Thursday, December 2, 2010

Bahasa Jiwa Bangsa


AMARAN: Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin berat untuk anda baca kerana menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya (Mungkin). Harap Maklum.

Sejak akhir-akhir ini, kita sering melihat Bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Kebangsaan kita dicemari dengan cara ejaan yang agak sukar untuk difahami maksudnya. Tatkala negara berada dalam era globalisasi dan kian pesat membangun, Bahasa Melayu seringkali dianaktirikan, terutama dalam hal-hal melibatkan badan korporat (Surat Rasmi, Temuduga, dan lain-lain) dimana Bahasa Inggeris lebih banyak digunakan secara rasmi. Akibatnya, perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu kini menjadi kucar-kacir kerana kebiasaan kita mencampur adukkan kedua-dua bahasa ini. 

Oleh yang demikian, dalam tulisan saya pada kali ini, saya ingin menegur beberapa cara penggunaan atau ejaan beberapa perkataan yang tidak sesuai digunakan dalam perbualan terutama dalam bentuk teks yang ditulis sama ada dalam *pesanan ringkas* di telefon atau di Internet.

Perkataan: Dia
Contoh ejaan: Die

Teguran: Apabila menaip perkataan *dia* menjadi *die*, cara sebutan mungkin akan ada persamaan bila diucap daripada mulut. Masalahnya jika maksud perkataan *die* disalah erti dan dibaca dalam maksud *Bahasa Inggeris* maka perkataan tersebut bertukar makna menjadi *mati*. Jadi, bukankah tidak bagus apabila kita kerap menulis *die* apabila merujuk kepada seseorang? Semestinya kita perlu tahu bahawa setiap butir perkataan yang kita sebut itu bila diulang berkali-kali akhirnya akan menjadi *doa*. Adakah kita mahu doa kita dimakbulkan bila kita selalu menyebut *die* atau *mati*?

Cadangan: Jika mahu perkataan itu diringkaskan, apa kata tukarkan perkataan *dia* kepada *ia*. Maknanya masih sama dan hurufnya lebih kurang satu sahaja.



Perkataan: Sahaja/ Saja
Contoh ejaan: Jew

Teguran: Apa yang saya lihat, kebanyakan anak-anak muda kini suka menukarkan ejaan sesuatu perkataan itu dengan menambah konsonan *w* dan *r* dengan niat menjadikan perkataan yang dieja menjadi *unik*. (Contoh: Aper, yer, kew, dan lain-lain.) Hakikatnya, tanpa mereka sedari mereka sebenarnya menyusahkan diri sendiri untuk mengeja setelah menambah huruf yang tidak patut kepada perkataan tersebut. 

Berkaitan dengan perkataan *sahaja atau saja* yang telah disingkatkan menjadi *jew*, pada pendapat saya, perkataan *jew* lebih rapat dengan perkataan dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud *Yahudi*! Jika anda ialah seorang Muslim, cuba elakkan menyebut perkataan Yahudi berkali-kali kerana mereka adalah kaum yang dilaknat oleh Allah s.w.t. Wallahualam.

Cadangan: Rasanya singkatan saja atau *je* lebih mudah difahami jika ingin meringkaskan perkataan tersebut.

Perkataan: Kau orang.
Contoh Ejaan: Korunk

Teguran: Perkataan *kau orang* mungkin terlalu panjang maka ramai meringkaskannya menjadi *korang*, *korg* atau banyak lagi. Tapi pada pendapat saya, ejaan *korunk* adalah ejaan yang paling tidak patut digunakan untuk menggantikan perkataan asal. Cuba cari maksud perkataan *runk* dalam Bahasa Inggeris. (Klik di sini) Bukankah maksudnya lebih banyak terarah kepada maksud *negatif* berbanding *positif*?

Cadangan: Ringkasan yang lebih mudah bagi saya tetap *korg* tetapi jika ada cadangan lain, sila kemukakan. Terima kasih. ^_^




Nota kaki: Sudah lama tidak mengarang dalam Bahasa Melayu Baku dan mengarang rangkap pantun. ^_^

3 comments:

  1. hehe. betul2. berbangga dengan bahasa kebangsaan kita macam korea dan jepun.

    baca ini > http://hana-ahmad.blogspot.com/2010/04/jangan-mengaku-melayu-kalau-tak-tahu.html

    aku pun ada tls pasal benda ni dulu. :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Hana. Tulisan yang bagus.^_^

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!