Showing posts with label warna tema hijau. Show all posts
Showing posts with label warna tema hijau. Show all posts

Monday, March 20, 2023

Rekaan Dalaman Warna Hijau/ Green Colour Interior


Warna hijau adalah antara warna kegemaran client Ilusi HafiEzd Design.

Ada yang guna warna hijau sebagai warna kabinet dapur, warna cat bilik & ada juga yang apply as feature walls.

Kabinet dapur dengan warna emerald green untuk client di Hulu Langat.

Warna cat bilik anak dengan warna apple green

Feature wall di ruang makan dengan warna olive green

Apa yang menarik tentang warna hijau ialah kerana tona warnanya ada banyak jenis. Some of the green tones:
- Mint, emerald, sage, teal, olive, pastel, lime, leaf, apple, kiwi, pine, asparagus, celery, etc.

Warna hijau ni consider warna yang 'selamat' diaplikasikan di mana-mana ruang sebab warnanya ada elemen semulajadi yang buat 'sejuk mata memandang'. Gitu.




Daripada segi terapi warna, warna hijau membantu memberi ketenangan & rasa relaks bila berada dalam ruang dengan tema warna tersebut. Jadi kalau nak design klinik atau therapy centres boleh try guna warna hijau ya.

Walau bagaimanapun, nak terapkan warna hijau dalam setiap ruang juga perlu hati-hati. Antara tips nak guna warna hijau dalam ruang:


1. Siling / ceiling
Warna hijau bila digunakan ke atas siling buat ruang nampak 'selamat'. Tapi kalau guna warna yang terlalu terang atau gelap mungkin boleh menyakitkan mata bila dipandang terlalu lama.


2. Dinding
Hijau lembut atau cerah buatkan ruang nampak tenang & sejuk namun bila diaplikasikan terlalu banyak & terlalu gelap juga membuatkan ruang jadi sempit & tak berapa menyenangkan mata. So, please be careful with green walls ok.


3. Lantai
Warna hijau pastel atau lembut berikan suasana yang tenang ke dalam ruang. Tapi warna hijau gelap tidak berapa sesuai diaplikasikan ke atas lantai sebab buat ruang nampak serabut dan tak selesa.

Kesimpulannya pilihlah tona warna hijau yang sesuai untuk ruang dalaman anda. Seeloknya sebelum gabung dengan warna lain, semak dulu 'colour wheel', check sama ada warna yang nak digabungkan tu berada di baris yang sama atau tak dengan warna hijau yang dipilih.

Kalau tak reti juga kenalah hire Ilusi HafiEzd Design as your Interior designer.

Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Reka Bentuk Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

wa.me/60122496649
(Puan Ezdiani)


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!