Menulis itu satu cabang seni yang senyap tapi bernyawa..
Menulis itu satu kepuasan yang kental daripada keinginan yang menebal..
Menulis itu satu kondisi yang kadangkala mahu diri diingati daripada karya dihargai...
Menulis itu satu pisau yang tajam, yang membuatkan suara hati menyakiti yang lain, atau disakiti tanpa disenangi..
Menulis itu satu realiti yang terjadi atau satu mimpi yang tercipta sendiri...
Menulis itu satu ilmu yang diekspresikan dalam baris tulisan yang indah lagi bermadah...
Menulis itu satu perkongsian yang mengiyakan atau menidakkan satu kebenaran...
Menulis itu satu pencapaian yang tak terjangkal akal yang dangkal dan akal yang bijak melawan sengal..
Menulis itu satu kesaktian daripada jari-jemari yang pantas menulis baris ayat dan bait kata yang diyakini asli atau mencuri hasil orang lain...
Menulis itu satu kerinduan untuk menciptakan kegembiraan atau kesedihan untuk si pembaca yang mahu berfikir terus daripada otak dan menilai lurus daripada hati...
Menulislah dan berkongsilah...
Kerana Menulis itu satu keistimewaan dalam diri yang asli, yang unik lagi yang dikurnia oleh DIA Ilahi...
wah wahh :) saya rasa awak seronok menulis:)
ReplyDelete@Naz
ReplyDeletewah wah..saya sentiasa suka hasil tulisan awak Naz..sumber inspirasi..^_^
macy pernah ditanya oleh seorang blogger,
ReplyDeletebagaimana untuk menulis dari hati?
@Macy
ReplyDeleteMenulis daripada HATI= Ikhlas.Jelas & Bernas.^_^
Bila menulis dari hati, pembaca sendiri akan menjiwai apa yang ditulis oleh penulis. Kan JOM FOLLOW SAYA
ReplyDelete