Showing posts with label Tips-Tak Tipu Tau. Show all posts
Showing posts with label Tips-Tak Tipu Tau. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Rekaan Ruang Masuk Rumah / Foyer



Persoalan tentang Rekaan Ruang Masuk atau Foyer Design ini ditanya oleh adik Da Yah pada bulan lepas. Kesian adik ni. Lama dah soalan dia tergantung di Facebook Page AiraniEz's Life. Tuan punya blog ni pula asyik buat-buat sibuk je. Walhal tangan ni tak sibuk, cuma otak yang *sibuk* berfikir masalah yang tak pernahnya kurang. Huhu.


 

Berbalik kepada rekaan ruang masuk rumah atau foyer, ruang tersebut kini menjadi semakin berfungsi bagi kebanyakan orang yang mementingkan kecantikan dalam segenap ruang dalam rumah. Pada masa kini, ruang masuk ini menjadi ruang yang penting bagi memelihara privasi tuan rumah kerana apabila ada tetamu datang, mereka takkan sesuka hati masuk ke dalam ruang rumah yang lain sebelum dibenarkan oleh tuan rumah.

Selain itu, ruang masuk atau foyer ini juga boleh memberikan impresi positif terhadap tuan rumah kerana sebaik tetamu masuk ke ruang masuk yang cantik dihias elok, sekelip mata membuatkan tetamu rasa senang dan selesa untuk datang ke rumah kita.


Terus-terang, bukan semua rumah ada ruang masuk yang besar kecuali rumah tersebut dibina dia atas tapak yang luas. Pada pandangan aku juga, tidak banyak rumah di Malaysia ini yang mempunyai ruang masuk yang sempurna. Selalunya ruang yang ada agak sempit dan hanya muat-muat untuk meletakkan rak kasut atau kabinet yang rendah.

Jadi bagi mereka yang ingin menghias ruang masuk mereka untuk nampak lebih cantik, di sini aku kongsi beberapa tips untuk korang semua.

Cat 

Korang patut cuba mengecat warna ruang masuk dengan ruang lain dengan warna yang berbeza. Warna panas seperti merah atau coklat boleh membuatkan ruang nampak mesra, umpama menjemput tetamu masuk.




Lampu

Kalau nak guna lampu di ruang masuk, pastikan lampu yang digunakan ialah lampu yang boleh dilaraskan tahap kecerahannya. Walaupun kita nak ruang masuk kita nampak cerah, tapi kalau boleh elakkanlah daripada terang sangat ya. 


Selain itu, kalau kita nak ruang tersebut nampak mewah atau ada class, kita boleh tambah chandelier di tengah-tengah siling ruang itu. Walau bagaimanapun, kalau ruang masuk kita itu sempit, jangan gunakan lampu chandelier, sebaik-baiknya gunakanlah designer lamp atau lampu yang simple tapi ada ciri-ciri designer gitu. Aku rasa itu lagi bagus kot.



Cermin

Disebabkan ruang masuk mempunyai keluasan yang terhad, penggunaan cermin juga merupakan salah satu idea yang baik untuk rekaan ruang masuk rumah korang. Cermin yang tergantung di dinding boleh memantulkan imej menarik ruang yang bertentangan dengan ruang masuk selain boleh membuatkan ruang tampak luas dan cantik.



Dekorasi

Kalau korang rasa korang orang yang berseni, apa kata  korang  paparkan lukisan yang menarik, gambar-gambar keluarga atau barang-barang dekorasi kecil yang lain. Amatlah tidak digalakkan meletakkan doorgift yang  korang  dapat daripada kenduri-kendara yang pernah  korang  hadiri. Tolong ya. Tahulah suka pergi kenduri kahwin, tapi janganlah sampai habis tayang semua doorgift yang ada di depan pintu masuk rumah!


Thursday, December 8, 2011

Belajar Bidang Seni Reka Dalaman (Interior Design)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada sesiapa yang melawati blog ini walaupun tuan punya blog asyik ikut *masa* dan *mood* untuk update blog. Maafkan daku. Maaf. Maaf... (Harap ucapan maaf ni ada bunyi *keikhlasan*. Huhu.) Apa pun jadi pada malam ini, aku kena juga update blog ni disebabkan satu soalan oleh pembaca blog bernama Fatihah Zulkaffli. Soalan beliau ialah:

"Sis..susahkah belajar course interior design? Boleh bagi tips tak?"

