Friday, December 10, 2010

Long-Last-Childhood-Friendship


Macam kelakar, bila mengingatkan zaman kanak-kanak yang banyak main-main, banyak gaduh-gaduh, (sekarang pun ada sikit. Hihi) banyak berangan, banyak ketawa, banyak menangis dan banyak buat hal. Macam kelakar juga, ada perkara yang kita nak ingat pasal zaman kita kanak-kanak dan ada yang kita tak nak ingat langsung, sebab perkara-perkara tu agak memalukan. Hihi.

Terus-terang, tanpa berlindung dan bersembunyi, aku paling mengelak kalau ada *jiran-jiran* aku tahu aku punya Facebook. Haha. (Ini sedikit *poyo* namo eh.) Sebabnya, masa kecik aku banyak nangis, selalu kena buli, hitam, pendek dan banyak lagi. Kalau jiran-jiran aku tau Facebook aku ni, habislah, diorang cerita kat mak ayah diorang, "Anak *cikgu* tu, (sebab mak saya ialah cikgu berpuluh-puluh tahun, semua orang panggil gelaran tu) sekarang dah kerja.... Tinggal... Boyfriend... Amboi mak ai, gosip pasal akulah pulak kang! Tu yang aku malas tu. Huhu.

Tiba-tiba *Cik Faradilla Elinda Ghazali*  (saja highlight guna *pink*, sebab dia suka pink. Hihi) ni terjumpalah pulak Facebook aku. Dia add dan aku approved tanpa berfikir panjang. Sebab? Dia memang kawan rapat aku masa aku kecil, banyak share rahsia *bas sekolah* dengan aku dan masih ingat hal-hal zaman kanak-kanak (yang memalukan tu, mungkin?) yang kami pernah lalui bersama. ^_^



Aku rasa, masa yang aku paling rapat dengan dia, ialah masa aku Darjah 6, dia Tingkatan 1 sebab masa tu dia baru pindah sekolah sebelah sekolah aku. Lalu kami naik bas sekolah yang sama. Dia masih baru, jadi aku yang *gedik* naik sekolah bas petang (padahal sekolah pagi) sebab aku pergi Kelas Tambahan Darjah 6, selalu tolong *cop* kan dia tempat duduk dalam bas. Heh.

Masa tu ada gaklah kami *gaduh-gaduh* manja, tapi tak lama. Benda paling aku ingat ialah dia semangat bagi aku *kaset Elite*, alah, kumpulan Elite yang ala-ala Spice Girls tu. Haha. Zaman dulu nak layan lagu kena ada kaset, bukan macam sekarang, download je lagu daripada website. (Heh. Kantoi aku suka download lagu.) Tapi Fara memang baiklah, walaupun dia lahir lain tahun daripada aku, dia layan aku macam biasa je. Takde dia suruh aku panggil dia *kakak* pulak. Haha.

Jadi bila jumpa dia baru-baru ni, memang agak *teruja* gakla. Sebab kami dah berpisah lebih 10 tahun sebab aku *dicampak* ke sekolah asrama kat Negeri Sembilan, balik rumah pun sebulan sekali. Memang susah nak jumpa dia. Sampai family dia pindah rumah ke Semenyih pun, aku baru tahu.

Selama ni apa yang aku pegang dalam hidup, kalau kau niat Lillahitaa'la dalam persahabatan, kau mesti akan jumpa balik *sahabat* yang terpisah lama itu. Aku mengaku, aku ramai kawan. Walau kawan-kawan tu dah lama aku tak jumpa, tapi aku berusaha juga cari kawan aku tu supaya aku tahu dia masih hidup dan apa khabar dia sekarang.

Tapi dalam hal aku dan Fara, dia yang jumpa aku dulu. Sungguh terharu ok. Sebab aku sendiri tak sangka, dia masih ingat aku. Siap ajak nak jumpa lagi tu. Memang *sweet* sangatlah. Sebab dia naik gak *Vivah* aku yang sedikit hodoh tak berbasuh tu, belanja aku makan (mahal tu) dan teman aku shopping barang sikit. Hihi. 

Berapa tahun tak jumpa, dia dah jadi *wanita* yang matang. (Aku dah dikira wanita gak ke? Uish.) Dia sangat positif, sempoi dan berdikari. Eh, aku puji lebih-lebih ni nak promote dia ke apa? Haha. Tapi kalau ada yang berkenan pun apa salahnya. Dia pun masih *single* dan bekerjaya. Ewah. Kalau jumpa laki hensem, jangan lupa kenalkan kat aku Fara. *Wink*.


Buat Cik Fara,

Terima kasih kerana cari aku yang *hilang tanpa dikesan* selama beberapa tahun daripada kau. Terima kasih kerana masih sudi jadi kawan aku. Aku doakan, kau bahagia dengan hidup kau, keluarga, kawan-kawan dan orang-orang di sekeliling kau. You are such a very good friend ok. Semoga persahabatan ini diredhaiNYA dan kekal sampai aku dapat tengok cucu cicit kau yang comel macam kau. Ukhuwah Fillah.♥

4 comments:

  1. TQ so much for this entry anek! Terharu la.. Balas dendam eh sbb aku jd stalker kau.. Tp, siyes gumbira dpt catch kau blk. Ase mcm nak jumpe hari-hari. Tp kang encik hafizsham jeles plak. hoho~

    **tak sangka eh kau ingat aku suke kump elite dlu..tak bley bla apek driver bas tu layan permintaan aku soh pasang dlm bas hari-hari.. :p

    ReplyDelete
  2. haha..uncle bus tu mmg baik bg psg lagu2 nak dgr..tp fav dia *Michael Learns TO rock*.Hihi..nak jumpa ajakla..en. Hafizsham tak jeles de..hihi

    ReplyDelete
  3. Beruntung dapat jumpa kawan lama...hidup terasa dikembalikan ke zaman silam..indah dan pahit, berbaur dalam satu gumpal yang kita panggil kenangan

    ReplyDelete
  4. mmg beruntung tuan.kenangan kita bw bersama teman.^_^

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!