Hello? Ni tengok movie sampai menangis-nangis ni kenapa? Malu je kalau orang tengok! Takmo takmo. Tapi kalau cerita dia dah sedih sangat siapa boleh tahan? Siapa suruh layan cerita Korea ni? Uiks.
Semalam tiba-tiba aku rasa nak menonton cerita Korea. Puas aku search kat Internet mana-mana cerita Korea yang boleh ditonton free online. (Kantoi dah lama tak beli CD original ni.) Lepas dua cerita Korea intro aku layan tak best, aku pergi kat MySoju.com (tempat peminat cerita Korea tegar macam aku selalu tengok movie atau drama) aku jumpalah cerita bertajuk *Humming* ni.
Cerita ni dah lama. Tahun 2008 punya. Pelakon-pelakon dia kalau korang biasa tengok cerita Korea mesti *familiar* punya. Heroin Han Ji Hye ada berlakon My Boyfriend is Type-B dan beberapa cerita lain yang aku pun lupa apa tajuknya. Heh. Tapi serius *comel* minah ni tau.. Huhu.
Hero dia pulak nama Lee Chun Hee yang aku ingat dia berlakon *Only You* tapi cuma sebagai watak tambahan. Heh. Aku tak suka sangat dia ni. Satu, sebab dia bukan *taste* aku.(macamlah aku ni *taste* dia kan. =P) Satu lagi sebab dia adalah hero yang *annoying* dalam movie Humming ni. Huhu.
Movie ni agak menarik sebab apa yang berlaku boleh jadi kepada sesiapa saja terutama pasangan yang bercinta bertahun-tahun dan akhirnya *berpisah* kerana sudah *bosan*. Contohnya, dalam movie ni, Jun-seo (hero) yang dah bercinta hampir 2000 hari (tolong kira berapa tahun dan hari sebab saya dah lemah Matematik. Huhu) dengan Mi- Yeon (heroin) ni tiba-tiba rasa bosan dengan gf dia. Jadi dia buat keputusan nak join satu research pergi ke Antartika dengan harapan, Mi-Yeon ni minta putus daripada dia. Malangnya minah ni lagi kata sanggup nak *tunggu* dia. Pergh, setia habis!
Jadi kalau dah *setia* tu, mestilah dia sanggup buat apa saja untuk berhubung dengan teman lelakinya bila mamat tu dah pergi jauh kan? Mi-Yeon ni sanggup beli satu jenis alat perhubungan ni, macam radio, aku tak pasti apa nama dia semata-mata dapat berhubung dengan Jun-Seo ni bila mereka berpisah nanti. Malangnya masa dia nak hantar alat tu, dia kemalangan dan koma!
Apa yang peliknya, pagi selepas kemalangan tu, Jun-Seo masih dapat bertemu dengan Mi-Yeon yang datang kejutkan dia, bagi alat tu. Jun-Seo yang malas nak layan awek dia ni cepat-cepat keluar dari apartment dan pergi ke kedai dobi hantar baju. Perlu ke cerita part ni? Actually babak ni penting kalau korang layan cerita ni sampai habis. Haha.
Aku malaslah nak bagi sinopsis penuh cerita ni. Nanti korang tak nak tengok pula. Cuma aku nak point out pendapat aku tentang cerita ni sehingga boleh buat aku menangis tersedu-sedu. Benar, sayalah *Penonton* yang terlebih *emosi* itu. Kerana terlalu sedih, aku stop tengok cerita ni dan sambung tengok ending hari ni. Kerana sedih juga, masa Hafiz telefon aku masih menangis tersedu-sedu sebab cerita ni ada lebih kurang kisah kami.
Oh, part yang mana ye? Part Mi-Yeon tu beria nak sambut hari ke 2000 pertemuan mereka. Teringat masa kami sambut hari ke 1000 kami hari tu. (Klik sini) Tapi taklah seromantik pasangan ni. 500 hari, buat benda lain, 1000 hari buat benda lain tapi 2000 hari mereka bercadang nak daki bukit. Siap mereka join kelas *Rock Climbing* semata-mata nak daki bukit sama-sama. ^_^
Watak Mi-Yeon ni sangat sweet sebab dia sangat sayangkan Jun-Seo ni dan sentiasa ada untuk lelaki itu walaupun lelaki tu nak berpisah dengannya. Malangnya Jun-Seo hanya sedar tentang hakikat dia juga sayangkan gf dia masa gf dia koma. Masa itulah semua kenangan, detik perkenalan dan memori semasa mereka bersama di *flash back* dan Jun Seo sedar dia bersalah kerana selalu abaikan gf dia!
Aku rasa pasangan yang dah kahwin lama atau bercinta lama paling sesuai dan mesti tonton cerita ni! Aku pernah bagi ayat ni kat Facebook:
"Bila ADA tak nak HARGAI, tapi bila TIADA TERCARI-CARI!"
Betul kan ayat ni? Tak kira lelaki atau perempuan, bila dah punya pasangan atau kekasih amat sukar untuk menghargai apa yang ada di depan mata. Cuma bila orang tu dah pergi atau tiada, masa tulah baru nak menyesal. Masa itulah nak *menangis* tak berlagu. Apa yang bagus dalam cerita ni, lelaki tu diberi pengajaran supaya mengingat kembali detik-detik ketika bersama kekasihnya dan masa itulah dia tahu betapa *pentingnya* wanita itu dalam hidupnya.
Jadi jika anda peminat cerita Korea, silalah menonton movie ini ya! Lepas tu kalau rajin, beritahu aku apa pendapat korang tentang cerita ni. Oh, jangan malu-malu nak beritahu aku sama ada korang *menangis* atau *emosi* ke tak tengok cerita ni tau. Haha.
Nak tengok boleh tengok di sini:
Mysoju.comatau
No comments:
Post a Comment
Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!