Friday, December 10, 2010

Apabila CINTA ini hendak kuberi...


Apabila CINTA ini hendak kuberi... 
Kepada seorang lelaki bergelar SUAMI...

1. Punya Pengalaman AGAMA Yang Kuat
Ukuranku, dia menjaga solat fardhunya, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan. Aku utamakan pemuda yang kuat pengalaman agamanya demi sunnah Rasulullah s.a.w. kerana Baginda menerima pinangan Saidina Ali, seorang pemuda yang paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami Fatimah Az-Zahrah.


2. Akhlaknya AKHLAK Terbaik
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. rasa hormatnya kepada orang tua ketara. Dia suka menolong orang, pemurah, jujur, ramah mesra dan penyayang.


3. Tegas Mempertahankan MARUAHNYA
Akan kuukur apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai lelaki impianku. Kuharap dia tidak sekali-kali singgah di tempat yang haram untuk dijejak. Malah dia juga tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan air muka dirinya dan keluarganya.

4. AMANAH Orangnya
Akan aku selidiki dia, apakah dia pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya?

5. Dia Bukan Seorang Yang BOROS
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dan bijaksana. Nikmat yang ada seperti kereta, makanan dan wang boleh dikongsi sama dengan orang yang berhak.
6. Tidak Menyelingas Matanya
Lelakiku mestilah seorang yang tidak liar matanya. Akan aku perhatikan apakah matanya kerap menyelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan sebagai calon suamiku.

7. Terbatas Pergaulannya
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia berkuasa melakukan begitu. 


8. Siapakah RAKAN Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulannya adalah orang yang sama berperwatakan sepertinya. aku berharap dia juga tidak mudah terpengaruh dengan sikap buruk orang-orang yang berada di sekelilingnya.

9. BERTANGGUNGJAWAB Orangnya
Rasa tanggungjawabnya dapat kuukur kepada sejauh manakah dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah, dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab untuk kujadikan mahkota hidupku.

10. TENANG wajahnya
Apakah yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar di air muka. Maka, akan kuperhatikan apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dai seorang yang kelam-kabut, dia bukanlah calon suami yang kucari-cari.

"Berbahagialah diriku kiranya sudah diintai calon SUAMI yang demikian sifatnya. Berbahagialah aku kalau sudahpun memperolehinya, semoga berbahagia di dunia dan di akhirat. Amin~"


8 comments:

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!