Sunday, March 20, 2011

Antara Kemalasan Dan Kerajinan.



Ini adalah status aku di Facebook malam semalam. Aku tulis status macam tu sebagai peringatan kepada diri sendiri. Aku sedar aku dah jarang update blog. Serius rindu blog ni. Tapi aku tetap kena buat pilihan. Kadangkala aku kena korbankan blog demi kerjaya aku. Lagi pun aku tulis blog sebagai hobi. Tapi kerjaya aku... Separuh daripada hidup aku sekarang.


Aku pernah cerita pasal dilema kerja aku dulu. Alhamdulillah, sekarang aku dah tetapkan pendirianku. Aku akan terus berada dalam bidang aku sekarang. Tahniah buat diri sendiri sebab dah tiga kali tolak tawaran jadi pensyarah atau lecturer. Huhu. Orang lain beria dan berebut-rebut nak jadi pengajar. Tapi aku...

Kepuasan bekerja sekarang bukan sebab duit. Serius aku cakap kat korang. Gaji aku tak sampai RM2000. Hidup kat Kuala Lumpur ni, gaji di bawah RM3000 berada dalam golongan *miskin tegar*. Maknanya aku kerja sekarang bukan sebab duit semata-mata. Tapi kepuasan dalam bekerja itu penting. Daripada kepuasan itu juga mendatangkan pekerjaan yang ikhlas. Insya-Allah.



Kerjaya Interior Designer ni orang kata glamour. Dapat design rumah orang-orang kaya. Dapat travel jauh-jauh kalau kerja dengan company besar. Betul. Tapi kepuasan dalam kerja aku sekarang bukan datang daripada design rumah orang kaya. Tapi...

Kisahnya bila ada walk-in customer datang ofis aku. Akak ni datang nak buat kabinet dapur. Untuk grab pelanggan, kena cepat bagi harga atau cepat tawarkan servis supaya pelanggan tak lari. Jadi aku terus tawarkan diri untuk pergi buat ukuran di rumah dia. Sampai sana aku tengok dapurnya agak kecil. Maklumlah, tinggal di apartment jenis rekaan lama. Di dapurnya cuma ada concrete top untuk dia letakkan dapur dan sink. Kabinet dapur langsung takde, jadi bahagian bawah dapur hanya ditutup dengan kain langsir.


Apa yang aku nak beritahu, kakak ni dan suaminya dan 9 tahun tinggal di rumah tu. Tapi baru sekarang mampu buat kabinet dapur yang lengkap. Bila dah ukur dan bagi harga, dia macam fikir banyak kali sama ada nak buat atau tak. Aku jadi tak sampai hati bila dia minta kurangkan harga sebab harga yang diberi melebihi bajet. Sebab tu, aku merayu-rayu kat bos supaya bagi dia diskaun kat dia. Bos pun bengang dengan aku. Haha. Yela, orang nak bagi untung company, aku pula sibuk nak bagi orang lain dapur dengan harga murah. Hihi.

Alhamdulillah, akhirnya bos bagi juga harga yang berpatutan untuk kakak tu. Semangat kakak tu datang ofis bayar setengah dari kos. Jalan kaki ok. Kalau orang kaya yang aku pernah deal, minta designer fees RM5000 pun main tarik tali tak mahu bagi. Padahal rumah 9 juta! Sengal betul. Dia ingat kita nak sangat tipu dia bila minta designer fees. Erk.

Akhirnya siap juga dapur kakak tu. Masa aku ambil bayaran akhir daripada dia, happy sungguh! Beria dia bercerita jiran tetangga seorang demi seorang datang tengok dapur dia. Daripada tutup pakai langsir, alhamdulillah, sekarang dapur dia dah ada *pintu kabinet* untuk sorok barang-barang yang banyak di dapur. Daripada takde kabinet di dinding, dah ada kabinet tambahan untuk simpan barang.


*Ok. Ini bukan dapur akak tu. Ini ialah antara projek yang menyebabkan aku tidur pukul 3 pagi semalam. Alhamdulillah, dah dapat projek ni. Hoho*

Itulah kepuasan yang aku dapat bila bekerja. Dapat tolong orang dan dapat buat orang lain gembira bila ada rumah yang cantik. Tak kira orang tu orang berharta atau kurang berkemampuan, asalkan mereka puas hati dan gembira, aku pun akan gembira juga.

Sejak itu aku jadi bersemangat nak bekerja. Aku jadi *rajin* sikit daripada sebelumnya. Minggu ni juga, alhamdulillah, aku dapat buat sale RM30K. Bukan saja hasil jualan secara *independent* berjalan lancar, malah aku juga dapat kawan baru. Seronok dapat berkenalan rapat dengan pelanggan sampai dia jadi akrab dengan kita dan percaya kita mampu buat yang terbaik untuk rumah mereka.


*Chaiyok!*

Jadi aku kena terus jadi rajin dan rajin. Kalau aku malas dan malas, aku kena kuatkan diri untuk menghadapi *ujian* itu. Rajin itu hikmah. Hikmahnya, insya-Allah ada rezeki aku nak bernikah tahun depan. Hafiz pun makin rajin sekarang ni. Boleh dikatakan dia OT tiap-tiap malam. Sabtu dan Ahad pun dia kerja semata-mata nak cari duit. Kalau macam tu bolehlah demand hantaran tinggi-tinggi kan? Haha.


*Jadilah rajin seperti semut. Beban yang dipikul melebihi kemampuan mereka. Tapi berkat kerajinan dan usaha yang keras hasilnya ialah rezeki yang bertimpa-timpa buat mereka.^_^*

Aku minta maaf kepada blogger yang lain sebab jarang blogwalking. Insya-Allah, lepas taip blog ni, aku singgah blog korang ok?

Jaga diri semua. Wassalam. 

5 comments:

  1. anak-anak kene rajin..
    tidak elok untuk bermalasan nie.
    hahaha.
    ;p

    ReplyDelete
  2. @Arief
    Haha.betul2.silalah jadikan anak2 anda lagi rajin drp anda..haha

    ReplyDelete
  3. saya sedang tersangat malas nak study untuk exam..

    ReplyDelete
  4. ternganga tgk projek aira tu..smartnye..nt nak srh aira design gakla interior rmh dla..xpelah, dla pun kalo bz, terpakse tmggal gak blog ni..kerjaya lbh penting kan..chaiyok2 !!!

    ReplyDelete
  5. @papabear
    oh.sila jangan malas2.sila jadi rajin.haha

    @dla
    thanks dla kerana anda sering mberi support kpd sy.walaupun kita jauh,dekat je rsnya kan..huhu..anda pun chaiyok2!

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!