Sunday, February 27, 2011

Bestfriend Saya Dah Kahwin!



Tahun 2011 ni ramai sahabat aku yang akan melangsungkan perkahwinan. Bestnya orang lain murah rezeki nak kahwin, aku ni duit simpanan nak kahwin pun tak tahu tahun bila baru cukup. Huhu.

Perkahwinan sahabat aku tahun ni dirasmikan oleh bestfriend aku sejak zaman sekolah rendah, Suhaida. Lama dah aku kawan dengan dia, sejak kami Darjah 1 Delima kat SK Convent Bukit Nanas 1 (CBN). Seingat aku hanya masa darjah dua kami lain kelas, yang lainnya semua belajar di kelas yang sama.


Aku rapat dengan Suhaida atau Su sebab utamanya sebab dia banyak cakap. Haha. kalau sapa kata dia pendiam memang tak kenal diala. Tapi kami paling rapat sebab kami naik bas sekolah yang sama masa aku darjah 5 dan 6 kerana kebetulan rumah kami sama-sama di area Ampang ni. Pukul 6 pagi dah kena naik bas sekolah untuk ke sekolah bawah Menara KL tu.

Banyak sangat kenangan masa sekolah rendah yang kami kongsi bersama. Biasalah, budak-budak. Main batu seremban, main getah, main baling kasut, dan semua permainan yang budak sekolah perempuan akan main. Haha. Paling kelakar masa darjah 6 kami pernah ada satu group *Sailormoon* yang selalu study sama-sama habis kelas tambahan. (Sebenarnya banyak *study sing* daripada study group kot.) Dalam group ni Su jadi Sailor Mars, aku jadi Sailor Venus. Haha. Gile kanak-kanak masa tu.


*Sailor Venus & Sailor Mars yang masih bekerja. Mungkin yang lain dah bersara kot. Haha*


Kebahagiaan yang dijangka berkekalan (ayat-ayat nak berpisah) terputus seketika bila kami masuk Tingkatan 1. Aku masuk asrama manakala Su terus belajar kat CBN. Zaman dulu bila rindu-rindu kami rajin tulis *surat cinta* jadi bila balik asrama cuti hujung bulan aku akan dapatlah surat daripada Su dan kawan-kawan aku kat CBN yang rindu aku. 

Seterusnya bila aku masuk Matrik UIA, aku dengan Su tiba-tiba terputus hubungan. Sebab apa? Biarlah rahsia. (Nyanyi lagu Siti jap.) Lama gakla kami terpisah dan tak contact, dekat 7 tahun aku rasa. Namun kebaikan *Facebook* menemukan orang yang terpisah memang tak dapat dipertikaikan lagi. Heh. Nasiblah minah ni ada inisiatif nak cari aku. Kalau tak...



Jadi hari Sabtu yang lepas (19 Februari 2011) selamatlah Su menjadi *Puan Suhaida*. Walaupun aku tak pergi ke Majlis Nikah dia, aku sempat pergi ke Majlis Persandingannya kat Dewan Merak Kayangan, dekat Dewan Felda situ. Aku dengan selamba datang lambat, sampai-sampai dia dah nak potong kek dah.


Jujurnya masa dia kat atas pentas tu potong kek, dalam hati aku macam nak nangis. Tak tahulah kenapa, mungkin sebab ada rasa terharu bercampur happy kat situ. Siapa tak terharu beb, kawan dari kecik sampai besar dah kahwin. Huhu.


*Mak, adik saya dan Pengantin.*

Apa-apa pun aku sangat happy untuk dia. Aku harap suami dia, Kamil akan jaga dia elok-elok. Lagi satu aku harap gak, lepas kahwin ni dia tak lupakan aku dan kalau ada masa, dapat keluar *dating* dengan aku.

Buat Su,
Aku doakan yang terbaik untuk kau. Semoga dapat jadi isteri yang solehah dan masih taat pada Mak dan Ayah kau yang tinggal sekangkang kera je dari rumah baru kau tu. Huhu. Kalau kau perlukan apa-apa, aku akan ada untuk kau k. Insya-Allah, aku akan jadi sahabat kau selama-lamanya. ^_^

Sayang kamu,
Ez.


*Maaf kualiti gambar agak goyah*

7 comments:

  1. best2....

    saya doakan akak pon cepat kawen....

    amin3

    ReplyDelete
  2. @KHRLHSYM
    tuan blog tunggu duit hantaran rm9696.huahua..

    @fatiehah asmui
    thanks dik..amin~

    ReplyDelete
  3. tahniah tuk SUHAIDA..bestnye tgk org kawen..wuwuuuu...

    ReplyDelete
  4. @dla..
    best..tapi sedihla..kawan dah hidup dgn suami..ssh nak hang out sm nanti..huhu

    ReplyDelete
  5. kak aira..nanti kalau akak nak kahwin dah jgn lupa jemput sy eh.. =) kalau dekat boleh lah pergi makan nasi minyak..nyum2... =D

    ReplyDelete
  6. @Sophie
    Insya-Allah. Sophie dekat mesti kn jemput.tapi tak nak bagi nasi minyak.bagi nasi lemak.haha

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!