Untuk pengetahuan pembaca blog sekalian, aku dah lebih dua tahun habis belajar Interior Design atau Seni Reka Dalaman. Dulu aku belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau UIAM dan ada Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Seni Reka (Seni Reka Dalaman) atau dalam Bahasa Inggerisnya Bachelor of Applied Arts and Design (Interior Design) atau AAD (ID). 


*Bukti ada Degree. Haha*

Sebelum dapat ambil kos ni, aku masuk Matrik UIA (sekarang dah panggil Pusat Asasi) ambil jurusan Senibina atau Architecture. Masa di matrik kami belajar perkara-perkara asas untuk design seperti sketches, drawing manually (melukis secara manual), modelling (buat model pakai *gam panas* yang akhirnya melekatkan jari - bukannya melekatkan model!) dan banyak lagi.

Selepas matrik barulah aku sambung degree ambil AAD. Dalam AAD ada lagi 3 kursus atau majoring yang ditawarkan iaitu Industrial Design, Conservation Design dan kos yang paling best yang aku tak pernah menyesal ambil - Interior Design

*Studiomates AAD yang BEST!*

Kenapa aku kata Interior Design atau ID best? ID ni best sebab bidang ni warna-warni. Haha. (Gelak jap. Betul ke statement ni?) Hakikatnya, di sebalik bidang yang berwarna-warni ini memang banyak sangat perkara yang perlu ditempuh dan dilalui semasa aku ambil kos ni. Jadi di sini aku kongsi serba sedikit pengalaman dan tips untuk belajar jurusan Seni Reka Dalaman ni.

1. Perlu banyak Idea dan Kreatif

Untuk pengetahuan semua, kos ID ni tak memerlukan seseorang itu perlu sangat pandai melukis. Sebenarnya tak guna juga kalau korang pandai melukis, tapi idea takde atau idea yang diberi tak logik! Idea tu mesti datang dengan research atau kajian terlebih dahulu sebelum nak diaplikasikan ke dalam design. Kalau idea korang hebat macam mana pun, contohnya nak buat rumah penuh dengan glass atau kaca tapi korang tak tahu macam mana nak construct atau boleh tak benda tu construct, tak guna juga kan? Sebab itulah pentingnya ada kesungguhan untuk membuat kajian sebelum design. 



Seorang pereka juga perlu belajar *meniru* sebelum mereka atau mencipta sesuatu. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya idea yang kita fikirkan itu mungkin pernah direka dan dicipta oleh orang lain sebelum kita. Tapi kita tak patut tiru bulat-bulat idea mereka sebaliknya kita perlu meniru dan menjadikan ciptaan itu lebih baik dari yang sebelumnya. That's why, design means - solving problems!


Lagi satu, macam mana nak jadi kreatif? Jawapannya sama macam di atas. Perlu ada kesungguhan dan kerajinan dalam mencari idea iaitu melalui majalah, internet dan buku-buku design yang ada kat muka bumi ni. Masa zaman aku belajar dulu, hari pertama studio, dapat je 1st project, petang tu aku dan kawan-kawan dah pergi serbu library UIA untuk pinjam buku sebelum orang lain dapat dulu. (Maafkan saya ex-studiomates!) Tapi sekarang dah kerja setiap kali sebelum mula design, aku akan ambil masa satu hingga dua jam tengok gambar-gambar kat internet sambil sketch *bodoh-bodoh* kat atas kertas sebelum aku mulakan design di 3D.


*Contoh Image Board zaman aku belajar dulu.*

Tuesday, October 25, 2011

Stail Retro


Baru-baru ni ada seorang client suruh aku design butik di tingkat atas rumahnya ala-ala  Retro Style atau Stail Retro. Seperti biasa, sebelum aku design, aku mesti buat research dulu. Dalam sibuk-sibuk buat research tu aku sempat belajar ciri-ciri Stail Retro ni macam mana. 


Agak-agak korang tau tak Stail Retro tu macam mana? Ops, bukan stail rambut orang yang mengerbang dan *gulung-gulung* tu ya! Haha. Sebenarnya Stail Retro ini adalah gabungan kepelbagaian antara gaya baru dan lama atau rekaan baru yang menggunakan elemen dan material baru dan lama. Rekaan stail retro ini juga diadaptasi dari gaya pada tahun 1950-an, 1960-an, 1970-an dan sedikit pengaruh rekaan pada tahun 1980-an.


