*Maaf! Gambar entry awal-awal dah 'jiwang'. Erk*
Oh, skemanya tajuk di atas! Sebab nak tulis perkataan *dating* macam *obvious* sangatlah keterujaan, kegembiraan, ketidak-sabaran dan keloncatan untuk bertemu seseorang pada esok hari. (Sila jangan guna bahasa *ke-an* ini untuk karangan Bahasa Melayu anda. Fail nanti, bukan aku dapat tolong ok.)
Tapi kat sini bukan nak cerita pasal *janji temu* yang akan berlangsung esok ok. Cuma nak kongsi, info yang aku dapat bila *godak-godak* Internet ni masa cari idea nak buat apa untuk date esok. Serius buntu nak pergi mana. Dah dua bulan lebih tak jumpa ni. Last kami pergi melawat *Masjid Besi* atau Masjid Sultan Mizan kat Putrajaya. Jangan salah faham, kami melawat Masjid bukan sekadar melawat Rumah Allah itu untuk beribadat, tapi kami sebagai ahli dalam bidang *pembinaan* atau construction ni ambil peluang untuk bertemu sambil belajar tentang design masjid itu sendiri. Nak tunjuk bukti?
*Masterpiece Encik Hafizsham ku*
Ok. Sekarang dah percaya (kot) kami pergi ada sebab tersendiri. Huhu. Mak pun dah pesan esok nak keluar, pergi tempat ramai-ramai orang. Jangan balik malam-malam. Kami pun kena sama-sama *sedar diri* esoknya Isnin kena kerja. Jadi Ahad kalau nak jumpa mungkin sampai petang saja. Huhu.
Masih buntu dengan idea nak janji temu di mana? Cadangan-cadangan yang di beri oleh Jeffrey Strain ni agak menarik untuk diikut. Aku tak ambil semuala kot. Panjang sangat. Kalau nak pergi klik sini ok. Inexpensive Dating Ideas. Tapi bagi aku idea dia agak menarik sebab dia *highlight* bahawa janji temu tak semestinya perlu menelan belanja yang mahal. Kadang-kadang janji temu yang lari konsep sedikit daripada janji temu biasa (Tengok wayang, jalan-jalan di taman, makan di restoran eksklusif, dll.) boleh menjadikan janji temu itu yang menyeronokkan, menarik dan sukar untuk dilupakan.
*Alamak, jiwang lagi! Tapi sukala imej 'gif' yang kelip-kelip ni*
Cadangan 1: Melihat Keindahan Alam
Ada orang suka bersiar-siar di taman, berjalan-jalan di pantai dan pergi ke sungai atau mandi-manda di air terjun. Tapi kalau nak pergi ke kawasan macam ni, janganlah cari *port* yang sunyi ok. Bagi aku idea ni ok, tapi jangan pergi ke tempat yang orang biasa pergi. Satu tempat yang aku cadangkan ialah di Taman Botanikal Melaka. Aku pernah pergi sini, jalan-jalan masuk dalam hutan (tengok-tengok nama pokok) dan tiba-tiba ada *perpustakaan* atau Perkampungan Buku pula kat dalam tu. Aku mengaku aku ni *ulat buku*. Tapi memang seronok bila dapat membaca sambil merehatkan mata, memandang alam sekeliling yang hijau dengan rimbunan pohon-pohon...Ewah~ Paling best, perpustakaan ni ada aircond lagi. (Haha. Takleh blah. Kantoi tak tahan panas!)
*Taman Botanikal Melaka dan Perkampungan Buku*
Cadangan 2: Bersukan atau Berpiknik
Aku mengaku aku bukanlah seorang yang gemar bersukan. Setakat sorak-sorak tengok Manchester United punya game dan tengok Badminton Lee Chong Wei lawan Lin Dan tu aku retilah. Tapi kalau nak ajak aku berjoging tu, erm... Tapi aku ada satu tempat yang bermain-main di kepala sejak tadi untuk melakukan aktiviti-aktiviti ini. Tiba-tiba aku teringat Taman Metropolitan di Kepong (Tepi MRR2 menghala ke Gombak). Dulu masa belajar, aku dan coursemate pernah incharge event di situ. Kami berjalan satu pusingan taman tu yang tiada banyak *short-cut* (sedikit semput), sambil survey area nak buat event. Last sekali, kami makan-makan dan ambil gambar banyak-banyak kat situ. (Tapi mana gambar-gambarnya ya? takde orang upload pun! Ke lupa *tag* aku kat Facebook ni? Uiks)
Apa yang menarik juga kat sini ialah *port* terbaik untuk main layang-layang. Kawasannya yang luas dan berangin memang best la kalau dapat main layang-layang tinggi-tinggi. Jangan risau, kat sana memang ada jual layang-layang dah. Beli ajala, kongsi-kongsi main gilir-gilir. Haha. (Gile kedekut main sorang-sorang!)
Cadangan 3: Hadiri Events dan Exhibition
Benda ni memang setiap tahun aku dan dia buat sebabnya macam aku cakap tadi, aku dan dia berada dalam bidang yang sama jadi agak senang untuk kami hadiri pelbagai event yang ada. Events yang kami takkan lepas peluang ialah HomeDEC dan ArchiDEX yang selalunya berlangsung di KLCC Convention Centre. Selain kami *shopping brochure*, kami juga sebenarnya ambil peluang untuk belajar tentang bidang yang kami ceburi ini dengan lebih detail terutama tentang material, construction dan kami dapat kenal suppliers untuk dapat harga barang yang murah.
