Assalammualaikum dan salam sejahtera. Maaf sekali lagi sebab dah jarang update blog dan blogwalking. Sibuk yang dibuat-dibuat dan bila malam hanya mahu berehat di TV. Haha. Sumpah addicted tengok cerita Burn Notice kat Fox Channel Astro. Hensem dan lawak mamat Jeffery Donovan yang berlakon sebagai Michael Westen tu. Uiks.
*3 Mamat Hensem dalam 3 Siri Cerita yang aku suka tengok- Royal Pains, Burn Notice dan White Collar*
Kerana kemalasan dan kesibukan juga, niat untuk buat blog tentang design masih tak tercapai. Idea dah ada, tapi nak buat template dan background khas sikit punya lemah nak buka PC dan design. Doakanlah kerajinan itu terbit dalam diriku ini. Amin~
Hari ni nak kongsi design *penghadang* atau dalam English called as partition or divider. Penghadang ni bagus ada di rumah sebagai dinding sementara dan membahagikan ruang dalam rumah kepada dua bahagian dengan fungsi yang berbeza. Selain itu, adanya penghadang juga dapat menjimatkan kos anda untuk membina dinding baru hanya sebab mahu ruang tambahan dalam rumah.
Sebelum meletakkan penghadang atau divider di rumah, pastikan ruang yang anda mahu pisahkan itu mempunyai keperluan asas yang cukup. Keperluan asas di sini maksudnya seperti plak dan suis lampu yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti di ruang yang baru wujud. Sekurang-kurangnya bila ada plak, bolehlah tambahkan lampu atau kipas di ruang tersebut sebagai pengcahayaan dan pengudaraan tambahan.
Anda juga perlu periksa aktiviti yang akan dilakukan di ruang yang baru dipisahkan dengan penghadang itu. Periksa ruang udara dan cahaya seperti tingkap dan pintu, sama ada bersesuaian atau tidak dengan aktiviti yang bakal di jalankan di situ. Jika ruang yang dipisahkan itu adalah ruang privasi seperti bilik solat, pastikan penghadang dibuat daripada bahan kalis bunyi dan penghadang itu tertutup penuh daripada boleh diintai dek orang lain.
Seterusnya, penghadang yang baru ada itu juga perlukan sistem sokongan yang baik. Jika anda mahu letakkan tapak penghadang berlabuh di atas lantai, pastikan lantai anda rata. Sebaliknya jika mahu penghadang bergantung di siling, pastikan keadaan siling selamat dan sesuai untuk menggantung penghadang.
Terdapat pelbagai saiz penghadang yang ada di pasaran. Oleh sebab itu, untuk ruang yang besar, anda mungkin memerlukan lebih daripada satu penghadang. Jadi jangan lupa ukur saiz ruang anda sebelum membeli penghadang. Oh, jangan lupa juga ukur tinggi siling anda dari lantai. Pastikan saiz penghadang tidak melebihi paras siling ok.
Sistem penghadang yang mempunyai pelbagai fungsi dapat menjadikan ruang tampak kreatif. Sebagai contoh, penghadang yang mempunyai fungsi sebagai rak buku membantu anda menjimatkan ruang dan kos selain menjadikan ruang nampak kemas dan cantik.
Aku rasa itu saja tips yang mampu aku berikan buat mereka yang mahukan sistem penghadang atau divider untuk rumah masing-masing. Apa yang paling penting, anda puas hati dengan design penghadang dan ruang yang dipisahkan berfungsi dengan baik sejurus penghadang berdiri di antara dua ruang tersebut.
Selamat berehat di hujung minggu!
Sources:
Architecture: Interior Design Partition Options
wahhhhh..nak lyn gakla cite burn notice tu..asek korea je..hehe..sume unik gila partition itu aira..cun habes
ReplyDelete@dla..
ReplyDeletesila2..layan cite tu.mesti akan bantai gelak je.partition tu dla buat sendri je.dla kan kreatif..^_^
divider camni memang bagus becoz in future kite bleh bukak or ubah2 kedudukan dia kan XD
ReplyDelete@Faizal n Fashitah
ReplyDeleteBetul!Sebab divider ni tak fix,jadi ruang yang ada boleh diubah ikut kemahuan kita.
manalah nak cari divider yang cantik2 nie..
ReplyDeletenak jugak letak satu kat rumah....
selalunya plg mudah adalah meletakkan rak buku kabinet sbg partition. tp kalau boleh oneday ER nk soh tukang buat sendiri utk attach teros ke siling. kalau ltk je, tkt terbalik lak kalau anak pegang nnt.
ReplyDeletepartition..huhu..
ReplyDeletepak sedare kite ade buat skrin..
leh jugak buat untuk partition kan..
dye buat gune kayu.
cantik.
:D
@mommy jue
ReplyDeleteu boleh minta any carpenter buatkan untuk u with ur own design & material.just bagi mereka gambar dan ask for price quotation.baru puas hati ada partition khas utk diri sendri.^_^
@dawa
betul.elok full height & attach to ceiling.masalahnya standard size cabinet 8' so klu higher than that might be costing.
@arief
Skrin macam mana tu?wah...pakai kayu mesti mahal tapi berkualiti..^_^
cantik jugak some of the dividers..
ReplyDelete@papabear
ReplyDelete^_^
SUKALAH BENDA2 CAMNI.. TAPI RUMAH TAK BESAR SANGAT.. SEMPIT NAMPAK NANTI..
ReplyDelete@Fairus
ReplyDeletekalau nak letak juga,letak yang boleh alih atau movable & not fix.Kadang2 perlu untuk ada tempat privasi.
suka pennghadang rak buku itu ;)
ReplyDelete@KHRLHSYM
ReplyDeletenak susun buku awak yg banyak tu ke khairul?elokla..huhu
ok..mmg tgh mencari2 penghadang nak letak kat rumah. tp design yg stylo2 macam dlm gambar kak aira ni mcm agak susah la nak dapat. hurmmm... =(
ReplyDelete@Sophie
ReplyDeletessh nak dapat?boleh customize design.suruh carpenter buat.buat ada simbol *S* sempena nm Sophie pun ok gak..hihi
salam....wahhhhh.....cantiknyer partition ni....tp kn kalo nk mintak opinion pasal partition leh....rumah sya teres 1 tgkat...ruang tamu terus ke dapur...skrg letak almari dapur sbgai penghadang....tapi boring lak sya gok cra kami letak almari tu....cam ner ek nak ubah supaya x boring gok umah kami tu....
ReplyDeletewslm Sue
ReplyDeleteKalau boleh jangan biarkan full cabinet halang pemandangan dari ruang tamu ke dapur tu. Boleh beli rak yang lubang2 dan boleh letak barang2 perhiasan. Bila ada rak macam tu,cahaya dari tingkap boleh tersebar ke seluruhan rumah. That's my personal opinion..terima kasih singgah.^_~
kedai mana yg jual partition cani...cantekkk
ReplyDelete@Lenda
ReplyDeleteSelalunya partition macam ni boleh dapat di kedai perabot kayu atau kena *customize* atau tempah khas drp tukang kayu.
Mana nak carik divider ni???? Takde ke kat jusco ke
ReplyDeleteSelalunya partition macam ni boleh dapat di kedai perabot kayu atau kena *customize* atau tempah khas drp tukang kayu.
DeleteShopping mall tak silap saya ada di Viva Home, Cheras. (Tepi Jalan Loke Yew)