Berminat nak jadikan kediaman atau tempat korang bekerja mempunyai stail retro? Mari baca ciri-ciri Stail Retro ini:

Corak dan Warna


Warna hijau avocado adalah salah satu warna yang boleh menjadi warna asas kepada gaya retro. Jika mahu lebih berani, gunakan warna kuning terang, jingga, coklat atau biru laut. Cuba hadkan gabungan warna korang dengan tidak menggunakan lebih tiga warna. Takut banyak sangat warna bilik akan nampak tidak menarik dan serabut.




Untuk corak pula, jika korang sukakan corak bersaiz besar, korang boleh beli wallpaper atau kertas dinding yang mempunyai corak-corak sebegini. Selain itu, kalau korang rajin, boleh juga berkarya di dinding sendiri, melukis corak-corak geometri berskala besar menggunakan cat atau mural mengikut kreativiti anda sendiri.




Jika anda mahu Stail Retro anda nampak teratur dan kemas, gunakan corak saiz kecil dan bentuk geometri yang berulang-ulang. Cuba aplikasikan warna-warna pastel pula untuk corak ini atau adakan tona warna daripada warna gelap ke warna terang. Gunakan corak-corak ini dalam skala yang kecil selain menggunakan warna-warna neutral di bahagian lantai dan dinding. Hakikatnya gabungan corak-corak ini memainkan peranan penting dalam merealisasikan Stail Retro yang korang mahukan.




Perabot


Anda juga boleh juga aplikasikan Stail Retro di perabot anda. Bagaimana? Pilih perabot yang mempunyai fabrik berwarna terang dan gabungkan perabot-perabot tersebut dengan permaidani atau langsir yang sesuai dengan perabot tersebut. 


Saturday, October 1, 2011

Kediaman Stail Inggeris Moden




Sejak akhir-akhir ni ada begitu ramai pelanggan yang berminat dengan Stail Inggeris Moden atau Modern English Style. Stail Inggeris Moden ni bagi aku sesuai untuk mereka yang mempunyai kawasan dan ruang yang luas dalam rumah. Kalau rumah kita kecil, mungkin agak sukar kita nak aplikasikan stail ini kerana kekurangan ruang untuk meletakkan perincian seperti cornice dan beading.


*Siling yang tinggi juga merupakan salah satu daripada ciri-ciri rekaan Stail Inggeris*

Aku sebenarnya agak berat hati masa mula-mula diberi tugasan untuk buat Stail Inggeris Moden ni. Bagi aku stail ni agak susah nak dibuat sebab aku ingat stail ni sesuai untuk *orang kaya* je. Tapi lama-lama setelah aku berusaha buat research dan cari gambar banyak-banyak sebelum design, aku rasa stail ni menarik juga. Kalau tengok cerita-cerita zaman dulu macam dalam filem Pride & Prejudice atau drama bersiri yang aku suka tengok sekarang - Downton Abbey, korang boleh tengok rumah mereka menggunakan stail Inggeris ini. Tapi stail Inggeris yang mereka gunakan tu nampak klasik dan agak ketinggalan zaman. Kot.

*Klasik sungguh!*

So, kali ni aku nak kongsi dengan korang gambar-gambar Stail Inggeris Moden yang boleh membuka mata korang dan betapa stail ini, boleh tahan cantik juga kalau nak diaplikasikan di rumah korang.

*Pink wall with Beading and Plaster Ceiling*

*Bathroom with light green wallpaper *

*Simple Walkaway*

*Yellow wall with panelling*

*English Classical Modern Bedroom

Saturday, March 12, 2011

Penghadang Dua Ruang.


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Maaf sekali lagi sebab dah jarang update blog dan blogwalking. Sibuk yang dibuat-dibuat dan bila malam hanya mahu berehat di TV. Haha. Sumpah addicted tengok cerita Burn Notice kat Fox Channel Astro. Hensem dan lawak mamat Jeffery Donovan yang berlakon sebagai Michael Westen tu. Uiks.

*3 Mamat Hensem dalam 3 Siri Cerita yang aku suka tengok- Royal Pains, Burn Notice dan White Collar*

Kerana kemalasan dan kesibukan juga, niat untuk buat blog tentang design masih tak tercapai. Idea dah ada, tapi nak buat template dan background khas sikit punya lemah nak buka PC dan design. Doakanlah kerajinan itu terbit dalam diriku ini. Amin~



Hari ni nak kongsi design *penghadang* atau dalam English called as partition or divider. Penghadang ni bagus ada di rumah sebagai dinding sementara dan membahagikan ruang dalam rumah kepada dua bahagian dengan fungsi yang berbeza. Selain itu, adanya penghadang juga dapat menjimatkan kos anda untuk membina dinding baru hanya sebab mahu ruang tambahan dalam rumah.