts with label Kabinet Dapur. Show all posts

Tuesday, May 16, 2023

Rekaan Dalaman Ruang Dapur di Rumah Selangorku.

Alhamdulillah siap juga dapur rumah sahabat baik UIA di Residensi Idaman Selangorku di Cyber Valley, Cyberjaya.



Inilah dapur pertama kami buat untuk kediaman jenis Rumah Selangorku. Selalunya kami tak ambil projek Interior Design kos di bawah 30K. Tapi sebab kawan baik kami buat juga demi memastikan ada orang monitor site & progress projek berjalan lancar.

1. Contractor - Plaster ceiling & plumbing works.
2. Electrician - New plug points & lighting.
3. Carpenter - Kitchen Cabinet
4. Quartz stone supplier & installer.

The kitchen design looks simple but it's actually involved 4 different sub-cons.


*Dapur kecil pun kena buat 3D Visual supaya client dapat visualize 'rupa' dapur*

*Detail drawings untuk rujukan sub-contractors*

*Hasil 75% sama macam 3D*

Bila melibatkan ramai kontraktor, kos buat dapur ni mestilah lebih daripada 15K. Dapur kami design tak full height (8 kaki), jadi kami tutup bahagian atas dengan plaster ceiling.

Kami juga perlu tarik point lampu baru dari DB Box & tambah plug point yang asalnya 2 jadi 7 points. Satu lagi disebabkan dapur hanya ada satu lampu, kami tambah T5 lightings di atas ceiling supaya dapur lebih terang & lebih berseri. Gitu.



Kami faham kebanyakan orang tak mampu nak buat dapur dengan kos yang tinggi, tapi sekurang-kurangnya ada kualiti & kemas. Tambahan, banyak kilang kabinet yang menawarkan harga murah tapi selalunya harga hanya melibatkan kos KABINET. BUKAN KESELURUHAN RUANG DAPUR.




Jadi Insya-Allah lepas ni kami bercadang untuk tawarkan servis buat dapur dengan design basic & harga yang mampu milik. Syaratnya, client kena follow design yang kami bagi supaya fit with their budget.



Sekali lagi, terima kasih kepada sahabat baik saya yang percayakan kami untuk buat dapur rumah beliau ni. Diharap beliau berpuas hati dengan hasil kerja kami & boleh tolong bagi Google review yang best di profile Ilusi HafiEzd Design. 


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Reka Bentuk Hiasan dalaman:
ilusihafiezd@gmail.com

Whatsapp:

wa.me/60122496649

Follow INSTAGRAM kami:
www.instagram.com/ilusihafiezd
LIKES 
Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!



Friday, July 8, 2022

Projek Reka Bentuk Hiasan Dalaman Rumah - Aman Putri, Sungai Buloh

Assalamualaikum.

Minta maaf baru berkesempatan untuk update blog. Hidup sangat sibuk sejak Malaysia dah takde PKP. Alhamdulillah masih ada projek Reka Bentuk Hiasan Dalaman atau Interior Design yang company kami dapat.

Kali ni nak kongsikan projek ID di Aman Putri, Sungai Buloh. So far ini projek ID paling jauh kami pernah buat. Kebetulan client ni ialah junior saya di UIA. Jadi disebabkan hubungan baik kami sebagai junior & senior, saya usaha sehabis baik siapkan projek ni hingga selesai.

Rekaan dalaman rumah ni sangat unik sebab ada banyak 'features' atau elemen menarik di ruang yang berbeza. Disebabkan client kami ni memang belajar Interior Design sama macam saya, jadi beliau sukakan sesuatu yang lain daripada lain supaya 'fit' with her designer's taste.

Ruang balkoni dipasang dengan ventilation block & batu bata merah sebelum dicat putih

Client sukakan stail industrial & rustic, jadi beliau mahu gunakan ventilation block di kawasan balkoni & ruang penghadang mesin basuh atau laundry area. Raw element  daripada stail tersebut juga ditambah di bahagian batu-bata yang tidak perlu plaster, cuma dicat dengan warna putih supaya tekstur bata kelihatan jelas dari luar.

Laundry Area dipasang dengan ventilation block & batu bata merah sebelum dicat putih

Pemandangan dari luar ruang balkoni dipasang dengan ventilation block & batu bata merah selepas dicat putih

Pemandangan dari belakang laundry area dipasang dengan ventilation block & batu bata merah selepas dicat putih

Laundry Area / Ruang Dobi

Satu lagi elemen atau karektor unik dalam rumah ini ialah tingkap ram atau folding louvers yang kami pasang di bahagian depan tingkat bawah. Louvers windows ini kami gabungkan dengan grille dengan rekaan floral yang client pilih coraknya sendiri. Hasilnya memang menarik kerana louvers yang nampak seperti kayu sebenarnya diperbuat daripada besi.


