Saturday, February 5, 2011

Dia. Sahabat. Terbaik.


Aku jarang bercerita pasal dia dalam blog aku ni. Aku pun tak tahu kenapa. Hafiz pun pelik sebab aku jarang bercerita tentang dia dalam blog aku. Padahal dia antara sahabat yang paling lama tahan bersahabat dengan aku yang banyak kerenah ni. Huhu.

Aku tak ingat macam mana aku boleh rapat sangat dengan dia. Dia satu sekolah menengah dengan aku kat Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dari tingkatan satu sampai tingkatan lima, kami tak pernah berada dalam satu kelas tapi pernah duduk satu dorm setengah tahun masa tingkatan lima. Aku tak ingat dorm berapa, tapi aku masih takkan lupa tarikh kami berpisah dorm. 1hb Mei 2002. Macam hampeh sebab adik dorm kami mengadu kat warden kena buli (buli suruh susun kasut je ok). Sebab dia, habis satu asrama kena rombak! 



Bila dah pindah dorm, kami masih rapat lagi. Oh, sebelum tu aku pernah satu *clique* dengan dia. Clique kami dipanggil *GEBA* atau nama penuhnya Geng Baru. Haha. Geng atau clique ni ditubuhkan masa kami tingkatan empat yang terdiri daripada 6 orang. Tapi aku rasa yang masih close tinggal 3 orang je. Lagi 3 orang? No comment. Haha.


Habis sekolah tingkatan lima, masuk universiti, aku masuk Matrik UIA kat PJ manakala dia kat Uniten Pahang ambil Accounting. Aku rasa kami ada lost contact jap dalam setahun lebih. Tapi entah macam mana masa aku dah dekat habis matrik, kami berhubung semula.

Sejak tu kami jadi kawan baik. Macam-macam benda share. Banyak kali gaduh, kecil hati, kutuk-kutuk tapi akhirnya baik balik. Haha. Bagi aku, macam itulah kawan baik. Tak patut sentiasa *perfect*. Kena ada gaduh-gaduh sikit. Baru kita akan hargai orang tu kan?


Aku dengan dia memang banyak kongsi rahsia. Kongsi cerita. Pelik kalau dalam seminggu tak berbual dalam telefon. Sekarang pun boleh dikatakan dua minggu sekali mesti jumpa sebab ditakdirkan dia tinggal kat rumah makcik dia yang kebetulan dekat dengan rumah aku. 

Apa yang aku belajar bila bersahabat dengan dia ialah, jadi jujur dalam persahabatan. Tak perlu nak hipokrit, jaga hati sangat. Sebab "sahabat yang baik ialah sahabat yang berkata benar kepada kita, bukan yang membenarkan kata-kata kita." Bagi aku dia adalah orang itu dan disebabkan dia terlalu mengenali aku, jadi dia berhak tegur aku bila aku buat salah dan boleh merajuk dengan aku sebab tak lama lepas tu dia akan cool balik. Haha.

Buat Namr @ Cik Nurul Aina Mohd Razali,

Terima kasih jadi sahabat Cik Ezdiani. Terima kasih sebab selalu ada dengan aku. Jadi Girlfriend terbaik yang aku pernah ada. Sorry selalu buat kau kecik hati dengan aku. Halalkan apa-apa yang kau pernah bagi kat aku. Aku doakan kau berjaya capai apa yang kau nak, dapat bertemu jodoh dan suami yang terbaik, berkaliber lagi mengambil berat dan yang paling penting, hidup bahagia sampai akhir hayat kau. Amin~


Oh, lupa nak cakap. 
Happy Birthday to you. ♥ u always.

Esok birthday aku pula. Doakan aku dapat jodoh yang baik juga. Hihi. ^_^

2 comments:

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!