Tahniah MALAYSIA! Tahniah Skuad Harimau Malaya yang main sangat best masa perlawanan pertama Piala AFF Suzuki di Bukit Jalil hari tu. Masa lawan di Stadium Gelora Bung Karno ni pun main bagus juga. Bukan senang tuh, nak menang di tempat lawan. Kena kuat kedua-dua mental (penyokong Indonesia tersangat ramai. Siap suruh pelakon sinetron yang cun-cun jadi penyokong. Luna Maya ada? Erk?) dan Fizikal- Keadaan padang yang licin buat pemain banyak kali nak tergelincir dan penyerang-penyerang Indonesia seorang demi seorang nak score gol. Tapi Malaysia bolos dulu! Huhu.
Aku paling suka perlawanan pertama hari tu sebab Malaysia berpeluang untuk menyerang dan gol-gol daripada Safee Sali dan Ashari memang *world class* punya gol. Norshahrul Idlan Talaha dengan inai merah masih di jari (baru kahwin ok) punya taktik kawal bola dari hujung padang memang superb la. Dia ni macam perancang gol ala-ala Ryan Giggs yang selalu tolong orang score gol daripada diri sendiri dapat nama.
Bagusnya Skuad Harimau Malaya kali ni terdiri daripada pemain-pemain muda yang ada masa depan cerah untuk pergi lebih jauh. Khairul Fahmi Che Mat (yang diimport dari JEPUN Kelantan) umur baru 21 tahun! Pemain paling senior yang aku kenal semalam pun Amri Yahyah berumur 29 tahun (Pemain paling setia Selangor ok.) Maksudnya kalau mereka ni terus maintain main macam semalam dan sebelum ni, insya-Allah Malaysia boleh pergi jauh hingga ke World Cup, mungkin?
Satu lagi, bila mereka main sebagai *satu pasukan* memang mereka berjuang habis-habisan tak kisah siapa yang rembat gol dan siapa yang kena jaga gol. Sekarang Malaysia ada kekuatan di kedua-dua bahagian- Pertahanan dan Penyerang. Dua bahagian ni kalau bekerjasama dan dibantu pemain tengah terus-menerus untuk kawal permainan, insya-Allah Malaysia boleh ada skuad seperti era Allahyarham Mokhtar Dahari dulu. (Safee Sali boleh jadi seperti beliau kan kan?)
Apa-apa pun aku ucapkan tahniah sekali lagi kepada skuad bolasepak Malaysia. Tahniah juga kepada penyokong-penyokong kedua-dua belah negara. Sekurang-kurangnya takde insiden main *laser* yang melampau malam tadi. Kita sebagai negara serumpun takmo provokasi antara satu sama lain ok. Peace!
Status-status Facebook aku!
*1st match di Bukit Jalil. 3-0*
*Sebelum 2nd match. Ada penyokong Indonesia bernama 'Hakim' turut bagi sokongan di situ.*
*Malaysia menang dengan aggregate 4-2*
Sources:
Official Website- AFF Suzuki Cup 2010
MALAYSIA MEMANG HEBAT.. HEBAT DAN HEBAT..
ReplyDelete@fairus
ReplyDeleteMalaysia mmg Hebat! tapi kalau player tak kejar *duit*.huhu.Minta dijauhkan.amin~
Malaysia memang hebat ^_^
ReplyDelete@Wan Gerrad
ReplyDeleteManchester United pun hebat.sorry Liverpool..huhu
saya tak pernah tengok lagi permainan sebaik ini selepas berbelas tahun. Mungkin jiwa anak muda yang mahu membuktikan mereka juga hebat menjadikan mereka hebat. Memang hebat. Hebat betul. hebat betul-betul. Betul-betul hebat. tahniah
ReplyDelete@Tuan Singalaut
ReplyDeleteBetul tu. Perlawanan di Bukit Jalil buat sy terpaku lama kat dpn TV sbb tak percaya player Malaysia boleh *maju* sampai begitu sekali.Taraf permainan EPL.huhu