Hari ini ialah hari Lahir Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Rasanya semua orang dah tahu tentang sejarah kelahiran Baginda s.a.w. dan kewafatan baginda yang berlaku pada tarikh yang sama iaitu 12 Rabiulawal. Baginda lahir pada Tahun Gajah manakala wafat pada 11 Hijrah bersamaan 632 Masihi pada usia 63 tahun. Bila baca kisah pemergian baginda memang sangat sedih, terutama bila membayangkan situasi sahabat-sahabat baginda yang berada bersama baginda ketika itu.
Bagi aku, persahabatan yang Nabi tinggalkan untuk sahabat-sahabat Baginda memang takkan dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Sahabat-sahabat rapat Nabi kebanyakannya semua dijamin menjadi ahli syurga.
Dari sahabat Abu Dzar r.a., bahawa Rasulullah masuk ke rumah Aisyah r.a. dan bersabda:''Wahai Aisyah, inginkah engkau mendengar khabar gembira?”
Aisyah menjawab :“Tentu, ya Rasulullah.”
Lalu Nabi SAW bersabda,”Ada sepuluh orang yang mendapat khabar gembira masuk syurga, iaitu : Ayahmu (Abu Bakar) masuk syurga dan kawannya adalah Ibrahim; Umar masuk syurga dan kawannya Nuh; Uthman masuk surga dan kawannya adalah aku; Ali masuk surga dan kawannya adalah Yahya bin Zakaria; Thalhah masuk syurga dan kawannya adalah Daud; Azzubair masuk syurga dan kawannya adalah Ismail; Sa’ad masuk syurga dan kawannya adalah Sulaiman; Said bin Zaid masuk syurga dan kawannya adalah Musa bin Imran; Abdurrahman bin Auf masuk syurga dan kawannya adalah Isa bin Maryam; Abu Ubaidah ibnul Jarrah masuk surga dan kawannya adalah Idris Alaihissalam.
Persahabatan Rasulullah s.a.w. dengan sahabat-sahabat baginda sangat akrab. Ketika saat kewafatan Baginda Nabi, dua orang sahabat, Abu Bakar dan Muaz sama-sama pengsan. Abu Bakar pengsan sebelum sempat mengimamkan solat setelah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. manakala Muaz rebah tatkala mengetahui Rasulullah telah pergi dari dunia ini.
Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati." Lalu Mu'az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu'az bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu'az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu'az terjatuh dan tak sedarkan diri.
10 Orang sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijamin masuk ke syurga ialah:
1. Saidina Abu Bakar As-Siddiq
“Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh ummat niscaya akan lebih berat keimanan Abu Bakar. ”(HR. Al Baihaqi)
2.Saidina Umar Al-Khatab
Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana ini. Katanya : Untuk Umar" Hadith riwayat Shiekhaini (Bukhari dan Muslim)
3. Saidina Uthman Bin Affan r.a.
“Orang yang paling kasih sayang diantara ummatku adalah Abu Bakar, dan paling teguh dalam menjaga ajaran Allah adalah Umar, dan yang paling bersifat pemalu adalah Uthman.(HR Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, At Tirmidzi).
4. Saidina Ali B. Abi Thalib
5. Thalhah bin Ubaidillah
Rasulullah pernah berkata kepada para sahabatnya, ”Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa yang senang melihat seorang yang syahid berjalan di muka bumi maka lihatlah Thalhah.”
7. Sa’ad bin Abi Waqqas
8. Sa’id Bin Zaid
9. Abdurrahman Bin Auf
10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Memang beruntung mereka yang hidup pada zaman Rasulullah s.a.w. dan beriman dengan agama yang Baginda sampaikan. Kerana kepercayaan mereka terhadap apa yang Rasulullah sampaikan, mereka rela berkorban demi Islam dan demi Rasulullah s.a.w. sendiri.
Ubadah Ibn As-Samit berkata: Rasulullah SAW mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.(Hadis riwayat Muslim).
Kisah-kisah para sahabat memang banyak boleh kita baca dan kita jadikan tauladan dalam hidup ini. Mereka patut dicontohi kerana mereka hidup bersama Rasulullah dan mencontohi sikap baginda. Bayangkan kalau kita hidup sezaman dengan Rasulullah, adakah kita yakin akan turut sama susah-senang dengan Nabi demi Islam? Adakah kita sanggup membela Rasulullah seperti sahabat-sahabat baginda asalkan Nabi selamat dan dilindungi?
Jadi sempena Maulidur Rasul ini, sama-sama kita menghayati kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. yang dilalui bersama para sahabat demi memperjuangkan agama Allah s.w.t. di bumiNYA ini. Sambil tu aku tujukan lagu Amer Munawer Yusoff- Seluruh Mahabbah.
Rujukan
Menjalin persahabatan cara Rasulullah s.a.w.Para sahabat nabi yang mendapat jaminan surgaSAIDINA ALI BIN ABI TALIB KARAMALLAHU WAJHAH
SALAM MAULIDUR RASUL
ReplyDelete=)
@Nelly
ReplyDeleteThnks..Salam Maulidur Rasul juga...
salam maulidur rasul sys :DD
ReplyDeletemenarik betul post ni. salam maulidur rasul ya :)
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul 1432H..
ReplyDeletesama-sama byk berselawat
semoga kita dpt syafaat
Amin..
@teyqahd
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul..
@Papabear..
Thnks..you too
@Ezal R
Terima kasih..insya-Allah