Saturday, February 12, 2011

Hadiah Dari HATI


Baru-baru ni birthday aku ada juga orang tanya, aku dapat hadiah apa? Satu-satunya hadiah birthday yang boleh dikategorikan hadiah sebenar hanya daripada Shu Ni, officemate aku. Dia bagi aku *organizer* atau *planner* sebab aku ada cakap nak beli sempena tahun baru. Sebenarnya aku dah belipun. Tapi tak sangka hari pertama masuk kerja tengok-tengok ada hadiah atas meja. Jadi aku guna hadiah yang dia beri sebab planner yang dia bagi lebih sesuai digunakan untuk tahun 2011 ni. Thank you to her. ^_^

Aku rasa bila dah *berusia* ni soal hadiah dah tak penting sangat dah. Masa jadi student dulu bila birthday je pukul 12 tengah malam orang ketuk pintu bilik bagi hadiah. Balik kelas tengok-tengok atas meja orang letak kek dan hadiah. Memang heaven gile dapat kawan-kawan yang ingat birthday kita. Tapi sekarang bagi aku cukuplah orang wish dan mendoakan yang terbaik untuk kita. Doa itu juga hadiah kan?


Tapi untuk orang yang selalu dapat hadiah daripada seseorang yang istimewa, aku nak kongsi makna tersirat dan tersurat hadiah yang korang dapat tu. Makna hadiah yang kita dapat tu semestinya melambangkan identiti atau peribadi tak kira si pemberi atau penerima hadiah tersebut, kan? Kalau tak percaya cuba check kat bawah ni.

Bunga

Selalunya bunga ini sinonim diberikan kepada golongan perempuan. Tapi kesian golongan lelaki ni. Bila bagi bunga, orang panggil *mat bunga*. Tapi kalau perempuan tu yang nak sangat bunga (tak kira bunga ros, tulip, matahari, bunga jiran sebelah tanam, dan lain-lain) macam mana? Actually lelaki tu beri bunga sebab dia terlalu prihatin terhadap kehendak pasangannya. Satu lagi, bila lelaki bawa bunga jauh dari kedai bunga semata-mata nak bagi kat pasangannya nampak *gentleman* kan? Heh, itu juga tandanya dia amat hargai pasangannya.


Tapi kalau kita beri bunga kepada sahabat kita macam mana pula? Seeloknya kita beri bunga chrysanthemum yang memberitahu kawan kita bahawa dia adalah sahabat yang baik. Kalau beri bunga ros warna kuning pula menyatakan bahawa kita ambil berat tentangnya dan gembira bila bersahabat dengannya.


Coklat 

Coklat tu manis, maknanya pemberi hadiah coklat ni *sweet* ok! Tapi jangan makan coklat banyak sangat, takut * hyperactive*! (Haha, ye ke?) Sebenarnya makna dalam pemberian coklat ialah sebagai memberitahu bahawa si penerima adalah seseorang yang sangat istimewa. Pemberian coklat juga boleh membawa maksud bahawa si pemberi itu sayang kepada si penerima. Tak percaya, tanya Sophie yang bagi pemenang contest dia coklat. (Tak sempat nak buat entri lagi untuk join contest Sophie. Sorry!)

*Tunggu sampai ke sudah orang tak bagi aku coklat ni!*

Anak Patung Beruang (Teddy Bear)

Pemberian teddy bear memberi makna romantik dan memahami antara satu sama lain. Beruang melambangkan binatang yang ambil berat atau caring. Contohnya ibu beruang yang marah Goldilocks tidur atas katil anak dia. Hihi. Bila bagi teddy bear ni juga mempamerkan jelas sifat *manja* si penerima. Kalau merajuk tu, peluklah teddy bear tu ya. Kot boleh ubah rasa marah jadi sayang? Erk.

*Aiyo, comelnya anak orang ni!*

Kad

Pemberi hadiah berupa kad (bukan kad top up ye) melambangkan dirinya seorang yang tegas, berpendirian tetap, berdisiplin dan tak suka beri hadiah yang remeh-temeh. Bagusnya bila beri kad ni kita dapat mengekspresikan luahan hati kita dalam bentuk tulisan daripada hati. 


Ewah... Kalau bagi puisi tu memang romantik dalam diam ye. Namun bagi penerima kad tu, kalau dia simpan kad baik-baik maknanya dia seorang yang punya rasa *sentimental value.* Setiap kad tu adalah *kenangan* dan setiap kenangan itu adalah *kebahagiaan*. Uiks.


Barangan berbentuk Hati. ♥

Sah. Orang yang beri ni romantik dan penyayang. Hadiah dari hatilah katakan. Selain memberitahu hadiah itu ikhlas dan tulus daripada hati yang suci lagi murni, hadiah berbentuk hati juga melambangkan semangat dan kejujuran dalam perhubungan. Jangan dilukai hati yang memberi kerana sekali terguris, takut menangis. Gulp!


Cincin

Kalau nak kahwin punyalah banyak cincin perempuan tu minta. Cincin risik, cincin tunang dan cincin kahwin. Lepas kahwin minta lagi cincin sempena anniversary. Cukup 10 cincin dah penuh kat jari tangan, minta pula cincin kaki. Ye ke? 


Sebenarnya bila seseorang itu memberi cincin, hadiah tersebut membawa erti bahawa mereka serius dalam perhubungan. Selain itu, pemberian cincin juga boleh merapatkan lagi hubungan yang sedia ada. Tak percaya tanya Habib Jewels atau Poh Kong. ^_^

*Berpinar mata tengok design cincin!*

Kaset atau CD Lagu 

Ok, zaman sekarang orang dah tak pakai kaset dah. Tapi zaman dulu orang semangat rakam suara dan luah kata cinta dalam kaset. Siap ada background music lagi. Hihi. Zaman sekarang orang lagi kreatif guna CD edit video pakai *video movie maker* dan letak gambar-gambar masa bercinta sampailah masa cucu ada lima. Haha. Tapi jujur aku pernah bagi kawan aku Izzati masa birthday dia video yang penuh gambar friendship kami. Mana tah video, nanti aku ingat aku upload.


Orang yang bagi hadiah macam ni memang berjiwa seni dan sentimental habis! Mereka juga faham apa yang cuba hendak mereka sampaikan daripada hati mereka dan dalam masa yang sama berniat untuk mencipta kegembiraan bersama orang yang mereka sayang.



Jadi lepas ni korang dah tahu nak bagi apa hadiah kat orang yang tersayang. Bukan sebab Valentine ya. Setahun ada 365 hari takkan masa hari Valentine (hari hadiah mahal) je nak tunjuk sayang dan penghargaan korang? Tolonglah. Banyak lagi hari boleh disambut dengan penghargaan yang lebih bermakna dan dikenang sampai bila-bila. 

Apa yang penting? (Kerjasama! Wonderpet cakap.) Aku nak cakap, apa yang penting:

"Hadiah itu ikhlas daripada hati, tak mahal tapi bererti, namun paling penting di sebalik hadiah yang diberi, terselit kegembiraan dan keindahan ketika bersama dalam memori."


Sources:


5 comments:

  1. nak sume adiah kat atas tu..hehe..tamak ni budak ni..hehe..tq aira..xtaw la lak sume adiah ada maksud tersirat rupe2nye..

    ReplyDelete
  2. happy belated birthday kak..

    Lama sy tak update sbb takde mood..
    keadaan sedang mendung.. heheh..

    ReplyDelete
  3. @Sophie

    Thnks Sophie..mendung?awat?takmo sedih2 Sophie...

    ReplyDelete
  4. Thnks sungguh bermakna tu

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!