Tuesday, March 1, 2011

Bercinta Dengan Buku: Tiga Kali Seminggu


Bulan lepas aku berjaya membeli lima buah buku. Empat buah buku Bahasa Inggeris dan satu buku Melayu karya penulis kegemaranku, Faisal Tehrani. Buku bertajuk Tiga Kali Seminggu ini merupakan buku keempat tulisan beliau yang aku baca selepas novel Manikam Kalbu, 1515 dan 1511H Kombat.


Sebelum aku ulas lebih panjang tentang buku Tiga Kali Seminggu, ingin aku kisahkan mengapa aku begitu menggemari karya Pemenang Hadiah Sastera ini. Cerpen pertama beliau yang aku baca dalam buku teks Sastera suatu masa dulu, Kerana Manisnya Epal merupakan rujukan utama ku untuk menyusun ayat-ayat indah dalam penulisan ku. Seterusnya buku 1515 yang aku pinjam dari perpustakaan UIA tambah menguatkan minat ku terhadap hasil karyanya. Watak srikandi Tun Nyemah Mulya dalam buku tersebut begitu mempengaruhi aku sehingga aku pernah mencari kebenaran sama ada watak tersebut wujud atau tidak semasa zaman Portugis menjajah Melaka. 1511H Kombat juga aku pinjam dari perpustakaan namun jalan ceritanya aku sedikit lupa. Novel Manikam Kalbu pula adalah novel pertama yang aku beli berkisar tentang sisipan sejarah asal-usul baju kurung dan pakaian tradisional Melayu.


Berbalik kepada buku Tiga Kali Seminggu, buku yang menghimpunkan 15 cerpen karya Faisal Tehrani ini baru diterbitkan tahun lepas namun nukilannya adalah kesinambungan hasil karya beliau dari zaman awal penulisan beliau hingga kini. Cerpen Tiga Kali Seminggu yang diangkat menjadi tajuk buku merupakan ocehan beliau tentang seorang ustaz bernama *Ustaz Agil* yang menjadi rebutan di sebuah kampung. Kisahnya bersangkutan pula dengan janda bernama *Zaheeda* yang kesunyian setelah diceraikan suami. Cerpen ini ditulis dengan niat memberikan kisah sensasi dalam bentuk hiburan kerana nama watak utama hampir mirip kisah seorang ustaz atau *celebriti* di negara ini yang akhirnya berkahwin dengan seorang penyanyi bertudung. (Rasanya semua orang sudah dapat menangkap siapa mereka.)
Pembukaan buku ini sebenarnya dirasmikan dengan cerpen bertajuk *Rindu Ini Luar Biasa* yang memaparkan perjuangan Mahasiswa di era 70-an dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Penulis bijak mengisi plot cerita dengan kisah cinta tak kesampaian antara dua insan, Zaharah dan Hakiman. Secara kasar, cerpen ini menegur sikap kerajaan yang tidak bersungguh dalam memperjuangkan Bahasa Kebangsaan berikutan dasar pendidikan  iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMIyang kini sudah dimansuhkan.

Cerpen yang paling menjadi kegemaran ku ialah cerpen Muhammad Ulul Albab. Mungkin kerana watak utama, Mario Chavez merupakan seorang Arkitek dan bidangnya agak sinonim dengan bidang ku. Dalam cerpen ini, Mario Chavez diberi hidayah memeluk agama Islam sebaik dia bertemu pelukis bernama *Pelangi*. Wanita yang tidak pasti dari mana asalnya itu menggelarkan Mario sebagai Muhammad Ulul Albab. Dia juga menerangkan kepada Mario tentang senibina Rumah Serambi Melaka yang metaforanya selari dengan ajaran Islam. Kajian beliau tentang senibina lama itu membangkitkan isu supaya pereka sepatutnya mengaplikasikan tiga visi iaitu *berbuat kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah* dalam rekaan supaya segalanya berbalik kepada ajaran Islam yang sebenar.

*Rumah Serambi Melaka*

Kisah lain yang menyentuh jiwa ku ialah cerpen bertajuk Cinta Medeni. Walaupun kisahnya agak klise iaitu bertemakan kisah cinta antara dua watak, Zanjabila dan Medeni, tapi bingkisan dibalik kisah ini ada isi kajian tentang *konsep waktu menurut Islam*. Nukilan beliau ini buat aku tersenyum terutama bila membaca pengakhiran kisah yang memberi tiga teka-teki yang begitu menguji minda. Salah satu teka-tekinya berbunyi:

"Apakah lima makhluk yang berjalan di muka bumi ini, tetapi tidak satu pun lahir dari kandungan ibunya?"

