Monday, November 29, 2010

Jangan DENGKI! (Tips-Tips Menghilangkan Perasaan Dengki)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"
(Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)



Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan dalam diri sendiri. Allah s.w.t. telah menjadikan  manusia dalam pelbagai rupa, kebolehan dan dikurniakan rezeki yang patut disyukuri oleh kita. Namun kadangkala kelebihan yang kita ada boleh menyebabkan manusia yang lain timbul perasaan *dengki* terhadap kita.

"Aku tak dengki, aku cemburu je." Pernah tak dengar orang cakap macam tu? Bagi aku, daripada cemburu itulah wujudnya perasaan dengki. Kerana cemburu, kita akan buat sesuatu yang buruk kepada orang yang kita cemburu tu maka timbullah perasaan *dengki* tersebut. Cemburu yang asalnya hanya perasaan *lahiriah* daripada hati akhirnya bertukar kepada perbuatan yang boleh merosakkan orang lain dan diri sendiri.

Jadi kat sini, aku bagi tips-tips nak menghilangkan perasaan dengki itu yang aku pernah catit ke dalam *kitab ros* aku. ^_^

Tips-Tips Menghilangkan Perasaan Dengki

1. Ucapkan tahniah kepada orang yang didengki itu ketika dia mendapat nikmat.
Contohnya orang tu baru melangsungkan perkahwinan. Kita belum lagi. Tengok pula suami dia kacak dan anak orang kaya. Siapa tak jeles? Heh. Jadi eloklah kita ucapkan *tahniah* dan bersalam dengannya. Mana tahu, ada keberkatan Allah Taa'la nak bagi kepada kita selepas ini untuk berkahwin pula?



2. Sanjung dan puji kebaikannya terutama di belakangnya.
Bila kawan kita naik pangkat dan dinaikkan gaji, kita mesti akan terasa. Lagi-lagi bila gaji kita yang berkelulusan tinggi juga ni cukup-cukup makan je. Seeloknya janganlah kita dengki dengan rezeki kawan kita itu. Bila kita bercerita tentangnya, kita seeloknya memuji dia kerana mungkin dia layak menerima anugerah itu kerana usahanya sendiri. Daripada sini, kita patut memperbaiki diri kita. Mungkin hari esok, rezeki kita pula?




3. Tutup kelemahan dan kesalahannya
Walaupun dia ada buat salah kepada kita atau orang lain, janganlah kerana perasaan dengki yang menebal, kita berkata buruk pasal dia pula. Memang akan timbul rasa tak puas hati, bila dia dapat apa yang kita takde, lagi-lagi bila dia dapat benda tersebut dengan cara yang salah atau tidak baik. Tapi siapa kita untuk menilai dia? Dia hanya manusia yang tak terlepas daripada kesalahan. Jadi apa kata, daripada kita gosip pasal dia kat belakang, kita cuba nasihatkan dia dengan cara yang baik? (Kalau tak makan saman tu, biarlah. Moga Allah s.w.t. bukakan hatinya untuk kembali ke jalan yang benar.)





4. Ziarahilah dia dengan membawa hadiah
Kawan kita baru dapat anak yang comel. Kita yang dah berapa tahun kahwin, masih belum dikurniakan cahaya mata. Seeloknya kita ziarah dia dan beri dia hadiah. Kita kongsi kegembiraan yang dia peroleh itu bersama. Bukan dengan rasa dengki. Tak elok ok.




5. Hormati dan sayangi orang-orang di sekelilingnya seperti ibu bapanya, ahli keluarganya dan anak-anaknya.
Kadang-kadang perasaan dengki itu lahir, kerana kurangnya perasaan kasih sayang kita sebagai manusia. Kalau kita benci dan dengki kepada orang itu, kadang-kadang kita patut melihat orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mungkin mereka ada buat baik kepada kita. Jadi kita cuba hilangkan perasaan dengki itu sambil mengenangkan kebaikan yang telah dilakukan oleh orang sekelilingnya supaya perasaan hasad dengki itu tertutup kembali. Insya-Allah.




6. Bela dia kalau ada orang yang memburuk-burukkannya.
Bila dah dengki, semua di mata ini nampak yang buruk saja. Dia buat air rasa tawar, dia masak rasa masin. Kalau orang lain sibuk mengata buruk, kita sepatutnya cuba baiki hati kita dengan mengelakkan diri daripada *tambah saham* mengata orang itu juga. Kadang-kadang kita perlu berfikiran positif terhadap orang yang kita dengki itu dengan memandang benda-benda baik yang ada dalam dirinya. Daripada situ, insya-Allah kita terhindar daripada perasaan dengki dan terlepas daripada *dosa* mengata orang di belakang.




7. Berdoalah kepada Allah s.w.t agar dihilangkan rasa dengki itu.
Selemah-lemah hati, kita haruslah kembali kepada DIA juga. Banyakkan mengucapkan Astagfirullah (Memohon Ampun padaMU Ya Allah) supaya terhindar daripada dosa hasad dengki terhadap orang lain. Kita cermin diri kita. Lihat kelebihan yang kita ada. Kita hayati hidup kita, lihat rezeki yang Allah s.w.t. telah kurniakan kepada kita. Berdoalah, semoga Allah s.w.t. pelihara hati kita daripada perasaan dengki itu.







"Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka ma`afkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah Al-Baqarah : 109)

Wallahualam.


8 comments:

  1. Susah nak detect orang yang dengki nie kan. Minta2 dijauhkan dari perasaan ini,Allahuakbar...

    ReplyDelete
  2. orang yang dengki memang susah nak detect..tapi kita yang nak elak *dengki* kat org ni pun ssh gak..Kn jaga *hati*..minta dijauhkan..insya-Allah..^_^

    ReplyDelete
  3. dulu saya tk pernah dengki kt org...skrg saya dah pandai rasa dengki kt orang...saya dah tk tau kenapa saya dengki...camana nk hilangkn perasaan tu?

    ReplyDelete
  4. @anon
    Bg sayala,nak hilangkan perasaan dengki tu mmg agak ssh lg2 kalau org yg didengki tu asyik *riak* memanjang...Jadi apa yg saya lakukan,setiap kali rasa dengki tu timbul,saya fikir positif...saya anggap org tu ada *kelebihan*,saya pun ada kelebihan gak.Jadinya takkan ada perasaan *rendah diri* dan perasaan *bangga diri* bila jumpa dengan orang lain.Wallahualam...

    ReplyDelete
  5. Nape ek kalau kita dengki dengan seseorang tu kita mesti tengok dy salah je.?

    ReplyDelete
  6. Susah jugak kalau kita dah ada rsa dengki kt org tu. Pikiran kte asal nmpk dia mesti trus *ish nyampahnya * etc.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... Saya faham rezeki yang Allah bagi dekat hambanya lain-lain...Kita sebagai hambanya sepatutnya bersyukur dengan rezeki yang Kita perolehi...

    ReplyDelete
  8. Semoga kita semua dapat menghindari diri dari perasaan dengki..

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!