Wednesday, March 23, 2011

Cemerlang.Gemilang.Terbilang?



Ok. Hari ni super duper *malas* nak buat kerja sebab pagi-pagi tadi dah kena pergi rumah bos ada meeting. Biasala, orang kerja design rumah, maka meeting company pun kat *rumah* la. Hoho. 

So apa cerita hari ni? Result SPM dah keluar? Macam mana result *adik-adik* semua. (Panggil adik-adik ya. Sedar diri dah *tua*. Ouch!) Harapan akak adik-adik dapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang la ye. Hihi.




Keputusan SPM yang cemerlang tak semestinya apabila dapat berbelas-belas A wahai adik-adik sekalian. Kalau adik-adik dapat *A yang lurus* (Straight A's) tapi masa periksa adik tiru kawan-kawan kat sebelah atau dapat soalan bocor sebab cikgu sekolah adik-adik antara orang yang buat kertas peperiksaan pun tak guna gak. (Heh, cakap macam ada pengalaman pula. Uiks.)

Cemerlang maksudnya di sini ialah adik-adik berhempas pulas belajar dan stay up waktu malam. Adik rajin buat latihan, nota dan buat kerja sekolah yang cikgu berikan. Bangun malam buat solat hajat, tahajjud dan taubat minta tolong DIA. Baca Yassin. Lalu bila adik dapat keputusan, tengok-tengok subjek yang adik selalu gagal (contohnya Add Math atau Matematik Tambahan) tiba-tiba adik LULUS!



Keputusan yang cemerlang juga maksudnya adik-adik hormat ibu bapa, guru-guru dan orang-orang yang bantu adik semasa belajar dulu. Sebab kadang-kadang dalam kelas ilmu susah nak masuk, jadi bila tanya kawan-kawan barulah adik faham apa yang diajar di dalam kelas sebelumnya. Lantas kecemerlangan yang adik peroleh hakikatnya adalah kecemerlangan adik dan orang-orang yang ada bersama dengan adik sewaktu adik belajar dahulu.

Heh. Akak ni pun pandai *cakap* je kan. Terus-teranglah adik-adik sekalian, keputusan SPM akak pun dulu tak setinggi mana. Akak cuma dapat A untuk subjek-subjek *Teras* macam Bahasa Melayu (kau tak dapat BM A, jangan duduk Malaysia la Dik.. Gulp!), BI, Matematik Moden dan Agama. Huhu. Kalau tanya keputusan yang lain menangis adik-adik tengok. Haha.

Akak dulu tak berapa bijak dalam subjek Sains. Terutama Kimia atau Chemistry. Masa kelas Kimia akak selalu tidur kat makmal Kimia. Bila cikgu tanya unsur-unsur Kimia kat Jadual Berkala tu sumpah akak tak ingat. Kecuali o2, Oksigen. (Itupun akak tanya ofismate ni ha. Ada ke aku ingat H2o tu Oksigen. Padahal itu air! Adui. Tiba-tiba dilanda amnesia pula.)


*Heh, ni bukan 'Jadual Berkala Kimia' ye adik-adik. Ini Jadual Code Internet!*


Malu akak nak cerita keputusan SPM akak yang lain-lain tu. Tapi akak tak segan silu nak beritahu, akak ni berpandangan jauh. Sebelum tahu result SPM dan sebelum masuk Tingkatan 4 lagi akak dah tau kos apa akak nak ambil bila masuk universiti. Akak dah kaji awal-awal subjek yang kena dapat kredit yang cukup atau lulus untuk ambil jurusan tersebut. Malah akak dah aim awal-awal universiti mana nak masuk untuk ambil jurusan atau course itu. Adik-adik dah tahu?

Selalunya budak-budak pandai ni lepas SPM baru fikir nak jadi apa. Maklumlah, *master* dalam semua subjek. Tapi akak ni kat kelas asyik tidur je. Manalah nak master, PHD atau degree semua subjek. Hehe. Subjek kegemaran akak dulu ialah Bahasa Melayu sebab boleh tulis *cerpen* dan hantar kat majalah mana-mana yang nak terbitkan cerpen akak tu. (Serius dulu cerpen aku pernah masuk Majalah FOKUS SPM tahun 2002. Tak ingat apa tajuk cerpen. Haha.)

Tup tap bila dah dapat keputusan yang ok dan bolehlah masuk universiti tu, akak terus ke jurusan pilihan akak. Alhamdulillah. Pilihan no 1 akak masa tu ialah Architecture di UITM, tapi pergi interview tak lepas sebab pakaian tak *vogue* kot. Hanya orang-orang yang memang *tangan seni* seperti Cik Sophie yang terpilih ambil Architecture kat UITM ni tau. Pilihan kedua- Interior Design di UITM gak, memang tak dapatlah sebab dah pergi interview untuk Architecture kan. 

