Saturday, March 5, 2011

Sebelum Saya Mati...



Tajuk entri macam nak tinggalkan wasiat terakhir je kan? Huhu. Tapi siapalah yang boleh ramal kematian. 3 benda yang Tuhan dah tentukan, JODOH (dah jumpa ke?) REZEKI (Insya-Allah ada) dan MATI. Tahu tak bila?

Apa-apa pun sebelum mati, setiap orang akan ada impian masing-masing. Orang yang tiada impian atau matlamat umpamanya tiada hala tuju yang jelas. Impian yang kita citakan itu boleh jadi mustahil atau akan jadi kenyataan suatu hari nanti. Malah, setiap impian kita itu boleh jadi dapat membantu orang lain atau hanya diri kita sendiri



Sebab tu aku suka cara Candy Chang, seorang perancang bandar dan designer yang mengambil inisiatif untuk mengetahui impian penduduk di sekitar New Orleans. Beliau mengetahui kehendak dan impian mereka dengan mendirikan sebuah papan tulis di atas sebuah dinding rumah yang terbiar. Setiap penduduk boleh mengekspresikan kehendak itu dengan menyambung ayat *Before I die I want to* atau Sebelum aku mati aku mahu dan setiap impian mereka itu dapat dibaca oleh mereka yang melalui di jalan tersebut.




Usaha beliau itu ternyata memberi respon yang baik daripada penduduk di situ. Setiap patah kata yang tercatit di atas dinding hitam menggunakan kapur memaparkan impian orang ramai yang semestinya tidak mustahil untuk direalisasikan di muka bumi ini.


Adanya dinding sebegini, suara setiap orang dapat diluahkan dengan lebih abstrak dan kadangkala menyentuh hati nurani setiap orang yang membacanya. Niat baik manusia yang punya impian contohnya "Sebelum saya mati, saya mahu menyelamatkan hidup orang lain" menunjukkan masih ramai orang yang baik hati di dunia ini.





Kata-kata yang diluahkan di dinding tersebut juga menunjukkan kebebasan atau hak setiap orang untuk bersuara demi memperbaiki nasib atau kehidupan sesama penduduk. Di Malaysia, orang ramai boleh meluahkan kehendak mereka di surat khabar atau media elektronik seperti televisyen dan internet. Walau bagaimana pun suara mereka kadangkala akan ditapis demi menjaga kepentingan sesetengah pihak contohnya pemimpin yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka. Hal ini boleh dilihat tatkala kempen pilihanraya berlangsung, masih terlalu banyak kebajikan penduduk yang belum  terbela. Malah, hal ini hanya disedari selepas ahli politik yang menjaga kawasan itu meninggal dunia.



Di sini aku bukan nak menyalahkan orang yang sudah meninggal dunia. Cuma aku harapkan orang atasan yang bertanggungjawab dalam membela dan menjaga kebajikan orang lain lebih serius mendengar keluhan dan permintaan rakyat. Setiap permintaan atau kehendak rakyat itu adalah amanah kepada pemimpin dan kalau amanah itu tak ditunaikan, jawablah dengan Tuhan di akhirat kelak.

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog aku ni. Kepada yang nak komen, sila tinggalkan ayat- *Sebelum aku mati atau Before I die* dan kongsikan impian anda dengan saya. ^_^


*Mine ^_~*

15 comments:

  1. Menarik... Ini akan mengingatkan kita. Cadang buat di surau di kawasan kita. tengok respon.

    ReplyDelete
  2. @happysus
    Betul.Letak kat surau.Tapi ramai ke yang pergi ke surau sekarang ni?

    @Miecyber
    Sobat?

    ReplyDelete
  3. entry aira ni wat dla terfikir la sblm mati apa yg dla nak buat..tp yg pasti of courselah dla nak buat amal byk2 dan dpt membahagiakan org2 disekeliling dla..

    ReplyDelete
  4. @dla
    amin..smoga bertambah amalan bersama umur yang panjang...bertambah kebajikan membawa kebahagiaan kpd org lain..

    @bunga
    amin~

    ReplyDelete
  5. masih banyak ruang kosong... kalau kat sini sure dah penug ngan macam2 tulisan..hehe

    ReplyDelete
  6. @papabear
    yup.Di Malaysia ni orang bukan tulis *impian* je.vandalisme lain pun mrk suka.heh

    ReplyDelete
  7. huhu...b 4 i die...
    nk jd id.id...go go id =P

    ReplyDelete
  8. @iqa
    Go go ID..sem dpn praktikal hang tau la camna jd *Real ID*..hoho

    ReplyDelete
  9. sebelum saya mati. saya nak buat semua perkara yang saya nak buat sewaktu saya masih sihat ni.. =)

    ReplyDelete
  10. Before I die, saya nak kuatkan lagi amalan dan perbanyakkan lagi buat kebaikan etc ehek XD

    ReplyDelete
  11. @Sophie
    Alhamdulillah..smoga diberi kesihatan berpanjangan.amin

    @Faizal n Fashitah
    amin..smoga dipermudahkan urusan dunia & akhirat..^_^

    ReplyDelete
  12. kenapa kerjaan makin memberatkan kita?


    hmm sangat murni harapan tu..
    boleh tak saya tulis, saya pun sama seperti kamu,

    ReplyDelete
  13. @si para-para
    kerajaan sibuk kejar harta dunia utk makanan dri sndri kot..

    boleh..apa slhnya..=)

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!