Thursday, December 23, 2010

Beza Orang Kaya & Orang Kurang Berkemampuan

Entry hari ni tak nak panjang-panjang. Cukuplah aku nak beritahu. Aku baru balik site di *Sunway South Quay*. Rumahnya besar-besar. AV Room  dia je saiz bilik aku kat UIA yang boleh muat 4 orang. Huhu.

Rumah yang ada swimming pool, lift (takleh blah part ni) dan 5 bilik tidur tu memang sangat cantik. Penat aku *measure* site tu satu hari ni. Belum kira ambil gambar satu rumah lagi. (Tengok gambar lain klik sini.)



Apa yang aku tak faham, walaupun rumah ni dah *besar tahap gaban lawan satria baja hitam*, tuan rumah ni masih nak *extend* atau tambah beberapa bahagian rumah. Hello, rumah ni dah harga 9 juta ok. Banyaknya duit dia! (Mungkin Allah murahkan rezeki dia. Maafkan aku kalau ada nada *dengki* di sini. Huhu).

Namun, sekembalinya aku ke ofis. Officemate aku, Shu Ni kata tadi ada client yang tinggal di apartment depan ofis ni datang. Dia nak buat kitchen. Bila diberitahu harga dapur dia RM2 ribu lebih, terus dia tekan-tekan kalkulator. Kira bajet. Mungkin.

Jadi nampak tak apa bezanya dua orang ni? Kalau nampak alhamdulillah. Tak nampak, sila nilai sendiri.

P/S: Kenyataan yang aku nak beritahu, ada sesetengah orang kaya sangat susah nak keluar duit bila sampai masa untuk minta payment. Tapi orang yang serba kekurangan, akan datang bayar secara ansuran semata-mata nak ada sebuah dapur di rumah. Jadi, mana lebih bagus?




3 comments:

  1. chnatek sgt rumah tue, tapi bak kata awk pown, nilai sendiri perbezaan dorang and i see it :)

    ReplyDelete
  2. @Fasha
    Memang cantik rumahnya.Tuan rumah dia pun Melayu yang kaya.Kebaikan dia,dia ajak mak dia tinggal sekali kat rumah tu dan mahu tempat solat yang besar. Cuma *perbezaan* tu masih nampak kalau awak faham.Huhu

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!