Namun alhamdulillah, pilihan ketiga- Architecture & Environmental Design di UIA pula yang dapat! Best sangat! (Walaupun tak tidur, duit banyak habis, kena kutuk design dek lecturer,etc) Tapi bila masuk degree baru dapat ambil course yang diidam-idamkan iaitu Interior Design la. Akak bersyukur apa yang akak aim sejak Tingkatan 4 tu menjadi kerjaya akak sekarang. Tak pernah menyesal ok.



Jadi akak harap, kepada adik-adik yang dah dapat keputusan SPM tu, tak kira result anda cemerlang atau tidak berapa cemerlang, janganlah adik-adik berputus asa. Hidup ini perlu diteruskan. Gagal sekali bukan abadi ya adik-adik.


Apa yang paling penting, buat keputusan yang bijak selepas ni. Buat pilihan course atau jurusan yang terbaik. Buat research tentang peluang pekerjaan kos yang mahu diambil dan di universiti mana boleh ambil jurusan tersebut. Jangan sebab mak ayah suruh jadi doktor, adik takut darah pergi jadi doktor pula. Jangan sebab boyfriend dah lamar kahwin, adik-adik bercita-cita nak jadi *suri rumah* pula. Haha.


Segala keputusan terletak di tangan adik-adik kerana masa depan, adik-adik yang punya! Semoga Allah s.w.t. permudahkan perjalanan hidup adik-adik semua. Jaga diri. Wassalam.



21 comments:

  1. bagusnya kamu dapat sesuatu apa yang kamu ingin belajar :)

    ReplyDelete
  2. @KHRLHSYM
    Alhamdulillah..ada rezeki adala..^_^

    ReplyDelete
  3. saya dulu dapat 1 jer A... hahaha... sedih... English je A...

    ReplyDelete
  4. @papabear
    English je A.And now u're becoming..somebody...eh?^_^

    ReplyDelete
  5. kalo dulu dgr motivasi camni kan best..haha..pdhal salu je ade kursus motivasi..xpe, bersyukur dgn life skang..adik2 sekalian dgr ye pesanan akak aira ni..

    ReplyDelete
  6. @dla
    haha...dulu ms kursus motivasi,pakar motivasi hanya tekankan suruh dapat A banyak2.tanpa mberitahu dunia realiti pekerjaan yang sebenar..harap adik2 contohi juga kak dla yang aktif bersukan!*wink*

    ReplyDelete
  7. semoga berjaya! kejayaan akan dtg bukan dtg dr result spm tp sumer dari hati dan niat kita dalam membentuk diri kita. jika boleh, kerja sendiri utk masa depan khususnya. ;) ;)

    ReplyDelete
  8. owh, interior designer rupanya. bolehlah tempah nati ek ;)

    ReplyDelete
  9. @Mommynana
    sokong!memang kena ada perancangan utk buka bisnes sendri / kerja sendri.yg penting kena bersungguh2 dalam setiap yang kita impikan..

    ReplyDelete
  10. @Amirez
    ye ke?nak tempah apa?sy tak jahit langsir ye..haha

    ReplyDelete
  11. saya dpt straight a spm, yeay.....jap, masih perasan muda lg :P

    ReplyDelete
  12. panjangnyer..hehe..tapi betul.kalau result tak ok pun sebenarnya boleh berjaya..yang penting jangan putus asa

    ReplyDelete
  13. @Gerrard.
    anda sentiasa mudala gerrard...=P

    @A'IM
    betul.betul.betul.

    ReplyDelete
  14. KADANG-KADANG YANG TAKDE A TU YANG BERJAYA LEBIH DARI MEREKA DAPAT SEMUA A.. TUL TAK? YANG PENTING DIRI SENDIRI YANG INGINKAN KEJAYAAN..

    ReplyDelete
  15. @Fairus
    Betul.Dapat A tak bermakna kejayaan hakiki.Dapat A bermakna berusaha untuk mengekalkan A yang ada..hihi

    ReplyDelete
  16. dpat a time spm banyak but masuk u x pandai...tapi owg yg sedang2 dpt a masuk u jd pandai...cm perubahan iklim pulok ..kankan =)

    ReplyDelete
  17. bleh jadi pakar motivasi nih..
    bgus r, dah ade aim sejak form 4 lagi..
    shark dh smpai ambik degree n final sem pn konfius gak..hahahaha~
    nak jd auditor ke accountant ke tax advisor ke PTD ke, financial consultant ke??
    byk x?? hehehe

    ReplyDelete
  18. Tahniah kepada mereka yang cemerlang...


    RAM & ROM

    ReplyDelete
  19. @Iqa
    Betul.try la check budak2 studio Iqa tu,brapa rmai yg cemerlang SPM,tapi cemerlang ke *attitude* mereka skrg?huhu

    @Shark
    Bidang yang awak ambil tu luas *lubang2 pekerjaan* yg ada.Kerjala benda yg awak minat n njoy buat.Jgn pilih kerja yg stress ok..

    @Miecyber
    Tahniah juga...

    @Nelly
    Takde A takpe..yg pntg truskan usaha,byk lagi ruang utk *A* itu dikutip..huhu

    ReplyDelete
  20. sis..susah ka bljr course interior designer?..bley bagi tips x??..

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!