Wednesday, December 29, 2010

Dua Hati Jadi Satu: Perkahwinan Huda & Adlan

*Pic kredit to Izzati*

Dua hati jadi satu. Dua hati diikat dengan satu lafaz. Dua hati akan duduk dalam satu rumah. Auwww.. Ayat *satu rumah* tu sangat seronok ye. Haha. (Jangan marah Huda & Alan!)

Beberapa hari yang lepas aku agak sibuk dengan projek rumah *orang kaya* yang aku baru kutuk kaw2 kat Facebook hari ni. Ambik kau, 8 orang *likes* dan 15 komen. Haha. Gile emosi aku ni. Tapi itulah, selama beberapa hari dalam minggu yang lepas aku jadi separa hati nak buat design dia. Alih-alih hari ni... Erm..

Sorry lari tajuk. Padahal nak cerita *kesibukan* kedua aku sepanjang minggu lepas. Mula-mula hari Sabtu, aku pergi ke rumah pengantin perempuan bernama Huda tolong-tolong sediakan doorgift untuk wedding hari Ahad di UIA. Aku sampai pun dah nak dekat pukul 4 sebab pergi cari hadiah dulu kat Mid Valley yang *senang* cari parking tu kan.

*Aku tolong bungkus gula2 dan potong riben kat kotak tu je ok. Haha*



Actually Huda dan Adlan nikah malam sebelum tu, tapi aku tak dapat datang sebab kerja. Kerana serba-salah tulah aku tolong sikit-sikit hari Sabtu dan hari Ahad esoknya, aku tolong jadi tukang bagi *doorgift*. Takdelah glamour sangat, tapi bila dapat riben putih besar daripada pin tudung orang lain, kira nampaklah lain daripada yang lain kan. Haha.

*Gambar dengan pengantin.(Riben putih tu tersorok pulak belakang Huda.Uiks)*

Eh, lupa nak cerita! Siapa mereka berdua ni sampai aku sangat *rajin* tolong untuk kenduri kahwin mereka ni? Adlan ni bekas studiomate aku masa belajar manakala Huda aku kenal melalui Izzati, kawan baik aku. Mereka bertiga satu group masa subjek Multidisiplinary Project. Mungkin masa itulah Adlan ni dah mula jatuh hati sambil kenyit-kenyit mata kat  kat Huda ni. Kot. Haha.


Aku memang baik juga dengan Adlan kat studio sebab dia best student *Industrial Design* kot. Huda pula aku rapat sejak kami sama-sama pergi kenduri adik Izzati tahun lepas. Aku, Izzati dan Lyn dah anggap dia macam adik kami kot, sebab tu masa konvo dia Oktober  lepas aku datang jenguk. Huhu.

Walaupun mereka berdua muda daripada aku tapi lagi tua daripada BF aku, tapi aku happy sangat mereka ni dah berjaya melangsungkan perkahwinan mereka. Alhamdulillah, majlis berlangsung tanpa kesulitan di dalam Banquet Hall, CAC di UIA tu dan di luar cuaca cerah tanpa hujan. (Bunyi macam pembaca ramalan kaji cuaca pula saya.) 


Aku juga tabik dengan perancangan perkahwinan yang mereka lakukan terutama dengan cara Adlan mengumpul duit untuk kahwin. Boleh baca kat sini. Serius Adlan ni kerja keras nak capai misi dia sebab aku pernah ingat dia kata nak kahwin masa umur 24 tahun. Berjaya juga ye kau Alan. Huhu. 


*Info Grafik yang disediakan oleh Adlan. Info lagi best, klik sini*

Apa-apa pun aku doakan pernikahan mereka ini direstui Ilahi. Aku juga doakan kehidupan suami isteri ini dipermudahkan hingga akhir hayat mereka hendaknya. 

Buat Huda & Adlan:

"Tahniah. Semoga jodoh kalian berkekalan hingga akhir hayat. Sila jaga sesama sendiri dengan baik ok. Terutama bila dah berada jauh di rantau orang. Lived Happily Ever After! ^_^"

2 comments:

  1. terasa seperti celebrity. hehe..
    hope it's not too late to say, thanks kak ezd for this post. thanks dear kakak. luv u always. muahxx.

    Huda & Adlan
    Newcastle, Australia

    ReplyDelete
  2. welcome.baru perasan cik huda komen.^_^

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!