Hidup
- Aku bersyukur kerana Allah s.w.t beri peluang untuk terus bernafas, diberi rezeki untuk menampung hidup yang kian sukar dan berkongsi apa yang ada dengan orang lain.
- Aku gembira kerana Allah s.w.t sentiasa ada bila perlu dan sentiasa mendengar luahanku bila mahu.
- Namun aku sedih kerana nikmat yang DIA beri terlalu banyak tapi ibadahku untukNYA masih tak seberapa. =(
- Aku juga kecewa kerana tak kuat untuk mengubah sesetengah benda yang mahu diubah dan usahaku tak seberapa untuk mengecap apa yang aku impikan.
- Semoga Allah permudahkan kehidupanku di masa hadapan. Amin~