Window Louvers digabungkan dengan grille bercorak florak dari pandangan luar

Window Louvers dibuka & dilipat separuh dari pandangan dalam ruang tamu

Window Louvers ditutup penuh dari pandangan dalam ruang tamu

Sebenarnya sebelum menghasilkan semua rekaan ini, kami telah menyediakan 3D Visual untuk beberapa ruang di dalam rumah seperti Ruang Tamu, Ruang Makan, Dapur & Bilik Tidur Utama. Jadi daripada 3D Visual tersebut client dapat visualize design rumah terlebih dahulu & kami juga sertakan Interior Design Drawings sebagai rujukan kontraktor & carpenters sebelum memulakan renovasi rumah.


3D Visual Living Area/ Ruang Tamu


3D Visual Kitchen Area/ Ruang Dapur


Hasil rekaan Ruang Dapur yang hampir sama dengan 3D Visual

Design yang paling mencabar untuk rumah ini semestinya ialah Ruang Dapur kerana ruangnya yang tidak begitu luas & hanya muat untuk dapur kering atau Dry Kitchen. Namun mujurlah client gemar memasak menggunakan Thermomix, maka client tidak memerlukan dapur yang terlalu besar untuk memasak.


Jubin bercorak di Ruang Dapur

Rekaan dapur juga sangat menarik disebabkan corak jubin yang dipilih oleh client. Jubin dengan corak ini diaplikasikan di ruang lantai dan sedikit di bahagian backsplash dapur. Kabinet dapur pula menggunakan material pintu melamine yang digabungkan dengan quartz kitchen top berwarna putih. Hasilnya memang mengagumkan kerana corak jubin digabungkan dengan tona warna kabinet dapur yang cerah nampak ringkas & kemas.






Aksesori Corner Revolving Saucer

Bilik Tidur Utama juga direka dengan almari baju & meja solek. Nak bagi lebih berseri, kami turut menambah wallpaper atau kertas dinding di bilik tidur utama & bilik anak perempuan.





Kami nak ucapkan terima kasih kepada client kami Ku Shazwani yang sangat baik & mudah untuk berkomunikasi sepanjang proses menyiapkan ID rumah beliau. Tambahan projek ini mengambil tempoh yang terlalu lama disebabkan kilang carpenter kami terlalu sibuk menyiapkan tempahan yang tertangguh disebabkan PKP.


Kami sentiasa berdoa untuk dapat client yang baik hati & mempunyai kewangan yang kukuh untuk buat Interior Design di rumah mereka. Kami memang terpaksa memilih client yang betul-betul mampu buat ID supaya dapat membayar pekerja-pekerja dan suppliers yang terlibat dalam setiap projek ID syarikat kami.

Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Reka Bentuk Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!


























Saturday, April 18, 2020

Reka Bentuk Dapur Berwarna oleh Ilusi Hafiezd Design


Selama lebih 10 tahun Ilusi Hafiezd Design berkecimpung dalam bidang Reka Bentuk Dalaman, kami sudah arif dalam membuat rekaan dapur yang menarik dengan warna yang unik. Setiap rekaan dapur direka khas mengikut konsep dan permintaan pelanggan kami. Sebab itu, tiada rekaan yang mempunyai design yang sama antara rumah pelanggan-pelanggan kami.

Kami mengambil berat permintaan pelanggan kami daripada segi keperluan mereka dalam merekabentuk ruang dalaman rumah mereka. Dapur terutamanya, adalah ruang yang sangat penting dan perlu diubahsuai mengikut kondisi ruang, konsep, material, bajet dan paling penting warna tema yang menjadi idaman pelanggan kami.

Di sini kami akan kongsikan beberapa reka bentuk dapur berwarna yang kami sudah siapkan untuk pelanggan-pelanggan kami.

1. Reka bentuk Dapur Di Serene Heights, Bangi (Acacia)


Reka bentuk dapur di Serene Heights ini kami baru siapkan pada Mac 2020. Ruang dapur kering dan basah dipisahkan oleh penghadang kaca atau glass divider. Ruang dapur kering mempunyai dapur pulau atau island yang digabungkan terus dengan meja makan. Warna pintu di dapur kering ialah dark turquoise dan materialnya ialah Melamine Panel.





Ruang dapur basah atau wet kitchen ini direka bentuk dengan menggunakan material melamine juga tapi pintunya berwarna biru cerah. Kabinet dapur nampak elegan bila ditambahkan glass backing, permukaan quartz stone kelabu dan lampu halogen di dalam kabinet. Kos kedua-dua dapur ialah lebih kurang 25 Ribu.

