Friday, December 17, 2010

Kerusi untuk *Mengintai* Di tepi Jendela


Baca tajuk kat atas ni mesti orang *suka* je nak baca blog aku ni. Haha. Hello, blog ni bukan nak ajar orang *mengintai* atau mengendap ok. Kalau nak ajar *skudeng* takkan aku nak ajar kat sini kot. Haha. (Ayat nakal!) 

Baru-baru ni aku aku kena design Window Seating atau dalam bahasa Melayunya, *Kerusi di tepi Jendela* atau tingkap! Aku saja tambah perkataan *mengintai* tu bagi orang faham apa fungsinya. Haha. Gurau je. Actually window seating ini juga berfungsi untuk tempat melepak atau berehat sambil membaca buku atau minum kopi. Tempat duduk begini boleh juga dijadikan ruang untuk berbual-bual dengan kawan sambil bermesyuarat tingkap atau  bermuhasabah diri.



Huhu. *Positif* sungguh fungsi tempat duduk tepi tingkap ni kan. Selain untuk berbual, tempat duduk seperti ini juga boleh dijadikan tempat untuk menyimpan barang. Cara-caranya ialah dengan meletakkan beberapa laci di bawah tempat duduk tersebut. 



Aku bagi cadangan lain, kalau ada extra space, boleh tambah rak buku di tepi window seating ni. Tapi aku tak galakkan rak buku di bawah kerusi sebab dalam Islam, tak elok duduk *atas ilmu*. Kalau setakat nak letak barang-barang ok la. Cuma jangan letak buku tau.



Kerusi di tepi jendela ini juga sesuai untuk dijadikan *kerusi tambahan* terutama di ruang tamu, ruang makan atau ruang tidur. Daripada beli sofa kosong, sekurang-kurangnya window seat ni boleh bagi extra storage. The cost includes sofa and carpentry works to built the seating with cabinets or drawers under it. Berbaloi tak?





Serius cantikkan kalau ada tempat duduk tepi tingkap ni? Tapi kalau nak ada tempat duduk begini, kita perlukan ruang yang besar di bahagian tepi tingkap. Satu lagi yang paling penting, pemandangan di tepi tingkap tu kenalah *cantik* untuk dipandang. Kalau setakat nampak rumah jiran sebelah je tak guna gak. (Kecuali jiran tu ada anak hensem atau cantik. Haha. Nakal lagi!)




Kalau dah ada kerusi tepi jendela ni, untuk bagi tempat tu bertambah cantik, tambahkan sofa yang berwarna terang atau warna-warni supaya tempat duduk tu jadi tarikan utama bila masuk ke rumah. Selain itu, boleh tambahkan lampu supaya waktu malam, boleh duduk situ baca buku. 



Oh, tapi jangan lupa tambah langsir atau bidai (blind). Takut nanti ada * paparazzi* ambil gambar kita senyap-senyap. Bahaya tu!




Suatu hari nanti aku harap, aku akan ada window seat ni kat umah aku. Kalau *suami* aku tak nak, aku akan paksa dia juga! 

Aku: Saya tak kira! Saya nak juga kerusi di tepi jendela ni!
Suami: Awak nak buat apa tempat duduk ni? Awak nak skudeng *anak tuan rumah kita, Pakcik Karim* yang cantik tu ke?
Aku: Eh, macam mana awak tahu Pakcik Karim ada anak? Kita baru pindah rumah ni seminggu!
Suami: Kantoi!

Dialog macam ni harap tak terjadilah ya. Huhu. Apa-apa pun, aku harap apa yang aku kongsi ni berguna untuk anda semua. Selamat mengintai! =D


Sources:

8 comments:

  1. chantek lah.........nanti kot2 kalau FS nak buat rumah, cari airaniez wat design boley ka?;)

    ReplyDelete
  2. @Fasihah
    Boleh cik Fasihah...Harga boleh dirunding..huhu

    ReplyDelete
  3. cantikkkk! rumah yang kitaorang beli now disewakan. nanti bila nak mastautin situ harus panggil u design cantik2..

    ReplyDelete
  4. @Sis Ummi Rania Raffel
    Ok..do contact me through email.Nanti I designkan for u k..wahh...

    ReplyDelete
  5. Salam, mcmn nak dapatkan kerusi utk window seating ni yek...mmg kena tempah ye? thanks in advance :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Selalunya kalau nak betul2 muat tepi tingkap memang kena tempah tapi taklah mahal sangat rasanya.Bergantung kepada saiz ruang.Tapi kalau nak beli yang loose furniture try beli bench kecil2 dan sambungkan jadi kerusi.

      Delete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!