Tuesday, March 22, 2011

Jepun: Gempa Bumi & Tsunami.


Walaupun peristiwa gempa bumi dan tsunami di Jepun ni dah berlalu iaitu pada 11 Mac lalu, tapi aku nak tulis juga entri tentang malapetaka ni. Ternyata apa yang berlaku ni ujian daripada Allah dan petunjuk buat kita yang kadangkala sibuk mengejar hal dunia ni je. Tak percaya? Bacalah ayat ni:


Apabila berlaku hari kiamat itu, 
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. 
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat). 
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. 
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, 
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran..
(Surah Al-Waqiah Ayat 1-6)

Dalam Al-Quran, memang banyak petunjuk Allah s.w.t. nak bagi supaya kita beringat kepada apa yang mungkin akan berlaku. Tapi nasi sudah jadi bubur. Setinggi mana pun ilmu seseorang itu, takkan dapat lawan ilmu DIA. Jepun yang memang mempunyai kepakaran tinggi dalam teknologi masa depan dan bergelar negara maju juga akhirnya tewas dengan kuasa Allah s.w.t.

Apa-apa pun aku tetap respek dengan negara Jepun yang mempunyai teknologi dan persediaan yang boleh tahan hebatnya dalam menghadapi malapetaka seperti gempa bumi dan tsunami. Bukan negara je, malah rakyat mereka juga dah diajar tentang latihan keselamatan bila berlaku kecemasan. Lebih hebat bila berlakunya gempa bumi berskala 9 masih ada bangunan yang tetap berdiri kukuh dan tak rebah serta-merta! Respek dan tabik aku dengan mereka, lagi-lagi bila tengok video ni: 


Sepanjang aku belajar dalam bidang membabitkan bangunan, aku memang banyak kali didedahkan tentang skema pembinaan bangunan yang terbaik oleh negara Jepun. Ada cerucuk dikorek dalam tanah yang membantu bangunan tetap berdiri utuh walaupun gegaran berlaku di situ. Struktur bawah tanah itu juga disokong oleh satu tapak sokongan atau base isolation pads yang membantu bangunan daripada tumbang serta merta ke tanah.


Daripada gambar yang aku ambil daripada website ni, aku rasa korang akan lagi faham tentang teknik sokongan bangunan pencakar langit di Jepun. Tak silap aku KLCC pun guna struktur lebih kurang macam ni juga. Sebab tu kalau tengok dengan mata kasar boleh nampak KLCC bergoyang-goyang sikit bila angin bertiup kuat atau kapal terbang lalu di sekitarnya.

Jepun sebenarnya dah cuba sedaya-upaya untuk menghadapi ujian alam ni. Untuk menghadapi tsunami juga, mereka dah dirikan tembok setinggi lebih kurang 10 meter namun tembok tersebut juga berjaya ditembusi oleh ombak tsunami yang menyerang kawasan Sendai, Miyagi dan Fukushima Jepun.

Sebenarnya, krisis Jepun yang kini ditimpa masalah pencemaraan radiasi nuklear juga sedikit sebanyak mempengaruhi ahli keluarga aku sekarang ni. Kebetulan adik yang belajar di  Universiti Okayama di Jepun balik bercuti semester selama sebulan di Malaysia. Sepatutnya dia nak balik Sabtu lepas (19 Mac 2011) tapi atas desakan keluarga, dia terpaksa tunda penerbangannya. Keluarga kami agak risaukan dia sebab takut apa-apa jadi kepadanya walau pun dia cakap, kawasan Okayama tu agak jauh dari Tokyo.

Jadi nak tak nak, walaupun ada sebahagian pelajar Malaysia di Jepun yang dah pulang ke Malaysia baru-baru ni, adik aku pula akan terbang ke Jepun hari Rabu ni (23 Mac 2011). Tolong doakan keselamatan dia di sana nanti ok. Apa-apa hal kami dah pesan suruh dia siap-siap bungkus barang-barang dia, kalau apa-apa jadi boleh cepat-cepat lari bawa barang-barang penting. Huhu.

*Pic masa hantar adik aku Syairah (tengah) di KLIA tahun lepas.*

Semoga apa yang berlaku kepada Jepun menjadi iktibar buat kita. Ujian Allah s.w.t. ni tak mampu diramal sesiapa pun. Sehebat mana pun teknologi, takkan dapat lawan kuasa Tuhan. Jadi jangan tunjuk pandai sangat macam makcik ni yang begitu bijak bagi statement mengarut tentang Jepun yang tak gunakan green technology. Hakikatnya negara kita pun patut batalkan terus hasrat untuk bina loji nuklear yang lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan tu. Katakan Tidak Kepada Loji Nuklear!


12 comments:

  1. JEPUN MEMANG HEBAT.. TAPI MALANGNYA NEGARA TERSEBUT DI DALAM LINGKARAN GEMPA BUMI..

    ReplyDelete
  2. @Fairus.
    Betul.Tapi bagusnya Jepun bersedia juga dan ambil berat situasi tu sblm dtg.Apa2pun dah takdir..redha jela..

    ReplyDelete
  3. kejadian di Jepun ada menunjukkan jika Allah mahu jadikan kiamat, memang manusia tak boleh buat apa2 walaupun sehebat mana kemajuan manusia..

    ReplyDelete
  4. @Papabear
    Tanda2 kiamat dah jelas.kalau kaji ayat2 DIA mmg dah terang DIA beritahu kita supaya ready.persediaan sbnr bukan *teknologi*,tapi amalan yg nak di bawa ke dunia lain..semoga Allah berkati kita..amin

    ReplyDelete
  5. sbb negaranya mmg dlm lingkaran gempa bumi kan..tp mmg suke tgk cara dorg hadapi bencana ni..sgt cool..adik aira blaja kat jepun gak rupenye..hope adik samat kat sana..

    ReplyDelete
  6. @dla
    dorg cool kan dla..dah kecemasan camtu tp masih boleh beratur bila nak ambil makanan & mendahulukan org yg lbih memerlukan dr dri sndri..kalau org Malaysia..taktau camna.adik bru nak msuk 3rd year kat sn.doakanla slmt...huhu

    ReplyDelete
  7. harap adik u selamat ^_^
    Jepun pasti pulih lg kuat selepas ni

    ReplyDelete
  8. @Gerrard
    amin~
    thnks...Jepun ambil ms 5thn utk pulih sepenuhnya.tp dorg mesti boleh...huhu

    ReplyDelete
  9. jepun kan hebat, diorg mesti kejap je akan ok. nnti mesti diorg imrovekan lg teknologi diorg.
    mcm structure bgnn dll

    ;)

    ReplyDelete
  10. @syakey

    Jepun masyarakat berdisiplin.mmg betul akan pulih cepat.tapi ujian Allah ni tak tahu bila akan berakhir buat mereka.sm2 doakan..^_^

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!