2. Reka bentuk Dapur Di Bandar Seri Putra, Bangi.


Dapur untuk banglo di Bandar Seri Putra, Bangi ini adalah antara dapur paling mewah yang kami pernah buat. Material pintu Shaker berwarna coklat ini diperbuat daripada MDF dengan kemasan spray paint.


Permukaan dapur pula menggunakan batu quarza dengan efek marmar atau marble effects quartz stone. Kemasan belakang dinding dapur atau kitchen back splash ialah jubin dengan corak marmar yang hampir sama dengan permukaan atas kabinet. Kos dapur kabinet dapur (tidak termasuk alatan elektrik) adalah lebih 80 Ribu.

3. Reka bentuk Dapur Di Taman Seri Mas, Cheras


Dapur berwarna turquoise green ini juga diperbuat daripada material MDF Spray Paint with black glass. Permukaan atas breakfast table dapur diperbuat daripada white quartz stone. 


Walaupun ruang dapur kering ini nampak kecil tapi dapur ini tetap mempunyai ruang penstoran yang banyak. Di sebalik pintu kaca hitam, ada lampu halogen yang menerangi bahagian dalam kabinet.Kos keseluruhan dapur adalah lebih kurang 18 Ribu.

4. Reka bentuk Dapur Di Sfera Residency, Puchong.


Warna dapur di kondominium ini adalah antara warna unik yang dipilih oleh pelanggan kami. Warna kuning yang minimal digabungkan dengan warna kelabu di pintu dapur diperbuat daripada material melamine.


Ruang dapur yang sempit telah kami ubahsuai menjadi lebih luas apabila menambah kabinet tinggi dan kabinet pulau berhampiran pintu masuk. Kabinet pulau itu sebenarnya adalah gabungan rak kasut dan kabinet penyimpanan dari arah yang bertentangan. Kos keseluruhan dapur adalah lebih kurang 15 Ribu.

5. Reka bentuk Dapur Di Southville City, Bangi.


Rekaan dapur di unit kondominium ini menggabungkan pintu material melamine berwarna biru gelap dan pintu acrylic glass berwarna putih. Besi di rak kami warnakan dengan warna emas manakala permukaan atas kabinet dapur diperbuat daripada marble effects solid surface.


Dapur ini turut dilengkapi dengan aksesori kabinet di bahagian laci. Disebabkan itu, kos keseluruhan dapur adalah lebih kurang 18 Ribu.

6. Reka bentuk Dapur Di Serene Heights, Bangi (Begonia)


Projek rumah ini adalah rumah pertama yang kami berjaya buat Interior Design renovation di kawasan petempatan Serene Heights. Dapur ini direka dengan material pintu berwarna cerah, permukaan quartz tone dengan efek marble bersama tile dengan corak yang hampir sama.


Atas permintaan client, kami telah tambahkan feature wall dengan material veneer brick di dinding dapur. Dapur juga mempunyai glass sliding door di pintu masuk ruang dapur supaya menghalang bau ke ruang lain.

7. Reka bentuk Dapur Di Showroom Ilusi Hafiezd Design, Semenyih


Dapur ini baru 80% siap kerana belum diletakkan kitchen top and kitchen backsplash. Kami telah design unit dapur ini dengan gabungan material 5G glass hitam dan putih bersama pink melamine.


Nantikan reka bentuk dapur ini siap sepenuhnya bila Showroom kami dibuka secara rasmi kelak. Insya-Allah. Disebabkan musim PKP atau virus Covid-19 yang tersebar sekarang, renovasi galeri reka bentuk dalaman ini terpaksa dberhentikan buat sementara waktu. 

Setiap reka bentuk dapur berwarna yang kami hasilkan perlu ada design dan drawings terlebih dahulu. Sebab itu, kami sebagai Interior Designer ada mengenakan charge design fee & consultation untuk pelanggan kami. Hanya pelanggan yang sanggup membayar harga design fee dan mempunyai bajet yang cukup dapat kami bantu untuk menghasilkan dapur yang cantik dan menarik sebegini. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat Reka Bentuk Dalaman atau Interior Design consultation dengan kami bolehlah hubungi kami melalui email ilusihafiezd@gmail.com

Boleh follow Facebook & Instagram Ilusi Hafiezd Design untuk melihat progres dan hasil kerja reka bentuk dalaman kami. Terima kasih.

#IlusiHafiezdDesign
#PerekaDalaman
#InteriorDesigner
#KabinetDapur
#DapurBerwarna
#DapurCantik
#RekabentukDapur
#KitchenDesign