*Tengok Cik Designer shopping brochure sampai pegang beg banyak-banyak *
Tapi itu mungkin untuk orang yang punya bidang yang sama. Macam mana kalau seorang otak *seni* dan seorang lagi otak *sains*? Apa kata, masing-masing ada inisiatif cari info tentang pameran-pameran yang boleh dihadiri dalam hari yang sama? Kalau takde, mungkin salah seorang boleh mengalah kan? Ambil giliran untuk menerokai hobi dan kegemaran masing-masing. Contoh exhibition lain yang boleh pergi mungkin *Pameran Fotografi* atau *PC Fair*.
Tempat yang aku suka pergi ialah *Galeri Petronas* di KLCC sebab selain *masuk percuma* dan pameran yang diadakan kat sini juga berlainan *tema* setiap bulan. Tempatnya mungkin agak tersorok di KLCC tapi bila dah masuk, boleh jugalah relakskan otak yang serabut tengok orang ramai kat KLCC tu.
*Galeri Petronas di Aras 3, Suria KLCC*
Cadangan 4: Mengikut arah kaki orang lain
Cadangan ini boleh diaplikasikan bila otak dah buntu langsung tak tahu nak buat apa hari tu. (Macam aku sekarang. Kot.) Caranya ialah, cari seseorang yang kita tak kenali sebagai sasaran kita untuk ikut ke mana dia pergi. Sebaik dia sudah sampai ke destinasi yang ingin dia tuju, kita cari sasaran lain pula. Mungkin dengan cara ini, dalam satu hari kita dapat pergi ke tempat-tempat yang berlainan yang kita sendiri tak sangka dapat pergi dan tanpa dirancang.
Tapi negatifnya tetap ada. Buatnya orang yang kita ikut tu pergi ke tempat-tempat yang bahaya atau berisiko tinggi, kita juga yang menyesal. Selain itu, bahayanya kalau orang tu sedar kita ikut dia, dia marah dan ingat kita ni *stalker* tak pasal-pasal kita kena tangkap polis, naya je! Satu lagi, untuk buat plan macam ni, seeloknya jangan naik kereta atau kenderaan sendiri, lagi seronok kalau naik pengangkutan awam, macam LRT atau bas. Baru seronok nak explore tempat kan?
*Obvious sangat ikut orang kalau macam ni ye*
Cadangan 5: Shopping Barang-barang Unik
Haha. (Apasal aku gelak entah. =P) Cadangan ni sesuai untuk mereka yang *shopaholic* la dan ada teman lelaki/ wanita atau suami yang kaya-raya. Caranya ialah dengan membuat senarai, misalnya 10 benda unik yang hendak dibeli pada hari itu. Then, pergi sama-sama cari barang-barang yang dalam list tu sebanyak mana yang mampu. Dalam list tu, janganlah tulis mesin basuh dengan pengering satu pakej, Iphone 5 (yang tak tahulah dah wujud ke tak), bunga ros 500 kuntum, memanglah tak terbeli kan? Tapi kalau nak berjimat, apa kata target barang-barang yang harganya bawah RM5 je. Contoh- Tisu yang cover plastik muka Garfield ni, baru berapa posen? Hihi.
*Koleksi tisu Garfield. Haha*
Cadangan 6: Temu Janji Cabut Undi
Susah sangat nak pilih tempat nak janji temu, masukkan je kertas kecik-kecik dalam karung atau kotak dan tulis setiap cadangan-cadangan nak pergi mana untuk temu janji. Suruh pasangan tu pilih. Ha, cerewet sangat, pergi cabut undi! Tapi lepas tu jangan bising-bising tak suka pergi tempat tu ya. Ukirkan senyuman, ikhlaskan hati dan bukakan minda. Janji temu bukan selalu ok. Bila dapat jumpa sekali-sekala inilah masanya untuk bincang apa-apa yang patut dan habiskan masa bersama, dengan perkara yang berfaedah. Jangan gunakan masa yang ada dengan cara yang salah pula ya. (Amaran untuk diri sendiri juga!)
*Undi nak pergi mana ni?*
Aku harap cadangan-cadangan aku ni *masuk akal* juga untuk orang yang baca cari idea untuk keluar janji temu. Tolong jangan sempitkan minda, cadangan-cadangan aku ni bukan untuk pasangan bercinta saja ok. Kalau ada suami isteri yang masih nak berhibur dan ada *sense of romantic*, digalakkan berjanji temu berdua (tanpa anak-anak) untuk merapatkan hubungan yang sedia ada. Masa tu nak pegang-pegang semuanya halal, tapi berpada-padalah depan orang ramai. Cadangan-cadangan ini juga sesuai untuk BFF atau *Best Friend Forever* tak kira perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki yang nak enjoy dengan kawan-kawan dan buat reunion ramai-ramai. Aku cuma bagi idea, supaya tak bosan dan buntu untuk melakukan aktiviti bersama. Aku harap idea aku ni membantulah hendaknya.
*Berangan nak pergi main ski sama-sama one day ^_^*
P/s: Dalam kepala dah ada idea nak pergi mana esok. Horray!
Sources:
duduk renggang-renggang...jangan pegang-pegang
ReplyDeleteHuhu..Baik Tuan!
ReplyDelete