Kalau mahu jawapannya, sila baca karya penulis tersohor, Faisal Tehrani. Anda mungkin fikir buku karya lelaki ini tampak berat. Namun jika dihayati setiap bait-bait indah tulisannya, intipati, kajian dan sejarah yang menjadi susuk plot cerita, anda akan jadi terkesan dengan cerpen-cerpen di dalamnya. Selamat membaca!

24 comments:

  1. wah. teruskan membaca! mungkin sekarang i kena baca buku bahasa melayu dah.

    ReplyDelete
  2. @KHRLHSYM
    heh.buku Melayu naratifnya singkap emosi.buku Inggeris naratifnya singkap imaginasi.Aoa yang penting jangan berhenti membaca.^_^

    ReplyDelete
  3. wahh, tahniah berjaya bli 5 buah buku tu..pnh dgr nama beliau tp x pnh bc lg karya beliau..stakat ni dla ketagih dgn novel RAMLIE AWANG MURSHID jer..

    ReplyDelete
  4. xpernah minat untuk membaca.
    hohoh..
    sangat sadis.
    ;D

    ReplyDelete
  5. @dla
    Karya RAMLIE AWANG MURSHID hanya satu saya pernah baca bertajuk ADAM. Bukan tak suka dia,tapi agi saya,membaca buku thriller Bahasa Inggeris lagi best sebab penuh dengan imaginasi yang mendalam.

    @arief
    Membaca tak semestinya membaca *buku*.membaca surat khabar atau blog kira membaca juga kan?

    ReplyDelete
  6. @Fairus
    Reading is the highway to gain knowledge.^_^

    ReplyDelete
  7. betul tu jangan berhenti membaca, tapi i banyak buku politik haha. mintak cadangan buku bahasa melayu ape best yang tidak melibatkan emosi, tapi melibatkan lebih kepada imaginasi + emosi?

    ReplyDelete
  8. @KHRLHSYM
    karya Faisal Tehrani,1515 bagi saya adalah yang terbaik bila membabitkan imaginasi.tapi dia buku Sejarah.Mungkin agak berat.Kalau novel Melayu yang bagus beli dari penerbit Jemari Seni. Tak digalakkan beli Alaf 21.Sebab banyak cerita *makcik2*.haha (pendapat peribadi)

    ReplyDelete
  9. sungguh rajinye membaca... saya ada 3 buku nak baca untuk exam tapi tak baca2 lagi sampai sekarang.. hehe...

    ReplyDelete
  10. @papabear
    buku exam memang takde orang *terlalu rajin* untu baca kecuali waktu sehari sblm exam.=)

    ReplyDelete
  11. sangat suka buku yang berat-berat, sebelum ni i baca lord of the ring, memoirs of geisha, da vinci code dan lain-lain. hehe. mungkin akan cuba membeli buku faizal tehrani dulu.

    ReplyDelete
  12. bilo nak bg pinjam nie....

    ReplyDelete
  13. hmm bagus, Gerrard je malas nak membaca novel cmtu..setakat baca sinopsis kulit belakang, pastu reka cerita sendiri :P

    ReplyDelete
  14. @KHRLHSYM
    Buku yang awak baca tu agak *berat* bagi saya.Buku paling berat (English) sy baca karya Sidney Sheldon.Cerita orang bunuh2.haha

    @ano@aina
    datang umah...

    @Wan Gerrard
    haha..baca sinopsis takde feel la..

    ReplyDelete
  15. mak aihh kalau naz baca mahu boleh tidur seminggu haha :)

    ReplyDelete
  16. @Naz
    aik?Encik Naz tidak membaca buku Melayu?Jadi daripada mana *ayat-ayat* cantik datang?

    ReplyDelete
  17. Faisal Tehrani? mati-mati ingatkan dia tua -_-'

    Kak Aira buatkan saya nak mula membaca buku kembali. Cuma tercari-cari novel Melayu yg bagus utk dibaca.

    Kurang gemar novel cinta sekarang, jalan cerita selalu lebih kurang so dah malas sikit nak baca.

    Suka baca novel investigation =)

    ReplyDelete
  18. @Sophie
    Aduhai Adikku Sophie..tidak kenalkah Faisal Tehrani? Sayangla.Dia antara penulis terbaik yang akak suka baca. Buku Melayu yang babitkan investigation yang akak tau cuma *Ramlee Awang Mursyid* je.Kalau masa kecik2 baca Siri Salma.(Nancy Drew)Haha

    ReplyDelete
  19. ahhh.. buku. xbleh kata tidak pd buku :)
    se2org itu adlh apa yg dibacanya. btul ke?

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!