Monday, February 21, 2011

Guna JARI Pun Boleh!



Woah! Guna jari pun boleh! Mari tepuk tangan untuk teknologi akan datang yang dirancang oleh pengedar kaca dan seramik - Corning.




Memang patut *tabik spring* kat Corning ni sebab berani mencipta aplikasi untuk teknologi akan datang menggunakan kaca. Apa yang lebih mengagumkan ialah mereka sebagai pengedar tidak hanya mengkaji fungsi kaca dan seramik malah mengkaji teknologi yang boleh diterbitkan menggunakan kaca seperti barangan elektronik, alat komunikasi dan peralatan rumah yang lain.


Kalaulah pada masa akan datang akan ada teknologi macam ni mesti hidup kita akan lebih mudah dan teratur. Barang-barang dalam rumah pun tak semak bila TV nak nipis, tempat masak tak perlu pakai gas dan frame gambar pun boleh gerak-gerak kat atas peti sejuk ya. Bila kat jalan raya ada pula papan tanda yang mempunyai info terkini (kat Malaysia dah ada, cuma dalam bentuk digital dan selalunya hanya beritahu jalan tutup. Ada latihan perarakan. Huhu) Manakala di tempat awam pula papan tanda petunjuk jalan yang guna jari je untuk tahu jalan dan lokasi pengangkutan awam yang ada kat sesebuah area ok. 

Cuma aku risau, kat Malaysia ni masyarakat boleh ke menghargai harta benda awam? Cuba check area rumah siapa telefon awam atau *public phone* yang masih berfungsi dengan baik? Try skodeng gak, ada tak papan tanda atau nama jalan yang masih baik tanpa contengan dan penampalan iklan *Along*? 

Apa-apa pun teknologi yang aku paling suka ialah displaying glass yang digunakan untuk presentation tu. Bestnya kalau bos aku ada satu, aku ada satu. Tak perlulah nak tunggu dia datang opis baru leh tunjuk design. Hehe.


P/s: Cakap pasal bos tadi kantoi dah kat dia pasal blog aku ni. Habis dia suruh buat blog untuk dia. Adoi..doi..doi...

12 comments:

  1. semua nak main sesentuh je sekarang neh...
    hahhaha

    ReplyDelete
  2. Perghh... memang dahsyat! Mesti mahal barang macam tu..

    ReplyDelete
  3. agak agak promosi harga dia berapa? haha buat lah senarai harga

    ReplyDelete
  4. konsep sesuatu yang indah jika boleh dijadikan kenyataan :)

    ReplyDelete
  5. tak lama lagi pupus la mouse and keyboard... boleh tengok kat muzium jer :)

    ReplyDelete
  6. @bact
    Sesentuh yg halal tak slh..huahua..

    @En Dlie
    Mahal klu ada *cukai kerajaan*..kot..

    @Miecyber
    Betul,zaman dah berubah.thn 2020 dah nak dkt..huhu

    @Naz
    Saya tak kerja kat sn.nnti sy minta price list bila bnda dah launching..hoho

    @khairul hisyam
    betul.betu.betul.tapi kn kreatif dan bahan kena ada kualiti.sbb guna glass kan..kn ada glass yg thn retak n pecah..

    @papabear
    haha..kesian mouse n keyboard..

    @Fairus
    iolah..dasyatnya bunyi cam terlebih2 plak..

    ReplyDelete
  7. Actually technology camni dah ada dah. There's one company from HongKong dah pun buat hakcipta untuk product dorang. their 1st project was to put this touch screen glass c/w internet, weight management, etc untuk cermin2 toilet kat one of prestigious hotel in Dubai XD

    *Psstt tumpang tanye.. awak render ID works to guna apa? :D

    ReplyDelete
  8. @Faizal n Fashitah
    oh..hong kong mmg up-to-date ye..Dubai tu mmgla..nak maju punya pasal everything is towards the future...^_^

    ReplyDelete
  9. wahhhh..canggih manggih..hebat rrrr bos suruh aira ajar wat blog..best tol...

    ReplyDelete
  10. @bos tu *gedik* je dla.kalau ajar kang nanti lagi rmai org *follow* dia..haha

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!